Rampas

30 2 0
                                    


"Kau dah sihatkah?"


YuTeng yang sedang menyarungkan jaket hitam itu,menoleh ke belakang, memandang ZiHong yang sedang berdiri di hadapan pintu biliknya yang sedikit terbuka itu. Bibirnya menguntum senyuman, sebelum dia mengangguk, menjawab pertanyaan lelaki itu. Tanpa mempedulikan pandangan mata YuTeng terhadapnya, ZiHong berjalan mendekati ke arah lelaki itu. YuTeng hanya memandangnya tanpa sebarang kata, sedikit hairan namun tetap membiarkan ZiHong yang semakin dekat dengannya itu. YuTeng terkejut apabila ZiHong meletakkan tangan pada dahinya. YuTeng menelan air liur apabila menyedari mata mereka yang saling bertentangan itu.

"Panas lagi ni."

YuTeng mengalihkan sedikit wajahnya daripada ZiHong. Kedengaran lelaki itu berdehem perlahan. ZiHong sekadar memandang ke arahnya.

"Saya dah okay." Balas YuTeng,sambil mengemaskan sedikit jaket hitam yang tersarung pada tubuhnya itu.

"Awak tak pergi kerja hari ni?" Soal YuTeng.

"Lambat sikit." Jawab ZiHong,perlahan. YuTeng hanya menganggukkan kepalanya.

"Kenapa kau tak sambung cuti? Kau kan belum sihat lagi. Kalau demam kau makin teruk nanti kan susah,"kata ZiHong. YuTeng hanya tersenyum.

"Saya dah rasa okay. Lagipun hari ni saya ada perjumpaan dengan..." YuTeng memandang ke arah ZiHong, teragak-agak untuk menyambung kata-katanya itu.

"Yang Yang?" Soal ZiHong, yang bagaikan sudah dapat menduga kata-kata YuTeng itu. Perlahan-lahan, YuTeng menganggukkan kepalanya.

"Saya dah bersetuju untuk bekerjasama dengan Yang Yang. Jadi-"

"Aku ikut kau."

"Hah?" YuTeng bagaikan tidak percaya. ZiHong hanya berlagak biasa.

"Tapi awak kata ada kerja nanti,"kata YuTeng.

"Kenapa kau tak nak aku ikut kau?" Soal ZiHong pula,mengerutkan dahinya. YuTeng menggeleng laju.

"Bukan saya tak nak tapi..."

"Kau takut gosip?" Soal ZiHong, terus mencelah sebelum sempat YuTeng menghabiskan kata-katanya itu.

"Hm-"

"Tunggu aku dekat bawah."

ZiHong langsung meninggalkan YuTeng yang masih terpinga-pinga itu, tanpa sedikit pun peduli untuk memberikan penjelasan kepada YuTeng.



"Kita dah sampai."

Tian menghentikan keretanya, sebelum dia memandang ke arah ZiHong dan YuTeng menerusi cermin pandang belakang itu. Dirinya yang masih keliru dengan kehadiran ZiHong di situ membatalkan niatnya untuk bertanya apabila melihat riak wajah ZiHong yang tegang itu. Sesekali matanya melilau melihat pemandangan langit pada hari itu. Em, nak kata hujan pun tidak, rebut pun tidak. Mimpi apa pula si ZiHong tiba-tiba nak ikut YuTeng pula ni?

"Kau balik dulu."

Mendengar kata-kata ZiHong itu,membuatkan Tian membulatkan matanya. Pantas sahaja dia memusingkan kepalanya ke belakang. ZiHong sekadar memandang ke arahnya. YuTeng turut menoleh ke arahnya.

"Kenapa pula saya mesti balik? Saya pun mesti ada di perjumpaan tu. Kalau tak,macam mana saya nak tahu jadual kerja YuTeng nanti?" Soal Tian.

"Kau sendiri tahu yang YuTeng belum betul-betul sihat lagi. Tapi kenapa kau tak minta tangguhkan perjumpaan ni dulu? Macam ni kau cakap yang kau ni orang penting untuk uruskan jadual kerja YuTeng?" Soal ZiHong. Suaranya bernada tegas daripada kebiasaannya. Bagaikan ada sesuatu yang membuatkan perasaan tidak puas hatinya itu semakin menebal. Mulut Tian bagaikan terkunci rapat. Melihat perbualan antara ZiHong dan Tian yang semakin tegang itu membuatkan YuTeng memegang tangan ZiHong, tanpa dia sendiri sedari. ZiHong memandang ke arahnya.

I Choose to Love You in SilenceWhere stories live. Discover now