BAB 1

14.1K 346 36
                                        

Mayra Adelia merupakan seorang gadis yang sangat gemar membaca buku-buku novel.

Ketagihannya dengan membaca telah membuatkan dia suka berimaginasi untuk mencari pasangan yang sama dengan watak di dalam buku yang dibacanya.

Jika watak utama di dalam buku itu berperwatakan maskulin, dia juga menginginkan pasangan yang sama sifatnya. Jika berperwatakan garang namun penyayang, biarlah dia juga dapat merasakan mempunyai pasangan sebegitu.

"Mama, nanti Mayra fikir nak kahwin dengan tentera la. Komando ke macam dalam novel yang Mayra selalu baca tuuu" kata Mayra Adelia sambil memuncungkan mulutnya.

"Kamu ni Mayra tak sedar diri ke? Kamu ni anak manja nanti kalau kamu dah kahwin, kamu nak bermanja dengan suami kamu susah tau tak?"

"Jadi isteri tentera ni kena pandai berdikari sebab bukan selalu suami tentera kamu tu dapat balik rumah" kata Puan Ina kepada anaknya yang sedang menghirup air teh di hadapannya.

"Yeee Mayra tahu. Dalam novel pun ada tulis macam mama cakap ni. Tapi Mayra nak kahwin dengan tentera ada sebab mama, bukan saja-saja" kuih karipap diambil lalu disuapkan ke dalam mulutnya.

"Apa sebab dia? Kamu jangan macam-macam Mayra Adelia. Jangan nak jadi gold digger pula. Kita ni pun bukan orang senang jadi jaga air muka keluarga"

"Eh mama ni sampai ke situ pula. Mayra nak kahwin dengan tentera sebab nanti bolehla anak-anak Mayra jadi disiplin"

"Lagi satu, nanti Mayra boleh suruh suami idaman Mayra tolong buat kerja rumah sama-sama"

"Mayra tak suka la tengok orang lelaki asyik goyang kaki je kalau isteri buat kerja rumah sorang-sorang. Lagi-lagi kalau isteri diorang pun bekerja. Penat! Eee dislike la lelaki macam tu" kata Mayra sambil menepuk meja makan yang tidak bersalah itu.

Kuih karipap di tangannya tidak lagi dipedulikan. Mayra Adelia memang sangat sensitif apabila bercerita tentang kehidupan rumahtangga.

Dia telah banyak menyaksikan pergaduhan antara mama dan papanya.

Sebelum ini mama dan papa Mayra hidup tanpa pernah meninggikan suara kepada satu sama lain namun selepas mereka menghadapi masalah kewangan mama dan papanya sering bergaduh tanpa menghiraukan jiran tetangga.

Tetapi dia bersyukur bahawa mama dan papanya masih tidak meninggalkan satu sama lain walaupun sering bertengkar.

"Amboi, kutuk papa kamu ke?" kata Puan Ina sambil tersenyum sinis. Dia risau akan masalah mental anak daranya itu. Mayra Adelia sering menggigil ketakutan jika berlaku pergaduhan di dalam keluarganya.

"Tak ada la mana ada Mayra kutuk papa. Mayra tujukan dekat lelaki luar sana yang hanya fikir diri sendiri aje" kata Mayra.

"Kamu kalau nak cari suami nanti cari yang macam arwah atuk kamu tu. Gentlemen sungguh. Jarang jumpa orang macam dia zaman sekarang ni. Arwah atuk kamu tu pun tentera juga. Komando lagi"

"Alang-alang kamu kuat berangan nak kahwin dengan tentera, jadikanlah atuk kamu tu sebagai inspirasi. Ciri-ciri yang sesuai nak buat suami" pesan Puan Ina.

"Of course la mama! Mayra memang sukakan sikap arwah atuk tu. Disiplin tinggi!" Puan Ina yang melihat telatah anaknya tersenyum manis.

"Esok Mayra dah nak balik kolej. Barang semua dah siap? Yela bukan mama tak tahu anak mama ni memang last minute punya orang" perli Puan Ina kepada Mayra yang sedang membasuh cawannya.

"Hehe malam nanti baru Mayra kemas. Awal pagi ni, bagi orang yang macam Mayra lama lagi la mama" kata Mayra sambil meletakkan cawan yang telah dibilas di rak pinggan.

"Kamu ni Mayra nanti kalau ada barang tertinggal memang mama luku kepala kamu tu" cebis Puan Ina kepada anak perempuannya yang degil itu.

"Dah pergi solat lepastu angkat baju yang dekat ampaian tu lepastu lipat" arah Puan Ina kepada Mayra yang baru sahaja ingin keluar dari ruangan dapur.

"Ala mama, Mayra tak ada mood la nak lipat kain. Lipat kain ni kena ada mood baru boleh lipat cantik-cantik"

"Tadi kamu kata nak kahwin dengan tentera kan. Kan mama dah cakap kalau nak jadi isteri tentera kena pandai berdikari. Ni dah malas pula? Haih melepas la abang askar kamu tu" perli Puan Ina tanpa memandang muka anak daranya.

"Ok ok Mayra buat. Mana tahu usaha Mayra ni nanti dapatlah jodoh abe askar" kata Mayra sambil berlari anak masuk ke bilik air untuk mengambil wudhu.

Selesai sahaja melipat kain yang disuruh oleh mamanya, Mayra kembali ke katil untuk sambung membaca buku novel yang terletak di atas katilnya.

"Kalau la fictional characters ni wujud, dah lama aku cari dekat semua pelusuk dunia. Tak kisahlah kena jalan kaki ke, naik basikal ke akan aku serahkan jiwa dan ragaku untuk abang fictional character" berangan Mayra Adelia.

"Kalau la ada abang tentera nak masuk meminang aku" terdiam Mayra Adelia sejenak.

"Masalahnya, ada ke yang nak dekat aku? Hah Mayra Adelia buat lawak. Aku tahu dalam kehidupan sebenar aku tak akan dapat apa yang aku bayangkan. Sebab tu lagi indah kalau berangan. Ibarat dalam dunia aku aje"

Perlahan-lahan matanya tertutup rapat dibuai mimpi.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang