"Assalamualaikum" sapa Rayyan Anaqi sebaik sahaja membuka pintu masuk rumah mereka.
Kelibat isterinya dicari di setiap pelusuk rumah itu.
"Sayang?"
"Mayra Adelia?"
Dirinya semakin cemas apabila panggilannya tidak disahut.
Langkahnya juga dipercepatkan untuk pergi ke bilik mereka.
Tombol pintu bilik dibuka dengan ganas dan apabila menampakkan sosok tubuh Mayra Adelia yang sedang beradu di atas katil, hatinya kembali tenang.
Keluhan panjang dilepaskan dan dadanya yang berombak laju diusap perlahan.
Sebaik sahaja Rayyan Anaqi membaringkan dirinya di sebelah isterinya, dengan kuat Mayra Adelia menyergah.
"BA!"
"Babi kau! Astaghfirullah" cepat-cepat Rayyan Anaqi beristighfar dan menekup mulutnya.
Dirinya sendiri terkejut dengan nama binatang yang keluar dari mulutnya itu.
Mayra Adelia tertawa terbahak-bahak melihat reaksi suaminya. Perutnya kembang kempis mengeluarkan tawa yang tidak henti-henti.
"Mayra Adelia! Perangai apa kau buat ni?"
"Sorry, Mayra main-main je" jawab Mayra Adelia dengan tawa yang masih lagi berbaki di dalam dirinya.
"Gelaklah, gelak. Gelak puas-puas. Bergoncang anak kau tu" sinis Rayyan Anaqi.
Mayra Adelia memandang ke arah perutnya yang sedang membesar.
Sudah 8 bulan dia membawa kandungannya itu. Penat? Dia tidak pernah merasai perasaan lelah itu kerana kehendaknya semua ditunaikan oleh Rayyan Anaqi.
Suaminya yang terlebih 'excited' apabila dia memberi kejutan tentang anak yang dikandungnya itu.
"Tak adalah, Mayra dengan baby yang plan semua ni" kata Mayra Adelia sambil mengusap perutnya.
Rayyan Anaqi hanya menjeling ke arah isterinya.
"Abang dah beli ke yang Mayra pesan tu?" tanya Mayra Adelia dengan penuh harapan.
Matanya turut bersinar-sinar berharap agar suaminya membawa balik keinginannya.
"Tak, tapi abang ada beli ni!" keropok yang berperisa durian dikeluarkan dari plastik 'Speedmart'.
Mayra Adelia mengerutkan dahinya.
"You're joking, right?"
Rayyan Anaqi menggelengkan kepalanya dan menayangkan senyuman pada bibirnya.
"Kan Mayra dah kata, Mayra nak makan durian! Kenapa abang beli keropok ni?!" raung Mayra Adelia.
"Sayang, sekarang bukan musim durian. Dekat mana abang nak cari?" pujuk Rayyan Anaqi.
Belakang badan isterinya diusap perlahan.
"Tak kesahlah, bukan Mayra yang nak makan, tapi baby yang nak" luah Mayra Adelia.
'Awal anak kau belajar makan durian ya?' desis Rayyan Anaqi dalam hati.
"Ok tak apa, nanti kita keluar kita cari durian sama-sama, boleh?"
Mayra Adelia hanya mampu mengangguk dan akur dengan suaminya.
Deringan telefon milik Rayyan Anaqi memeriahkan ruang bilik yang sedang sunyi sepi itu.
"Hello?"
"Tuan, kerja kau dah selesai"
Rayyan Anaqi mengerutkan dahinya hairan dengan kata-kata Zhafir Azzam.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...
