Badan tegap rakannya yang sedang berjalan di hadapannya di peluk erat. Sekali-sekala pandangannya akan beralih ke arah meja kantin yang diduduk tadi, memerhatikan gadis itu dalam diam.
"Oi, oi! Lu kenapa?" soal Peter dengan agak cemas. Tangan kekar itu mula ditumbuk, dipukul, dan ditampar olehnya.
Badannya meronta-ronta meminta agar dilepaskan. Geli dengan sikap Leftenan seorang itu.
Tidak pernah Leftenan itu memeluk mana-mana lelaki sebelum ini, tiba-tiba dirinya yang menjadi mangsa. Hampir menangis Peter apabila tangan kekar itu masih memeluknya.
"You are my saviour, Peter" ucap lelaki itu.
Air mata yang hampir bergenang itu diseka dengan pantas oleh Peter. Dengan kuat dia merentap tangan yang memeluknya itu.
"Kau nangis ke? Asal?" soal lelaki itu kepadanya.
"Lu gila ke Leftenan?! Kenapa peluk aku?! Kalau budak-budak nampak tadi memang fikir lain itu orang!" marahnya.
"Geli tahu tak, geli!" tengking Peter di hadapan wajah lelaki itu.
Aksi itu berjaya menggelikan hati seseorang. Seorang lelaki tertawa terbahak-bahak melihat adengan salah faham itu.
"Peter, kau rilex. Dia ni waras lagi, tapi apakan daya, diri telah menjumpai kekasih hati" usiknya yang baru sahaja datang ke arah Peter.
Jejaka di belakangnya hanya tersenyum mengejek.
"You dah selamatkan Leftenan you ni dari angau" bahu lelaki itu dipukul dengan kasar sebelum langkahnya kembali naik ke atas trak itu.
Peter masih lagi terkesima di tempatnya.
'Apa ini Melayu cakap?' getusnya dalam hati.
"Tolong explain boleh tak? Kalau tak, sampai mati aku tak aman" kata Peter mendesak ketiga-tiga jejaka itu untuk menceritakan hal yang sebenar.
Lelaki yang bernama Aryan Zihni mula membetulkan kedudukannya memandang ke arah Peter.
"Kau nampak kan awek dekat kantin tadi? Yang duduk dengan kita orang" soalnya.
Peter dengan sedaya mungkin menarik kembali ingatan jangka pendeknya untuk mengingati setiap wajah yang ditemuinya pada hari itu.
"Ha, ingat. Yang tiga orang tu, kan?"
Aryan Zihni menganggukkan kepalanya.
"One of them is your Lieutenant's crush. Cinta pandang pertama katanya" usik lelaki itu.
Matanya teralih ke arah rakannya yang kini bersandarkan dinding besi trak itu.
Tidak tahu apa yang difikirkan olehnya.
"Aiyo, cinta pandang pertama! Tuan, you hati ada taman rupanya. Selalu denda budak-budak, tau-tau hati lembut!" meletus tawa Peter dengan perliannya sendiri.
Sedang dia ketawa dengan asyiknya tanpa menghiraukan sekelilingnya, kakinya mula berasa pedih.
Kakinya akhirnya dipijak tanpa belas kasihan oleh Leftenan itu. Peter yang sedang mengerang kesakitan tidak langsung dihiraukannya.
"Rayyan, move! Sakitlah!" Peter menepis banyak kali kaki itu dari terus memijak kakinya.
Melihatkan akibat Peter yang dalam kesakitan membuatkan Aryan Zihni kembali ke posisi asalnya. Matanya kembali melilau ke seluruh trak itu tidak mengendahkan kesakitan yang dialami oleh Peter.
"Stop, Rayyan. Kalau kaki dia sakit nanti, macam mana kau nak suruh dia lari satu padang? Macam mana kau nak suruh dia buat komando rest? Macam mana kau nak suruh dia angkat bot rhib tu?"
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...
