BAB 17

3.8K 144 19
                                    

Pintu rumah banglo itu dibuka dengan agak laju menunjukkan senyuman yang lebar pada wajah lelaki itu.

Langkahnya riang menuju ke ruang tamu dan terus merebahkan tubuhnya di atas sofa empuk yang baru sahaja dibeli oleh ibunya.

Surat khabar yang berada di tangan Encik Rhafiq ditutup seraya memandang tingkah laku anaknya yang entah kenapa persis orang yang kecelaruan identiti.

"Dah kenapa kamu ni? Tersengih-sengih macam orang gila" kata Encik Rhafiq sambil membuka cermin matanya.

"Rayyan rasa, Rayyan memang dah gila. Gilakan anak dara orang"

Terbuntang mata Encik Rhafiq mendengar kata-kata anaknya. Hampir tersedak dengan liur sendiri namun dengan cepat dia menghirup air kopi yang telah dihidangkan di dalam cawan kegemarannya.

"Aidah! Aidah!" panggil Encik Rhafiq kepada isterinya dengan cemas.

Puan Aidah dengan kelam-kabut berlari menuju ke ruang tamu rumahnya. Tangannya yang berbaki sabun dan pinggan yang masih berbuih langsung tidak dihiraukannya.

"Kenapa, kenapa?!"

"Dia ni" jari telunjuk Encik Rhafiq naik ditunjukkan ke arah anak lelakinya yang sedang berbaring di atas sofa dengan tangan yang disilangkan di belakang kepalanya.

Tidak lupa juga, senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.

"Dia ni bukan anak kita, kan? Dia ni bukan Rayyan" kata Encik Rhafiq.

"Ha? Dah kenapa?" soal isterinya dengan hairan.

"Anak kita takkan tersengih-sengih macam kerang busuk yang dilamun cinta. Tengoklah, dah serupa anak dara Leftenan sorang ni"

Puan Aidah tertawa mendengar alasan suaminya. Ada pula dituduh anak yang penat dia kandungkan selama 9 bulan itu.

Langkahnya dibuka kembali ke dapur untuk menyelesaikan tugasan pembersihannya.

Sempat tangan yang basah itu dilap pada tuala yang digantungkan pada tepi peti ais itu.

Punggungnya dilabuhkan di sebelah suaminya dan menatap anak lelakinya yang masih lagi sedang angau dalam dunianya.

"Rayyan" panggilnya dengan lembut.

Namun, sahutan itu langsung tidak diendahkan anaknya.

"Rayyan!" sergahnya dan membuatkan Rayyan Anaqi terus duduk di tempatnya.

"Ya?"

"Kamu kenapa seronok sangat ni? Sampai angau tak ingat dunia. Apa yang kamu fikirkan?" soalnya ingin mengorek segala rahsia anak lelakinya.

"Ibu dengan abah ada masa tak minggu depan?" tanya Rayyan Anaqi dengan tiba-tiba kepada kedua-dua orang tuanya.

Puan Aidah dan Encik Rhafiq memandang satu sama lain dengan hairan. Tidak pernah pula anak lelaki mereka bertanyakan tentang jadual pekerjaan mereka sepanjang dia hidup.

"Ada, kenapa?" jawan Encik Rhafiq.

"Boleh tolong Rayyan pergi merisik someone tak?" kata Rayyan Anaqi terus ke intinya.

Tergamam kedua-dua orang tuanya. Jatuh rahang mereka usai mendengar arahan itu.

"Kamu nak apa tadi?" soal Encik Rhafiq untuk lebih jelas.

"Rayyan nak minta tolong ibu dengan abah merisik sorang gadis ni. Dia lain. Dia dapat buat hati Rayyan yang batu ni berubah jadi air batu"

"Kamu betul-betul nak ke? Dah fikir masak-masak? Kali ni ibu tak nak paksa kamu macam dulu. Kalau betul dialah perempuan yang kamu betul-betul suka, cinta, sayang, ibu dengan abah tak akan halang" ujar Puan Aidah.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Where stories live. Discover now