BAB 8

3.9K 141 11
                                    

Mengingatkan semula kata-kata yang pernah diberitahu kepadanya membuatkan kemarahan Akhtar Izdan membuak-buak.

Seorang wanita yang memerhatikan Izdan di sebuah kafe itu berjalan kearahnya dengan bersahaja.

"Hai!" tegurnya.

"Tak ada adab? Salam mana?" tanya Izdan sinis.

"Rilex la Iz, kenapa nak moody sangat ni"

"Aku nak berseorangan, yang kau selamba badak duduk sini kenapa? Kau nak apa Laaiqah Eliza?"

Gadis yang bernama Laaiqah Eliza itu terkesan dengan kata-kata Izdan dan berdecit perlahan.

"Rania Dahlia ....." nama isteri kepada lelaki itu disebut perlahan olehnya.

Laju Izdan memandang tepat ke arah Laaiqah Eliza.

"Kau nak tahu tak kenapa isteri kau mati?"

"Apa kau cakap ni Eliza!" giginya diketap menahan bahang amarahnya yang boleh meletus pada bila-bila masa sahaja.

"Isteri kau mati bukan sebab gas bocor tau, tapi ada dalang disebalik kejadian tu. And aku tahu siapa. Kau nak tahu tak siapa?"

"Kau jangan main-main la Eliza!" meja kafe itu dipukul kuat dan meraih perhatian pelanggan yang berada di dalam kafe itu.

"Rilex! Chill! Sebab lepas aku bagitahu je siapa dalangnya, kau akan terkejut besar"

"Siapa!" tengking Izdan.

"Mayra Adelia" tenang Laaiqah Eliza berkata.

"M...Mayra?"

"Ya, Mayra yang kau kenal. Mayra Adelia. Dialah dalang disebalik kematian isteri kesayangan kau tu"

Izdan masih lagi terkebil-kebil dengan kata-kata gadis di hadapannya. Dilema untuk mempercayai atau hanya terus memekakkan telinganya.

Dia hairan mengapa Mayra Adelia yang dikenalinya menjadi sebab kematian isterinya?

Setahunya, sepanjang zaman diplomanya yang diambil bersama gadis itu tidak pernah menimbulkan apa-apa kontroversi tentangnya.

Gadis itu hanya tekun dan fokus di dalam kelas hanya untuk berjaya memegang segulung ijazah.

"If you want to know, dia ada simpan perasaan dekat kau masa zaman diploma lagi. Tapi kau, jual mahal dengan dia. Sampailah kau putuskan untuk kahwin dengan Rania. Lepas dia bunuh bini kau, dia pura-puralah tak kenal kau sekarang. Sebab apa? Sebab dia takut kau akan apa-apakan dia" tambah Laaiqah Eliza.

Kata-katanya ibarat menuangkan minyak pada api yang sedang marak.

Amarah Izdan tidak dapat lagi ditahan. Tangannya digenggam kuat sehingga menampakkan urat-urat yang menjalar di tangannya.

"Aku tahu kau sayang sangat dengan Rania, sebab tu aku bagitahu kau tentang semua ni walaupun Mayra suruh aku rahsiakan"

Kepalanya terus diangkat melihat ke dalam mata gadis di hadapannya dengan serius.

"Mayra suruh kau rahsiakan? Means, kau berkomplot dengan dia?!" tengking Izdan. Dia bangun dari duduknya dan hampir mencekik leher jinjang gadis itu.

Orang ramai di dalam kafe itu mula memerhatikan mereka berdua. Terus Izdan kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu sambil berbakikan api amarah di dalam jiwanya.

"Yes, dia ajak aku. But, aku tolak. Aku tak sampai hati nak buat macam tu dekat isteri kau, isteri kawan baik aku. Bila aku tolak pelawaan dia, dia suruh aku rahsiakan tentang plan yang dia dah rancang. She is too much. She has crossed the line! Aku tak tahan nak simpan rahsia ni" luah Laaiqah.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Where stories live. Discover now