Bagasi Mayra Adelia dibawa turun dari bonet kereta itu oleh papanya.
"Mayra Adelia, Shasha Zhafira, Dhalia Maisarah, ini sem last kamu. Buat betul-betul praktikal kamu tu. Ingat semua pesan yang lecturer cakap, jangan kau orang bantai budak-budak tu pula nanti" pesan Puan Ina kepada ketiga-tiga gadis itu.
Puan Ina telah lali dengan sifat baran mereka bertiga. Jelas pada matanya, gadis-gadis itu tidak sesuai untuk menjadi seorang tenaga pengajar dengan nilai kesabaran yang tipis di dalam diri masing-masing.
Namun, apakan daya Tuhan lebih Maha Mengetahui. Gadis-gadis baran itu akhirnya terpilih untuk menjadi guru di sekolah menengah. Dan telah tiba masanya untuk mereka bertiga menjalankan latihan praktikal mereka sebagai seorang guru.
Berdasarkan pengalaman mereka bertiga mengajar murid di sekolah rendah, hampir-hampir sahaja baran mereka terkeluar akibat mengendalikan murid-murid yang berumur 9 tahun yang nakal dan tidak memberi kerjasama apabila mereka mengajar di hadapan.
Syukur sahaja mereka dapat mengatasi semua halangan itu dengan penuh kesabaran.
Mulut dan hati mereka tidak henti berdoa kepada yang Maha Esa agar hati mereka dilembutkan untuk mengajar remaja-remaja di sekolah itu nanti.
"Jangan gugup, buat macam biasa aje. Doa dengan solat jangan tinggal" kini pesan Puan Dalilah yang merupakan ibu kepada Dhalia Maisarah kepada anak-anak dara itu.
Shasha Zhafira hanya memandang keluarga rakan-rakannya dengan senyuman tipis.
Dirinya yang merupakan anak yatim piatu membuatkan dia pandai berdikari sejak di zaman remajanya lagi.
Kemasukannya ke universiti itu pun dengan menggunakan segala simpanannya yang telah lama dikumpulkan.
"Shasha tolong jagakan dua orang anak dara ni tau. Shasha sorang ajela yang matang pada pandangan makcik ni" kata Puan Dalilah.
Dhalia Maisarah berdecit mendengar pesanan yang disampaikan oleh ibunya kepada rakannya.
"Ibu tak percaya Lia ke?" soalnya sambil menyilangkan tangannya.
"Bukan tak percaya, tapi kamu ni pengaruh kuat. Ajak si Mayra ni pergi sana, pergi situ. Habis duit sana, habis duit situ" dengan kusyuk Puan Dalilah menceritakan keburukan anak perempuannya.
Mayra Adelia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Segala rahsianya dengan Dhalia Maisarah terbongkar di hadapan mama dan papanya.
"Dah nak grad dah, bu. Insyaallah, Lia tak hasut Mayra. Lia simpan setan-setan Lia, tunggu sampai habis grad nanti" kepalanya diketuk perlahan oleh Puan Dalilah.
"Banyaklah kau!" herdik Puan Dalilah.
"Dah, mama dengan papa nak balik dulu" kata Puan Ina. Tangannya disuakan kepada anak gadisnya untuk disalam.
Mayra Adelia menyambut salamannya.
"Kalau Mayra rindu nanti mama dengan papa boleh la hulur-hulur duit belanja. Terubat la rindu Mayra nanti" lengan Mayra Adelia yang kurus itu dicubit perlahan oleh mamanya.
"Duit jela kamu fikir. Ni dah nak habis degree, sampai sekarang mama tak dapat khabar boyfriend ke, menantu ke" usik Puan Ina.
"Mama, Mayra ni terlalu sibuk imagine dunia Mayra sendiri tau. Memang tak sempat la nak cari boyfriend" jawab Mayra Adelia selamba.
"Tak ada la ma. Mayra setia tunggu abe loreng masuk meminang" kata Mayra Adelia sambil tergelak besar.
'Mengada-ngada. Berangan je la hari-hari, biar cepat tua' getus Puan Ina dalam hati.
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...