Seperti apa yang dijanjikan, Rayyan Anaqi menunaikannya dengan berada di depan hospital itu pada awal pagi.
Langkahnya ringin menuju ke wad gadis itu. Hatinya yang kental dan selalu serius kini bertaman bunga akibat gadis itu.
Pintu bilik itu dikuak perlahan menayangkan sosok Mayra Adelia yang sedang sibuk kehulur-kehilir mengemas barangannya.
Tidak lupa juga Zubayr yang menjadi jirannya turut mengemas barangnya.
Dengan tekaan yang tepat oleh Zubayr, Rayyan Anaqi terus meminggirkannya dan berlalu ke arah katil gadis itu.
"Assalamualaikum, awak nak pergi mana?" soalnya dengan hairan apabila melihat katil itu telah rapi dikemas dan tiada satu barang pun dapat dilihat di atas meja yang selalunya penuh dengan makanan itu.
"Waalaikumussalam, harini saya discharge!" jawab gadis itu dengan teruja.
Tanpa sedar, Rayyan Anaqi turut ikut teruja. Ingin sahaja dirinya melompat kegembiraan bersama gadis itu.
Namun, memikirkan maruahnya dan penampilannya, dia harus menjaga tingkah-lakunya.
"Saya hantar awak balik"
"Eh, tak apalah. Susahkan awak je" jawab Mayra Adelia yang masih terkial-kial untuk menutup zip pada beg galasnya.
Baju-bajunya yang terkeluar dari beg itu dipaksa untuk disumbatkan ke dalam beg itu dengan menggunakan henjutan badan kecilnya.
Perlahan-lahan Rayyan Anaqi mendekati gadis itu apabila melihat beg galas itu hampir merobohkan katil hospital. Jika sekali lagi dipaksa tekan beg itu, dia pasti katil itu akan jatuh ke lantai.
"Tak apa. Sekali jalan" katanya sambil zip pada beg galas itu ditutup olehnya.
Mayra Adelia hanya mengangguk setuju.
Takkanlah dia nak menyuruh mama dan papanya untuk mengambilnya di hospital sedangkan sepanjang hari dia di hospital itu tidak sekalipun kedua-dua orang tuanya melawatnya di situ.
Tidak mengapalah sekali-sekala dirinya mengambil inisiatif yang lain.
Baru sahaja dia ingin mengangkat beg galasnya yang terletak di atas katil itu, dengan cepat Rayyan Anaqi menyambarnya terlebih dahulu.
"Saya angkatkan" katanya hampir membuatkan Mayra Adelia melompat kegembiraan.
Dirinya hanya mengekori lelaki itu dari belakang.
"Zubayr, kau discharge juga ke harini?" soalnya kepada anak buahnya itu.
Lelaki itu hanya memandangnya dengan jelingan.
"Ya, saya balik dengan tuan Zhafir kejap lagi" jawabnya dengan senada.
Merajuk dengan Leftenan itu yang sanggup meminggirkan anak buahnya sendiri.
"Ok la kalau macam tu. Perut kau dah ok? Luka macam mana?" soal Rayyan Anaqi.
Zubayr hanya tertawa sinis.
"Luka saya dah lama elok, tapi telinga saya pula bernanah dengar cerita dongeng semalam" sinisnya.
"Balik kem, drownproofing setengah jam" terus langkahnya bersama Mayra Adelia dibuka keluar dari bilik itu.
"Nehhh" ejek Zubayr sebaik sahaja bayang-bayang Leftenan itu betul-betul hilang dari pandangannya.
Beg galas itu diletakkan di kerusi penumpang di belakang. Mayra Adelia berasa ragu-ragu untuk menaiki kereta itu.
"Kenapa tak masuk?"
"Boleh ke masuk? Macam kereta baru je"
Tertawa kecil Rayyan Anaqi dibuatnya.
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romansa"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...