Tubuh Rayyan Anaqi yang terbaring lemah di atas katil hospital di pandang lama oleh Mayra Adelia.
"Awak ok ke?" tanya Mayra Adelia kepada suaminya dengan nada yang risau.
Rayyan Anaqi terus memalingkan kepalanya ke arah isterinya.
"I won't answer any of your question if you keep on calling me, awak" jawab Rayyan Anaqi dengan senada.
Perkataan awak ditekankan oleh Rayyan Anaqi memberi maksud bahawa dia tidak menyukai gelaran itu digunakan oleh isterinya kepadanya.
"Saya tanya betul-betul ni. Bahu awak yang cedera tu macam teruk sangat"
Namun, Rayyan Anaqi hanya kekal mengunci mulutnya.
Dia terus menerus memberi riak wajah yang kosong kepada isterinya.
"Janganlah merajuk, buruk. Tak kena dengan personaliti tentera awak tu"
"Itulah, haritu bangga sangat tipu orang. Now, dah terlantar atas katil hospital" kata Mayra Adelia dengan penuh sinis di dalam bicaranya.
Rayyan Anaqi hanya mampu mengeluh perlahan mendengar kata-kata sinis isterinya.
Sudahlah badannya sedang sakit, malah ditambah dengan bebelan Mayra Adelia yang tidak henti sedari tadi membuatkan telinganya pula kesakitan.
"Tak faham lagi ke, Mayra Adelia? If you keep on calling me awak, abang tak akan layan langsung apa yang sayang cakap" kata Rayyan Anaqi dengan tegas.
Dia tidak sanggup memarahi isterinya namun, untuk memperbaiki hubungan mereka, dia terpaksa berbuat demikian.
Wajah Mayra Adelia yang jelas memaparkan kesedihan dipandang lama oleh Rayyan Anaqi.
Keadaan yang sunyi menjadi pentas utama mereka. Tiada satu suara yang mampu mengetuai perbualan itu.
"Ab...abang ok tak?" tanya Mayra Adelia sambil menundukkan kepalanya.
Menyembunyikan wajahnya yang sedang jelas mempamerkan riak se bersalahnya.
Laju kepala Rayyan Anaqi dipalingkan kearah isterinya.
"Apa tadi? Sayang cakap apa?"
"Mayra tanya, abang ok tak?" ulang Mayra Adelia.
Dengan senyuman yang lebar, Rayyan Anaqi terus menarik isterinya di dalam dakapannya.
"Abang ok" jawab Rayyan Anaqi sambil memeluk kuat isterinya.
"Abang rindu sayang. Rindu sangat-sangat. Rindu pelukan, rindu kasih sayang, rindu ayat-ayat manis yang keluar dari mulut sayang. Semua abang rindu" sambung Rayyan Anaqi.
Mayra Adelia yang berada di dalam dakapan suaminya dengan senyap mengalirkan air mata.
"Mayra pun rindu abang. Mayra nak minta maaf sebab marahkan abang"
"No need, sayang. I deserved it. Siapa aje yang tak marah kalau kena fitnah bukan-bukan, kan?"
"Abang yang kena minta maaf dekat isteri abang ni. Kesian dia, hari-hari menangis sampai naik lebam mata" usik Rayyan Anaqi.
Mata isterinya di tatap lama dengan pandangan yang penuh kasih sayang. Kepala isterinya juga diusap perlahan.
"Abang" panggil Mayra Adelia sambil memandang wajah tampan suaminya.
"Hm?"
"Abang keluar nanti kita duduk dekat rumah mama dengan papa ajelah" kata Mayra Adelia.
"Dah kenapa pula? Abang sihat aje" jawab Rayyan Anaqi dengan yakin.
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...