Hairil yang sedang berlari laju sambil memegang bahunya yang telah ditembak oleh Rayyan Anaqi cepat-cepat mencari tempat persembunyian.
"Shit!" carutnya sambil menekup kuat luka pada bahunya.
"Hairil, kau dekat mana? Kenapa lembab sangat buat kerja?" kata Hairul melalui alat pendengarannya.
Hairil yang mendengar segala kata-kata abangnya mula mengeluh kuat.
"Aku kena tembak dengan Leftenan jahanam tu" terang Hairil.
"Kau bodoh ke? Kau tak boleh agak apa yang dia nak buat? Sepatutnya biarkan aje si Leftenan tu bunuh kau! Menyusahkan kerja aku!" tengking Hairul kepada kembarnya.
"Sial!" herdik Hairil sambil membaling jauh alat pendengarannya.
Tidak mengendahkan apa yang abang kembarnya lakukan.
Satu demi satu pasukan memasuki dan menyelongkar setiap bahagian kapal itu.
"Jumpa apa-apa tak?" soal Zhafir Azzam kepada pasukannya.
"Belum, tuan. Kapal ni macam kosong" jawabnya.
"Kosong, tak semestinya selamat" balas Aryan Zihni dari belakang mereka.
Sejurus sahaja dia berkata begitu, bertalu-talu tembakan diarahkan pada mereka.
"Argh!" desis Zhafir Azzam apabila merasakan bahagian kakinya ditembusi peluru yang ditembak oleh musuhnya.
Zhafir Azzam mengetapkan giginya dan membalas tembakan tersebut dengan bertubi-tubi.
"Zhaf! Habis mati semua binatang tu!"
"Dah dia tembak aku, aku tembak lah dia balik. Kalau tak sakit tak apa, ini macam dah nak tempang aku!"
Aryan Zihni hanya membalas dengan pandangan yang tajam kepada Zhafir Azzam.
"Nak bangga diri la tu. Tahu la awak tu berpengalaman jadi sniper" kata Aryan Zihni dengan nada yang sengaja dapat didengari oleh Zhafir Azzam.
"Dah! Teruskan misi!" arah Zhafir Azzam sambil tangannya sempat memukul kepala Aryan Zihni.
Rayyan Anaqi yang masih mengejar Hairil, mencarinya di setiap pelusuk kapal.
Sampai sahaja di satu bahagian di dalam kapal, dengan nafas yang berat Rayyan Anaqi memberhentikan langkahnya apabila terdapat satu sosok yang berdiri di hadapannya.
"Sayang" panggil Rayyan Anaqi kepada Mayra Adelia.
Namun, badan dan mulut isterinya yang diikat ketat menghalang Mayra Adelia untuk membalas panggilan suaminya.
"Penat Leftenan? Main kejar-kejar dengan siapa sampai lupa ambil isteri dekat deck depan tu?" kata Laaiqah dengan penuh sinis.
"Don't you dare, touch my wife!" kata Rayyan Anaqi dengan penuh geram.
Giginya diketap kuat agar kemarahan di dalam dirinya tidak memakan sepenuhnya dirinya sendiri.
Kakinya ditendang dari belakang oleh Hairul dan menyebabkan Rayyan Anaqi jatuh melutut.
"Macam tulah, Leftenan. Kalau nak sesuatu, kena merayu. Dan kalau boleh, melutut macam seorang hamba" kata Hairul.
"Kau dera perempuan ni macam mana, Hairul? Tak ada kesan luka pun!" marah Laaiqah kepada abangnya.
"Kau yang suruh aku supaya tak sentuh perempuan tu kan?"
"Betul, tapi alang-alang suami dia ada dekat depan mata, I guess this woman is all yours" kata Laaiqah sambil menolak badan Mayra Adelia yang lemah ke arah abangnya.
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...