Mayra Adelia dan mama papanya yang sedang berehat di dalam bilik diperhatikan secara senyap oleh Rayyan Anaqi.
Tangannya laju mendial nombor rakan-rakannya.
"Zhaf, Yan, datang rumah aku sekejap. Ada benda yang aku nak tunjuk" kata Rayyan Anaqi.
Tangannya masih lagi membelek satu persatu gambar yang ada di tangannya.
Sebaik sahaja Zhafir Azzam dan Aryan Zihni melangkahkan kaki mereka ke dalam rumah itu, Rayyan Anaqi diserang bertubi-tubi soalan dari kedua-dua rakannya.
"Kau nak apa setan?! Aku baru balik dari temankan mak aku shopping berjam-jam, aku balik nak rehat! Kau telefon kenapa?! Tengking Aryan Zihni.
Mana la tidak meledak kemarahannya apabila dipaksa oleh maknya untuk ikut membeli-belah. Ingatkan dapat cuti, dapat la dia berehat. Punah segalanya!
"Kau chill boleh tak setan? Kau ingat kau seorang aje ke yang penat? Kau ingat si Rayyan ni panggil kau seorang aje?" balas Zhafir Azzam.
Rayyan Anaqi hanya mampu memberikan pandangan maut kepada kedua-dua rakannya yang sedang berperang mulut di hadapannya.
"Dah la setan-setan! Dalam rumah ni ada isteri dan mertua aku! Boleh perlahankan suara tak?" tegur Rayyan Anaqi dengan tegas.
Zhafir Azzam dan Aryan Zihni terus mengunci mulut mereka.
Bukannya kerana mendengar kata-kata Rayyan Anaqi malah kerana kasihankan Mayra Adelia dan mertua rakannya yang sedang rehat di dalam bilik.
Takut jikalau mereka terganggu dengan bunyi bising perang mulut mereka.
"Kau panggil aku dengan Yan ni kenapa? Nak bincang apa?" tanya Zhafir Azzam.
Sofa yang lembut menjadi tujuan utama ketiga-tiga anggota PASKAL itu.
"Kau orang tengok gambar ni. Bandingkan dengan gambar banduan hari itu" kata Rayyan Anaqi.
Gambar lelaki yang pernah menjadi sebab kesalahfahaman dalam rumah tangga antara Rayyan Anaqi dan Mayra Adelia dikeluarkan lalu gambar itu dicampak di atas meja dan gambar banduan yang dibincangkan dalam mesyuarat semalam juga turut dicampaknya.
Zhafir Azzam dan Aryan Zihni memandang kedua-dua gambar yang berada di depan mereka dengan teliti.
Sama! Wajah lelaki yang berada di dalam gambar itu kedua-duanya serupa.
"Sama kan?" tanya Rayyan Anaqi.
"Sama, tapi itulah, kau tak pernah dengar tentang dopleganger ke Rayyan? Mana tahu ini hanya orang yang mempunyai rupa yang sama?" balas Aryan Zihni.
Matanya masih lagi ditumpukan pada gambar-gambar itu.
"Bagi pendapat aku, aku rasa lebih baik kita siasat lelaki ni. Mana tahu kalau dia banduan yang lari tu, boleh kita jejak lokasi dia awal-awal" pendapat Zhafir Azzam diterima oleh Rayyan Anaqi dan Aryan Zihni.
Satu suara yang lembut memecahkan hening di ruang tamu itu.
"Zhafir? Aryan? Bila kau orang sampai?" tanya Mayra Adelia yang baru sahaja keluar dari biliknya.
"Baru aje sampai. Mayra dah sihat?" tanya Zhafir Azzam kepada Mayra Adelia.
"Sihat sikit" balas Mayra Adelia.
Baru sahaja dia hendak melangkahkan kaki menuruni anak tangga, langkahnya diberhentikan oleh Rayyan Anaqi.
"Sayang, tak perlu la turun. Dia orang pun dah nak balik dah" kata Rayyan Anaqi. Pinggang isterinya dipegang kuat supaya tidak jatuh.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...
