Mayra Adelia yang sedang mengalamun dikejutkan oleh Dhalia Maisarah.
"Woi!" sergah Dhalia.
Dengan refleks yang pantas, tangan yang memegang buku teks tebal itu cepat-cepat memukul Dhalia pada bahagian bahu wanita itu.
"Auwch!" aduh Dhalia.
"Padan muka kau" kata Shasha Zhafira dengan selamba sambil menaikkan kedua-dua ibu jarinya.
Dhalia Maisarah memberikan pandangan maut kepada rakan-rakannya yang sedang tertawa besar.
"Rindu suami ke kak?" soal Shasha sambil meletakkan buku-buku yang dibawanya di atas meja.
Soalannya tidak dijawab malah Mayra Adelia hanya mengangguk perlahan.
"Manja. Padahal laki dia baru pergi semalam. Bau asap kereta pun tak hilang lagilah kak" kata Dhalia dengan sinis.
Sengaja ingin menyakat rakannya yang manja itu. Dia tahu Mayra Adelia sudah terlalu obses dengan suami sendiri.
Bahu Dhalia dipukul dengan sedikit kuat oleh Shasha apabila mendapati Mayra Adelia sedang menahan air matanya daripada jatuh ke pipi.
"Kau apa tahu? Kau belum kahwin lagi kan? So, just shut your mouth. We don't need your opinion" kata Shasha Zhafira.
"Kau Sha, kau jangan kahwin sekarang. Kalau tak jadi macam minah sorang ni, macam mati laki"
"Tak janji miss. Adalah seseorang tu dah terpahat dalam hati saya ni" jawab Shasha Zhafira sambil tersenyum lebar.
Mayra Adelia dan Dhalia Maisarah terlopong mendengar luahan rakan mereka yang selama ini tidak pernah kesah tentang alam percintaan.
Siapalah lelaki bertuah yang telah menambat hati Shasha Zhafira? Wanita yang sangat 'strict' dan malas mahu berfikir tentang cinta.
Jika ada, adalah. Jika tiada, dia hanya berserah dan terima dengan apa yang telah ditulis di Luh Mahfuz.
"Dahlah, aku nak pergi next class. Layan kau orang berdua, silap hari bulan aku pun naik gila. Gila tunggu laki, gila dapat kawan macam ni" kata Mayra Adelia.
Kakinya dengan cepat mengorak langkah keluar dari bilik guru itu.
3 bulan berikutnya
Mayra Adelia dengan riang menunggu kepulangan suaminya sambil memegang sejambak bunga di dalam dakapannya.
Semua ahli keluarga perajurit menjurus memenuhkan ruang di bahagian depan untuk menyambut kepulangan orang yang tersayang yang telah lama berjauhan untuk menjaga perairan negara.
Mayra Adelia yang berbadan kecil hanya mampu berdiri di tepi dimana tidak menempatkan ramai orang.
Sebab dia perlu tunggu di bahagian itu kerana dia asyik ditolak oleh kerumunan manusia yang ramai itu. Sesak nafasnya berada di dalam lautan manusia.
Kakinya dijengketkan dan matanya melilau mencari suami tercintanya.
"Assalamualaikum cik, tunggu siapa ya?" tegur salah seorang lelaki di belakangnya.
Pada mulanya dia hanya membuat pekak kerana dia tahu martabatnya sebagai seorang isteri dan tidak mahu nama suaminya dipermalukan.
"Cik?" panggil lelaki itu lagi.
Kali ini bahu Mayra Adelia ditepuk perlahan.
Terbuntang mata Mayra Adelia apabila lelaki itu bertindak menyentuhnya.
"Maaf, saya ni isteri orang. Tolong hormat dan jangan kacau saya. Saya tengah tunggu suami saya balik" dengan tegas Mayra Adelia berhujah.
"Suami cik, Leftenan Rayyan Anaqi? Kan?"
![](https://img.wattpad.com/cover/324654466-288-k348937.jpg)
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...