"Mama! Papa!" panggil Mayra Adelia dengan riang.
Telefonnya yang berada di tangan juga turut dihayunkan. Berkelip-kelip mata Puan Ina melihat hayunan itu. Risau jika terlepas dan mencederakan orang sekeliling.
"Kenapa ni Mayra? Telefon tu kalau terkena muka mama memang aku hantar kamu ke rumah anak yatim" ugut Puan Ina.
Mayra Adelia yang sedang berdiri di hadapan mama dan papanya segera duduk melutut seusai mendengar ugutan itu.
"Kenapa ni? Ada nak bagitahu apa-apa ke?" tanya Encik Fauzi kepadanya.
Sekali lagi bibirnya naik menghadiahkan senyuman paling manis yang mereka pernah lihat.
"Mayra dengan Rayyan ada bincang tentang majlis tu nanti. Kalau boleh kita orang nak buat sekali jalan je"
"Lah, kenapa pula? Mama baru nak buat majlis yang gah untuk anak mama ni" kata Puan Ina dengan bibir yang menjuih.
Sedikit kecewa dengan perancangan anak-anaknya itu.
Tidak dapatlah dia membuat 'wedding of the year' untuk anak bongsunya. Nampaknya angan-angan itu perlu dikuburkan sehingga majlis perkahwinan cucunya nanti.
"Rayyan kena pergi ops nanti, kalau boleh Mayra tak nak lambat-lambat"
"And kalau boleh, Mayra nak buat yang kecil-kecilan aje, boleh? Dekat depan rumah pun boleh. Kita ajak kenalan yang rapat aje tak perlu ramai-ramai" luah Mayra Adelia dengan mata yang berkilau.
Meminta simpati dan kesefahaman orang tuanya dengan rancangannya.
"Ok, kita buat dekat dewan tapi tak ramai sangat orang, boleh?" sambungnya lagi apabila raut wajah mamanya bertukar bengis dengan kata-katanya tadi.
"Itu boleh" jawab Puan Ina dengan ringkas.
Ikutkan sahajalah permintaan anak dara seorang ini.
"Kalau macam tu, kita buat minggu depan, boleh?" kini giliran Encik Fauzi pula berbagi ideanya.
"Cepatnya"
"Kamu yang nak cepat tadi kan? Inform la mertua kamu tu suruh cepatkan. Dia orang pun tunggu keputusan kamu berdua"
Mayra Adelia juga turut bersetuju dengan cadangan papanya.
"Boleh aje papa. Mayra setuju. Aturan ibu bapa itu selalunya lebih baik" katanya seraya senyuman manis ditayangkan.
"Melainkan tunang tak jadi dulu tu" kata Kayla mencelah perbualan itu.
Jelingan yang tajam daripada mama papanya kini menemaninya.
"Are you ready my little princess?" bisik Kayla kepada adiknya yang sedang terpegun melihat dirinya sendiri pada pantulan cermin itu.
"Ini bukan Mayra Adelia kak" kata Mayra Adelia.
Sejujurnya pada hari itu dia merasakan bahawa itu bukanlah dirinya yang sebenar. Dia kelihatan seperti orang yang lain apabila mengenakan gaun berwarna putih itu.
Wajahnya yang dihiasi dan di dandan itu membuatkan dia lebih terpegun dengan dirinya sendiri.
Cantik, seperti bidadari yang baru jatuh dari langit.
"Yakin dengan penampilan Mayra. Hari ni aje dapat tengok adik kakak yang selalunya comot akhirnya cantik bagaikan bidadari" usik Kayla.
"Jom! Dah lambat ni" ajaknya.
Dengan itu, mereka semua mula bergerak untuk pergi ke majlis pernikahan pasangan itu.
Menampakkan sosok tubuh Rayyan Anaqi yang segak mengenakan baju melayu berwarna putih itu membuatkan Mayra Adelia tidak lekang memandangnya.
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...