BAB 20

4.2K 138 6
                                    

Rambutnya yang basah dikeringkan menggunakan tuala mandi itu dengan laju.

Sekali-sekala diraut rambut pendeknya itu dengan kuat agar air yang berada di kulit kepalanya kering dengan cepat.

Sosok isterinya yang sedang duduk di birai katil itu sengaja disergah olehnya.

Namun, perbuatannya hanya dibalas dengan jelingan tajam isterinya. Gigi yang diketap juga membuatkan Rayyan Anaqi menelan liur. Silap langah dengan tindakannya sebentar tadi.

"Sayang, abang ada something nak bagitahu" katanya sambil menarik tubuh isterinya supaya lebih dekat dengan dirinya.

"Kenapa? Nak bagitahu apa?" tanya Mayra Adelia.

Telefon yang berada di tangannya sebentar tadi kini diletakkan di belakangnya. Perhatiannya kini hanya kepada sang suami yang berada di tepinya.

Tangannya kembali berada di dalam pegangan suaminya. Dielus lembut tangan itu dengan penuh kasih sayang.

"Abang kena pergi kerja, tak lama pun. Sayang boleh jaga diri, kan?" kata Rayyan Anaqi kepada isterinya yang jelas sedang menahan air mata.

Perasaan kecewa kerana tidak dapat berada di samping suami menyelubungi jiwanya.

Itulah sifat wanita, walaupun penyebabnya tidaklah begitu teruk, namun dengan mudah mutiara putih itu mengalir keluar dari mata.

"Tapi kita baru aje kahwin. Mama pun nak ajak balik kampung sama-sama" kata Mayra Adelia yang sedaya upaya menahan sebak dalam bicaranya.

"Ya, abang tahu. Kan abang cakap 'tak lama'. Kalau cepat habis, cepatlah abang balik" pujuk Rayyan Anaqi.

Tangannya naik mengusap bahu isterinya yang sedang menangis itu. Perlahan tubuh isterinya ditarik ke dalam dakapannya.

Sejujurnya, dia tidak tahu jika misinya kali ini memakan masa yang lama atau tidak, membunuh atau mencederakan, hidup atau mati.

"Sayang jangan sedih, nanti susah abang nak pergi kerja. Sayang pun tahu skop kerja abang macam mana, kan?" katanya tidak langsung diendahkan oleh Mayra Adelia.

Makin kuat esakan isterinya itu.

Langkahnya dibuka menuju ke laci meja itu. Dialih beberapa dokumen dan mengambil sesuatu yang kecil fizikalnya.

"Nah, ambil rantai ni" kalung tentera miliknya diletakkan pada tapak tangan isterinya.

"Kalau sayang rindu abang, peluk la rantai ni kuat-kuat. Nanti abang dah balik, sayang peluk abang pula. Itu pun kalau masih bernyawa kalau tinggal jasad---" belum sempat Rayyan Anaqi ingin menghabiskan ayatnya, Mayra Adelia terlebih dahulu menekup mulutnya dengan kuat.

Rayyan Anaqi sedaya upaya menarik tangan isterinya daripada mulutnya.

"Apa sayang ni?! Tutup mulut aje jangan tutup hidung sekali! Nak abang mati cepat ke?"

"Siapa suruh cakap pasal mati?! Kalau abang mati siapa nak jaga Mayra?! Abang sanggup tengok isteri abang ni menangis siang malam pagi petang dekat hospital sebab kes mati laki?!" bebel Mayra Adelia.

Rayyan Anaqi hanya mampu mengeluh perlahan.

"Apa sampai ke situ pula? Abang cakap 'kalau'. Sayang tak boleh nafikan yang kerja sebagai tentera ni seratus peratus selamat. Kalau ada rezeki kami balik dengan tubuh badan yang sihat, katakan ajal kami dah sampai, nak undur balik masa pun tak boleh" jelas Rayyan Anaqi panjang lebar kepada isterinya yang sedang memandang tajam ke arahnya.

Mayra Adelia terus bangun dari duduknya dan pergi ke meja solekan untuk mengemaskan rambutnya yang baru kering itu.

Rantai yang diberi oleh suaminya dihempaskan di atas meja itu dengan sedikit kuat.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Where stories live. Discover now