Baju yang telah dilipat disusun di dalam bagasi oleh Mayra Adelia.
Iris matanya bergerak meneliti segala pergerakan suaminya sambil tangannya masih sibuk menyusun baju-baju itu dengan kemas.
"Hari-hari tengok abang tak akan tak puas tatap lagi?" soal Rayyan Anaqi secara mengejut selepas mengagak bahawa dirinya sedang diperhati keras.
"Ha? Mana ada Mayra pandang abang"
Jawapan yang keluar dari mulut isterinya membuatkan Rayyan Anaqi mencebik.
"Tipu, tipu, tipu, tipu" ejek Rayyan Anaqi.
"Deria abang ni sensitif, abang tahulah sayang tengah perhati aje apa yang abang buat"
"Kenapa? Ada nak cakap apa-apa ke?"
Mendengar soalan suaminya, Mayra Adelia hanya bermain dengan jari-jemarinya.
Rayyan Anaqi yang melihat suasana suram yang menyelubungi isterinya terus membuka langkah untuk mendekatinya.
Lantai sejuk itu menjadi tujuan untuk melabuhkan duduknya bersebelahan isterinya.
"Kalau sayang ada apa-apa nak cakap, just tell me. Abang tak akan marah sayang"
Laju Mayra Adelia memalingkan kepalanya menghadap suaminya. Bibirnya yang terjuih dan matanya yang berkaca membuatkan Rayyan Anaqi semakin risau.
"Kenapa ni?"
"Mayra takut" jawab Mayra Adelia. Perlahan-lahan air yang berada pada tubir mata jatuh ke pipi.
"Takut kenapa?" tanya Rayyan Anaqi sambil mengerutkan dahinya.
"Mayra takut, kalau-kalau abang jumpa perempuan lain dekat kampung nanti" mengenangkan kerisauannya, air matanya semakin laju menuruni wajahnya.
Rayyan Anaqi yang mendengar tentang keresahan isterinya mula tertawa kecil.
"Sayang, kan abang dah janji yang abang tak akan cari perempuan lain. Kenapa fikir sampai ke situ pula?"
"Iyalah, kan Mayra baru nak berbaik dengan abang. Mayra rindu abang, Mayra baru aje nak bermanja dengan abang. Takutlah kalau abang dah tawar hati dengan Mayra sebab selalu sangat buat masalah"
"Sebab tu Mayra fikir abang nak cari pengganti baru" jujur Mayra Adelia.
Sesungguhnya dirinya takut jika suaminya betul-betul berasa demikian.
Walaupun soalannya persis orang yang meraih simpati, baginya ia sesuatu yang penting untuk dia pastikan dengan jawapan yang jujur yang keluar dari hati ke mulut suaminya.
Tangan sasa itu menarik Mayra Adelia untuk berada di dalam dakapannya yang hangat.
Rambut isterinya dibelai dan dahi isterinya dicium lama sebelum menjauhkan semula jarak antara mereka berdua.
Mata Rayyan Anaqi memandang dalam mata isterinya yang masih lagi berair.
Pandangan kabur Mayra Adelia hilang sebaik sahaja merasa air matanya diseka oleh jari-jemari yang hangat.
"Tak akan" kata Rayyan Anaqi dengan ringkas.
"Ha?" Mayra Adelia hanya mampu berasa hairan dengan kata-kata ringkas suaminya.
"Kalau sayang tanya abang, abang nak ke cari pengganti yang akan gantikan sayang, jawapannya adalah tak akan"
"Abang tak akan cari orang lain untuk gantikan tempat sayang. Satu-satunya orang yang boleh duduk di hati abang ialah isteri abang sekarang, Mayra Adelia"
Tangan isterinya dipegang dan dicium tangan itu dengan penuh kasih sayang.
"Tapi kena ingat, selain Mayra Adelia dan abang yang ada di dalam hati sayang, tempat pertama di dalam hati kita tidak akan pernah berubah. Pencipta kita selalu berada di dalam hati kita. Kasih kita kepadaNya tidak akan pudar dan tidak akan tawar"
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...