Bagai belut diketil ekor, akhirnya telah masuk dua bulan mereka menjadi guru praktikal di sekolah menengah itu.
Penat itu telah sebati dalam diri mereka. Apa yang mereka pentingkan sekarang ini adalah untuk menyumbang ilmu kepada murid-murid di sekolah itu. Dalam masa yang sama, mereka belajar untuk memantapkan lagi prestasi mereka dalam bidang mengajar.
Sepanjang dua bulan mereka tidak henti mengajar, akhirnya cuti panjang yang ditunggu-tunggukan telah tiba.
Ketiga-tiga gadis itu mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman untuk melawat keluarga yang tersayang. Walaupun hanya belajar di dalam negara sendiri, namun, gadis-gadis tidak boleh renggang dari tatapan keluarga mereka.
Setiap bagasi milik mereka dimasukkan ke dalam kereta itu. Disusun dengan rapi supaya tidak jatuh dan tiada sebarang pelanggaran antara bagasi-bagasi itu.
Iris mata Mayra Adelia terpana pada kertas-kertas yang berada di atas mejanya.
"Aku lupa bagi dia ke?!" dahinya diketuk berkali-kali dengan perlahan.
Dengan pantas dia keluar dari biliknya untuk mendapatkan kedua-dua rakannya.
"Sha, Lia. Boleh tak kalau kejap lagi kita singgah kedai nasi lemak tu? Aku nak bagi Rayyan kertas-kertas ni, tapi terlupa" jelasnya.
Perlahan-lahan Shasha Zhafira menoleh ke belakangnya memandang ke arah Mayra Adelia.
"Balik nanti kau bagi la" katanya.
"Ke kau sengaja nak jumpa dia? Iyala, cuti lama kan, mesti nanti kau rindu nak tengok muka dia" usik Dhalia Maisarah sambil kedua-dua tangannya masih sibuk membetulkan kedudukan bagasi di bonet itu.
"Macam tu jugak la, tapi, aku dah janji nak bagi kertas-kertas ni dekat dia"
"Pleaseee" meleret Mayra Adelia meminta.
Matanya mula bersinar-sinar dan bibirnya mula terjuih. Dengan perasaan yang rimas Shasha Zhafira dan Dhalia Maisarah hanya tuntut sahaja permintaan rakannya itu.
"Pergilah, pergilah. Lagipun aku ikut je kau balik ke rumah" kata Shasha Zhafira.
Dirinya terpaksa mengikuti Mayra Adelia pulang ke kampung halamannya disebabkan dia merupakan anak yatim piatu dan tiada tempat tinggal selain rumah jagaannya yang dahulu.
Mayra Adelia menunggu gerangan lelaki itu bersandarkan kereta sewanya. Dilirik ke kiri dan kanan namun, tetap tiada bayang mahupun batang hidung yang dinampaknya.
"Lambat lagi ke Mayra? Dah nak dekat sejam dah ni" rungut Dhalia Maisarah.
"Kejap la. Aku dah chat dia tadi, dia kata on the way" jawab Mayra Adelia.
Sebuah kereta Lexus LS berwarna hitam berhenti tepat bersebelahan dengan keretanya.
Mayra Adelia terpegun dengan kecantikan badan kereta yang berkilau itu.
Pintu kereta itu dibuka dan mematikan segala pandangan Mayra Adelia. Dengan cepat matanya memandang ke arah lain.
"Sorry lambat. Tadi saya kena hantar kawan saya balik kem dulu baru boleh datang sini" kata seorang lelaki kepadanya.
Kepalanya terus menoleh ke arah gerangan itu.
Sekali-sekala dia akan bersilih-ganti memandang lelaki itu dan kereta Lexus LS di belakangnya.
"Awak...? Naik kereta tu ke?" soalnya.
Dengan perlahan Rayyan Anaqi hanya menganggukkan kepalanya.
"Makkk..." terpegun Mayra Adelia buat seketika.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...
