BAB 11

3.6K 134 7
                                    

Mayra Adelia hanya duduk di hujung bucu katilnya tanpa menunjukkan sebarang perasaan.

Hari dimana dia akan bergelar tunang kepada seorang jejaka yang langsung tidak disukainya telahpun tiba.

Baju yang berwarna putih yang terletak cantik pada tubuhnya tidak sedikitpun dipuji oleh dirinya sendiri. Malah, sosoknya yang dipantulkan cermin itu dipandangnya dengan jijik dan rimas.

"Mayra, dah siap?" panggil Puan Ina dari luar biliknya.

Pintu bilik itu dibuka olehnya dengan senyuman pada wajahnya apabila melihat anaknya yang cantik mengenakan gaun putih itu.

"Cantiknya anak mama" kata Puan Ina dengan teruja.

Namun, riak wajah Mayra Adelia tidak berubah. Hanya matanya sahaja yang berbicara tentang perasaannya ketika itu.

Marah,

Sedih,

Benci.

"Kenapa masam muka ni? Happy la sikit. Malu dekat tetamu tengok nanti" kata Puan Ina langsung tidak kesah dengan perasaan anak perempuannya.

"Mama, Mayra tak nak teruskan pertunangan ni" katanya dengan berani. Nadanya juga sedikit bergetar.

"Apa Mayra cakap ni? Jangan buat hal boleh tak?! Mana mama dengan papa nak letak muka nanti?!"

Mayra Adelia berdecit dengan kata-kata mamanya.

"Mama dengan papa yang pandai-pandai aturkan pertunangan ni tanpa perbincangan dan persetujuan Mayra. Kenapa Mayra nak kena ikut rancangan entah apa-apa ni?!" kini segala perasaan yang terbuku di dada diluahkan.

Puan Ina hanya mengendahkan sahaja kata-kata yang keluar dari mulut anaknya. Tidak mahu hatinya berasa semakin sebersalah dia mula mengorak langkah untuk keluar dari bilik itu.

"Jangan banyak cakap, lepasni keluar. Semua orang dah ada dekat depan tu tengah tunggu kamu" kata Puan Ina dan berlalu pergi meninggalkan anaknya.

Mayra Adelia berada dalam keadaan yang tercengang. Tidak tahu apa yang perlu dibuat olehnya untuk membatalkan majlis tersebut.

Perlahan-lahan kepalanya menjenguk ke luar biliknya. Kelihatan keluarga tunangnya yang sedang memenuhi ruang tamu rumahnya jelas untuk menunggu dirinya keluar dari bilik itu.

Matanya beralih ke arah satu pintu keluar yang berada di dapur.

Dengan cepat bajunya diangkat hingga paras tumit dan berlari ke arah pintu itu.

Tombol pintu itu dipulas dengan perlahan supaya tiada yang mengesyaki pelariannya. Bibirnya sedikit naik bangga dengan tindakan beraninya.

Namun, senyuman itu mula pudar apabila seseorang menghalang laluannya.

"Kau nak pergi mana?" soal lelaki itu.

Pergelangan tangan Mayra sempat disambar olehnya dengan kasar.

"A...abang Aqim" tergagap Mayra Adelia di hadapan tunangnya itu.

Kakinya kembali berundur ke belakang apabila lelaki itu mula mendekatkan dirinya.

"Kau nak pergi mana?!" giginya diketap dan pergelangan tangan Mayra Adelia semakin dieratkan membuatkan gadis itu menjerit kesakitan.

Dengan paksaan, Mayra Adelia menolak tangan kasar itu dari terus mencengkam tangannya.

"Saya tak nak teruskan semua ni. Saya tak cintakan awak, dan saya tahu awak pun tak cintakan saya. Buat apa nak teruskan pertunangan ni?" luahnya.

Aqim tersenyum sinis mendengar kata-kata gadis itu.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Where stories live. Discover now