Pagi yang tenang dan telah menampakkan sinar cahaya ditemani dengan bunyi tembakan yang bertubi-tubi di Pusat Latihan PASKAL itu.
Sasaran yang diperhati lama ditembak keras. Melepaskan segala geram dan marahnya melalui latihan menembaknya.
"Leftenan Rayyan Anaqi! Kau dah kenapa! Kalau sasaran menembak tu orang betul, dah berkecai kepala dia!" jerit Aryan Zihni.
'Ear protection' yang dipakainya mendekap segala bunyi tembakan dan membuatkan dia terpaksa menjerit untuk memanggil rakannya.
"Pergi mati!" jerit Rayyan Anaqi lalu menyambung tembakannya.
Headshot! Puas hatinya apabila semua sasaran ditembak tepat olehnya.
"Aku tahu kau tengah kusut sekarang, Rayyan. Tapi tolong fokus dalam setiap latihan. Bukan ikut perasaan kau aje" pesan Zhafir Azzam.
Bahu bidang Rayyan Anaqi ditepuk perlahan.
"Biarkan aje dia tu, Zhaf!" sampuk satu suara dari belakang mereka.
"Orang, kalau tak pandai jaga bini macam ni la! Dah salah, baru nak menyesal! Lepaskan geram dengan tembak sana sini. Kalau perlahan dan sikit tak apa! Ni nak pecah gegendang telinga aku!" kata Aryan Zihni dengan selamba.
"Kau nak mati kena tembak dengan dia ke?" bisik Zhafir Azzam kepada Aryan Zihni yang tidak pandai menjaga mulutnya.
"Apa betul la! Cemburu tak bertempat. Pangkat Leftenan, tapi kuat cemburu. Malu weh, malu!" ejek Aryan Zihni.
"Kalau kau tak nak kena bunuh dengan aku, baik kau kunci aje mulut kau tu" tegur Rayyan Anaqi dengan tegas.
"Ah, whatever la! Dia ingat dia Leftenan, aku takut? Aku pun Leftenan juga!" kata Aryan Zihni sambil berlalu pergi.
Rayyan Anaqi dan Zhafir Azzam hanya mampu memandang rakannya dengan pandangan maut.
Mereka tahu bahawa Aryan Zihni itu hanya memberi teguran pedas dalam jenakanya walaupun tidak kelakar.
"Kau intern ke? Macam mana kau dapat Leftenan? Beli gelaran ke?" usik Zhafir Azzam kepada Aryan Zihni.
"Elok sikit! Aku dah dapat Leftenan, ok!" jawab Aryan Zihni sambil memukul kuat belakang kepala Zhafir Azzam.
Kelakuannya membuatkan dia terpaksa berlari untuk mengelak dari Zhafir Azzam yang sedang mengejarnya sambil menggumpalkan tangannya membentuk penumbuk yang padu.
Rayyan Anaqi menggelengkan kepalanya melihat telatah dua rakannya.
Bilik mesyuarat yang dingin itu membuatkan kedua rakannya yang sibuk bermain kejar-mengejar sebentar tadi terus duduk di atas kerusi dengan sopan.
Namun, tubuh mereka terus berdiri tegak apabila melihat sosok Komander yang sedang berdiri di hadapan mereka.
"Duduk!" arah Komander Zaidi.
"Selamat petang semua. Hari ini saya minta untuk adakan perjumpaan kerana kita ada misi baharu" kata Komander Zaidi kepada anak buahnya.
"Ada beberapa manusia yang akan buat kecoh dan akan mengganggu cuti kamu semua" terang Komander Zaidi.
"Semak lah setan ni!" rungut Aryan Zihni sambil mengetap giginya menahan geram.
Kakinya dipijak kuat oleh Rayyan Anaqi di sebelahnya yang mendengar segala rungutannya.
"Kita hanya dapat maklumat peribadinya sahaja, kerana dia merupakan banduan yang telah melarikan diri tiga minggu lepas. Tapi tidak tahu bila dan di mana dia akan serang. Dan yang paling penting, kita tak tahu berapa ramai konco-konconya" jelas Komander Zaidi.
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...