Badan tegap yang disarungkan dengan baju loreng itu dipandang tanpa berkelip oleh Mayra Adelia.
Rayyan Anaqi yang sekali lagi menyaksikan reaksi isterinya mula memikirkan pelbagai usikan.
"Mana telefon sayang?" soal Rayyan Anaqi kepada Mayra Adelia yang masih memandangnya.
Matanya mencari-cari kelibat telefon bimbit isterinya.
"Kenapa? Awak nak buat apa?"
"Tangkap gambar" jawab Rayyan Anaqi dengan selamba.
Kening Mayra Adelia diangkat menandakan bahawa dia tidak faham dengan kata-kata suaminya.
"Nak buat apa?" soal Mayra Adelia dengan hairan.
"Iyalah, sayang pandang abang tak berkelip-kelip. Sekurang-kurangnya kalau tangkap gambar sayang boleh tatap lama-lama" usik Rayyan Anaqi kepada Mayra Adelia.
Pipi gebu Mayra Adelia kini bertukar merah.
"M...mana ada" nafinya sambil laju menggelengkan kepalanya.
Rayyan Anaqi hanya tersenyum melihat telatah isterinya yang sedang menutupi kedua-dua pipinya yang merah.
"Awak balik bila?" tanya Mayra Adelia kepada suaminya.
Rayyan Anaqi dengan perlahan duduk di atas katil bersebelahan isterinya.
"Sekejap aje. Abang bincang ini, bincang itu, lepastu abang balik. Janji"
"Sayang takut ke?" soal Rayyan Anaqi kepada Mayra Adelia.
Mayra Adelia hanya mendiamkan dirinya.
"Abang tahu, yang sayang masih lagi takut dengan peristiwa yang lepas. Tapi abang janji, ia tak akan berlaku lagi" kata Rayyan Anaqi dengan penuh yakin.
Senyuman dilemparkan oleh Rayyan Anaqi kepada isterinya.
Dengan keluhan yang perlahan, tubuh sasa itu bangun dari duduknya.
"Abang pergi dulu. Kalau sayang nak apa-apa, minta tolong mama dan papa, ya? Jangan keluar pergi mana-mana tanpa pengetahuan abang. Rehat sahaja. Faham?" nasihat yang diberi oleh Rayyan Anaqi sedikit sebanyak membuatkan hati Mayra Adelia berbunga-bunga.
Hidung isterinya dicuit perlahan.
"Faham tak?" tanya Rayyan Anaqi kepada isterinya sekali lagi yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.
"Faham" jawab Mayra Adelia dengan ringkas.
Tangan suaminya disalam. Dahi Mayra Adelia dihadiahkan satu ciuman yang hangat oleh Rayyan Anaqi.
Keretanya laju diparkir di tempat letak kenderaan di hadapan pasaraya itu.
Telefonnya yang berdering membuatkan dia mengangkatnya dengan cepat.
"Mana?"
"Mall" ringkas jawapan yang diberi oleh Rayyan Anaqi kepada Aryan Zihni.
"Kau buat apa dekat mall, Rayyan? Kita ada mesyuarat sekejap lagi" kata Aryan Zihni.
"Tahu. Sabarlah sekejap. Aku nak belikan sesuatu untuk isteri aku"
Keluhan panjang dilepaskan oleh Aryan Zihni.
"Datang cepat, Leftenan! Aku nak balik rumah, nak tidur! Kalau kau lambat datang sini, lambat la mesyuarat ni habis!" tengking Aryan Zihni.
Telefon yang diletakkan pada telinga Rayyan Anaqi dijauhkan apabila mendengar bebelan rakannya.
Satu sosok tubuh yang memakai pakaian serba hitam melanggar bahu Rayyan Anaqi hingga membuatkan telefon yang dipegangnya jatuh ke atas lantai.
"Maaf" telefonnya diambil oleh lelaki itu kemudian dipulangkan olehnya.
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romansa"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...