Perlahan langkah yang diambil oleh Rayyan Anaqi seraya menuju ke dalam bilik wad isterinya. Dia diselubungi dengan rasa bersalah yang amat kuat.
'Ya Allah, macam mana aku nak berhadapan dengan isteri aku?' bisiknya dalam hati meminta pertolongan dari Tuhan yang Maha Esa untuk menguatkan hati isterinya yang rapuh supaya dapat menerima berita buruk itu dengan tenang.
Pintu bilik itu dibuka perlahan.
"Sayang?" suara garau Rayyan Anaqi mula menegur sosok tubuh yang sedang terbaring lemah di atas katil wad itu.
Pandangan Mayra Adelia hanya statik memandang siling wad itu.
"Puas hati awak?" sayup sahaja suara yang keluar dari mulutnya.
"Apa sayang cakap ni?" soal Rayyan Anaqi dengan lembut sambil mengusap perlahan kepala isterinya.
"Kau puas ke sekarang, Rayyan Anaqi!" tengking Mayra Adelia kepada lelaki yang berdiri di sisinya.
Perlahan-lahan tangan yang mengusap kepalanya tadi jatuh ke sisi.
"Dah berkali-kali saya merayu dekat awak, percayakan saya, saya tak buat perkara haram tu belakang awak. Kenapa awak susah sangat nak percayakan saya?! Sampai awak geli, jijik dengan saya!" herdik Mayra Adelia.
Matanya jelas menampakkan emosinya yang selama ini tersembunyi.
Tangannya digumpal kuat dan badannya turut menggigil menahan kekecewaannya terhadap lelaki yang bergelar suaminya sendiri.
"Sayang, abang tahu ini semua salah abang. Abang fitnah sayang dan anak kita. Sumpah, abang menyesal. Tolong maafkan abang sayang" kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Rayyan Anaqi ditemani oleh air mata yang turut mengalir.
Mayra Adelia tersenyum sinis mendengar rayuan itu.
"Sekarang awak dah boleh betul-betul bencikan saya. Saya dah bunuh anak awak. Mesti awak menyesal kahwin dengan saya kan? Saya dah cakap dulu yang saya ni suka susahkan hidup awak"
Mayra Adelia yang dulunya suka bermanja dengan suaminya kini ingin menjauhkan dirinya daripada Rayyan Anaqi.
"Sayang, abang tak akan pernah benci sayang dan abang tak akan salahkan sayang atas apa yang dah jadi dekat anak kita"
"Sayang tak pernah susahkan abang. Sekalipun tak pernah, sayang"
"Sayang salahkan abang. Abang yang terlalu ikutkan sangat perasaan marah dan cemburu sampai dah lukakan hati isteri abang. Abang tak nak sayang serabut fikirkan perkara ni" tangan isterinya dipegang rapi dalam genggamannya menunjukkan bahawa dia benar-benar memaksudkan kata-katanya.
Mayra Adelia yang mendengar hujah hebat suaminya hanya mampu menayangkan wajah sinis. Tangannya di tarik laju.
"Tipu. Awak tipu! Awak janji yang awak akan jaga saya! Awak janji yang awak tak akan sakitkan saya! Ni apa! Ni apa, Rayyan Anaqi!" Meletus kemarahan Mayra Adelia. Barang-barang ditepinya dicampak kuat.
Tindakan luar kawalan isterinya membuatkan Rayyan Anaqi dengan cepat menarik badan isterinya ke dalam dakapannya. Mayra Adelia meronta kuat di dalam pelukan itu ditemani dengan raungan hebat yang mampu memecahkan suasana sunyi hospital itu.
Pintu bilik wad itu dibuka laju dan menayangkan sepupu kepada isterinya yang membawa satu alat suntikan di dalam dulang yang dibawanya.
Dengan pantas cecair itu disuntikkan pada lengan Mayra Adelia. Perlahan-lahan badan yang meronta kuat tadi mula rebah dalam pegangan suaminya.
Matanya menjadi kabur apabila mendapati dirinya susah untuk bernafas dan kini kedua-dua matanya tertutup rapat.
Rayyan Anaqi mula menjadi semakin gelabah melihat keadaan isterinya yang pengsan di dalam dakapannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romantik"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...
