BAB 5

7.5K 264 45
                                        

Sebaik sahaja Mayra Adelia hendak berlalu keluar dari gerai tersebut, matanya statik melihat satu sosok tubuh yang baru sahaja melangkah masuk ke gerai itu.

Tanpa segan-silu, dia mendekati gerangan itu dan berdiri sedikit jauh darinya.

"Assalamualaikum, awak yang dekat kem haritu kan? Rayyan Anaqi. Kan?" tegurnya. Dia tidak tahu bagaimana dia mendapat kuasa untuk menjadi peramah di pagi hari itu.

Kepala lelaki itu ditundukkan sedikit bagi melihat gadis rendah di hadapannya.

"Waalaikumussalam, ya saya" jawab lelaki itu.

Mayra Adelia sudah tersenyum hingga ke telinga.

'Adakah ini yang dinamakan jodoh?' fikirnya.

Tak kira, hari ini dia mesti mengambil peluang untuk berkenalan dengan lelaki itu.

"Nak tanya, saja la nak tanya, awak ada girlfriend tak? Saja tanya, mana la tahu kalau awak ada girlfriend takut dia salah faham pula" soal Mayra Adelia dengan sengaja.

Dia berhak tahu jika lelaki itu sudah berpunya atau masih mempunyai ruang di dalam hatinya. Jika masih berseorangan, bolehlah dia menyelitkan dirinya yang kecil itu di dalam hati lelaki itu.

"Tak. Saya terlalu sibuk untuk ada pasangan" ringkas jawapan yang diberi oleh lelaki itu, namun, bagi Mayra Adelia itulah peluangnya.

Makin lebar senyuman kedegilannya.

'Jual mahal ni selalunya menjadi. Takkan aku sia-siakan peluang ini' getus Mayra Adelia dalam hati.

Pada masa yang sama, lelaki di hadapannya mengelap peluh yang jatuh pada dahinya. Hatinya mula merasakan debaran yang tidak pernah dialami olehnya.

'Allahuakbar' ucapnya dalam hati bagi menenangkan perasaanya. Tangannya yang menggigil digenggam dengan kuat supaya tidak terlalu nampak gementarnya.

"Boleh tak kalau saya nak nombor awak? Bukan apa la, saya ada kerja sikit" kata Mayra Adelia dengan muka temboknya.

Tidak tahu berapa tembok yang telah dibina olehnya sehingga menjadi berani sebegitu rupa.

Awan-awan di langit dipandang olehnya mencari idea untuk memantapkan lagi alasannya.

"Ni" tanda nama yang dipakai pada tudungnya ditunjukkan kepada lelaki itu.

"Saya cikgu. Dan nanti ada pertandingan sempena hari kebangsaan. Kalau boleh, saya nak tanya awak sikit-sikit la tentang tentera...sebab nak ajar murid-murid tu...?" sambungnya.

Dia sendiri keliru dengan kata-katanya. Semua ayatnya berterabur dan tiada satu pun yang berkait antara satu sama lain.

Tapi, tipu tetaplah tipu. Sedangkan dirinya baru sahaja ingin menjalankan praktikal itu.

Dia hanya mahu berkenalan dengan lelaki itu dengan lebih mendalam. Lagi bagus jika cita-citanya yang berimpikan pasangan yang merupakan perwira negara itu menjadi kenyataan.

"Boleh" ringkas jawapan lelaki itu.

Setiap kata-kata gadis di hadapannya dihadamkan dan difahami olehnya. Dia tidaklah bodoh untuk mempercayai penipuan itu.

Dengan getaran pada nada gadis itu dan ayat-ayat yang tidak disusun membuatkan dia yakin bahawa gadis di hadapannya hanya menggunakan kata-kata itu untuk mengenali dirinya.

Lagipun, ingatannya masih segar tentang apa yang dikatakan oleh salah seorang rakan kepada gadis itu semasa mereka berjumpa di kem tentera pada minggu lepas. Tentang mereka, yang baru sahaja akan memulakan latihan praktikal itu pada hari ini.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang