Nafasnya yang mengah tidak dirisaukan. Kakinya tetap laju berlari di dalam pangkalan itu.
Pintu yang dikuak lebar membuatkan Komander Zaidi memalingkan pandangannya kepada gerangan tersebut.
"Kau pergi mana Leftenan Rayyan Anaqi? Tahu tak sekarang kita ada mesyuarat untuk bincang tentang suspek hari tu?!" herdik Komander Zaidi kepada Rayyan Anaqi.
Rayyan Anaqi hanya menundukkan kepalanya menahan beban rasa bersalah. Namun, terdapat maklumat baharu yang perlu dia terangkan.
"Tuan, saya dah jumpa suspek yang kita sedang siasat!" katanya dengan penuh gentar di dalam suaranya.
"Tapi kita ada masalah" sambung Rayyan Anaqi sambil menarik nafas yang panjang.
"Apa masalahnya?" tanya Komander Zaidi dengan tenang kepada Rayyan Anaqi.
"Dia ada tebusan. Dan salah seorang tebusan dia ialah isteri saya" jelas Rayyan Anaqi.
Bergenang air matanya namun dia perlu menahan agar tidak jatuh membasahi pipinya.
Zhafir Azzam dan Aryan Zihni yang mendengar setiap kata-kata Rayyan Anaqi membuntangkan mata mereka.
"What?! Dia culik Mayra?!" tanya Aryan Zihni.
"Dah tu, kau fikir Rayyan sengaja bagi Mayra dekat setan tu ke?" balas Zhafir Azzam dengan tegas sambil memukul perlahan belakang kepala Aryan Zihni.
Sudah terang lagi bersuluh wanita itu diculik, lagi hendak tanya soalan bodoh.
Rayyan Anaqi hanya memandang rakannya dengan sayup. Malas hendak mendengar perang mulut mereka.
"Dia nak saya datang ke lokasi yang dia tetapkan seorang diri, kalau tak semua tebusannya mati" terang Rayyan Anaqi kepada Komander Zaidi dan semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu.
Semuanya hanya mampu mendiamkan diri menunggu keputusan Komander Zaidi yang sedang turut memikirkan strategi.
Dengan riak yang yakin, Komander Zaidi terus berdiri tegak dan memandang semua anak buahnya.
"Maaf, saya terpaksa curi hari cuti semua orang. Alang-alang dah jumpa, tak akan kita nak diam?"
"Kalau macam tu, kita kena jalankan operasi ini secepat mungkin. Plan strategi dengan kemas! Jangan kantoi dengan orang bodoh macam banduan tu! Faham!" jelas Komander Zaidi dengan tegas kepada anggota PASKAL yang berada di hadapannya.
"Faham, tuan!" tabik mereka serentak.
Kertas-kertas yang berselerakan di atas meja menjadi rujukan mereka.
Dengan riak wajah yang serius, Rayyan Anaqi memberikan tumpuan yang penuh untuk merancang strategi tersebut
"Rayyan" panggil Zhafir Azzam.
Rayyan Anaqi laju memalingkan pandangannya.
"Kau nangis?" tanya Zhafir Azzam apabila ternampak mutiara putih yang jatuh membasahi wajah Leftenan itu.
Laju tangan Rayyan Anaqi menghilangkan 'bukti' yang menunjukkan bahawa dia sedang bersedih.
"It's okay to cry, Lieutenant. Mayra tu isteri kau. Suami mana yang tak risau bila dapat tahu yang isterinya kena culik? Betul tak?" pujuk Zhafir Azzam.
"Aku banyak dosa dengan dia, Zhaf. Aku fitnah dia, aku marah dia sampai dia stress, aku bunuh anak aku..." belum sempat Rayyan Anaqi menghabiskan kata-katanya, laju Zhafir Azzam memotong.
"Jangan cakap macam tu, Rayyan. Ini semua qada dan qadar Allah. Apa yang berlaku ada hikmahnya. Kau tak boleh salahkan diri kau sendiri"
"Lagipun kau ada sejarah yang membuatkan kau susah nak percaya orang lain. Kuatkan semangat, kuatkan akal untuk berjuang. Aku nak kau selamatkan isteri kau dan berbaik dengan dia. Kau kena hidup" pesan Zhafir Azzam kepada rakannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...
