BAB 12

5.8K 188 7
                                        

Rumah sewa yang kosong itu akhirnya dijejaki oleh ketiga-tiga gadis itu. Terus dicampakkan badan mereka di atas sofa itu dengan keluhan panjang.

"Buruk" kata Mayra Adelia kepada cincin di jarinya lalu ditarik keluar cincin itu dari jari manisnya.

Sepanjang kelasnya, murid-muridnya tidak henti mengusiknya dengan cincin pertunangan itu.

Kata mereka, cikgu kesayangan mereka itu pasti bertunang dengan orang yang amat disayanginya.

Dengan kasar cincin itu dimasukkan ke dalam beg tangannya. Biar hilang ke permukaan bumi sekalipun dia tidak kesah.

"Bangun! Bangun! Jom!" jerit Dhalia Maisarah dengan teruja.

"Kenapa ni?" tanya Shasha Zhafira dengan malas. Sungguh badannya lesu apabila bekerja daripada pagi hingga petang sebagai guru ganti pendidikan jasmani.

"Harini Rabu! Ada promotion dekat kedai kopi tu" tangan rakan-rakannya ditarik dengan paksa agar bangun dari duduk mereka.

Memikirkan tekaknya yang telah kehausan, dengan spontan Mayra Adelia turut bangun dengan sendirinya.

"Cepatlah Sha. Kita beli lepastu terus balik" ajak Mayra Adelia kepada Shasha Zhafira yang telah memejamkan matanya di atas sofa itu.

"Alah, Sha. Sekejap je, jomlah" kini giliran Dhalia Maisarah pula menghasutnya.

Dirinya tidak akan berdiam diri melihat rakannya yang masih berpura-pura tidur itu. Tangannya menggeletek titik kelemahan Shasha Zhafira.

Meletus tawanya apabila tapak kaki dan pinggangnya digeletek tanpa henti oleh dua rakannya itu.

Akhirnya dia mengalah, dan terpaksa menjadi pemandu kepada dua gadis itu.

"Korang dua masuklah dulu, nanti aku datang. Parking tak ada ni" kata Shasha Zhafira sambil matanya melilau mencari ruang kosong untuk memarkir kereta itu.

"Ok" terus kedua-dua rakannya itu melompat keluar dari kereta dan terus berjalan masuk ke dalam kafe itu.

Menu yang terpampang pada skrin di dalam kafe itu diperhati dengan penuh kusyuk oleh Mayra Adelia dan Dhalia Maisarah.

Memilih air yang murah tetapi sedap.

Dagu ditongkatkan pada kaunter itu sambil memikirkan air yang patut dipesan oleh mereka.

"One Biscoff Butterscotch, one Creme Brulee, and one Chocolate" pesannya kepada pekerja kafe itu.

Langkah mereka dibuka menuju ke arah meja yang kosong itu. Melihatkan ramai pelanggan yang masuk ke kedai itu membuatkan jiwa persaingan mereka untuk mendapatkan meja itu semakin membuak-buak.

Dengan cepat beg tangan yang disangkutkan pada lengan dicampakkan pada meja itu dengan selamba.

Mayra Adelia dan Dhalia Maisarah melabuhkan punggung di atas kerusi itu dengan bangga walaupun tiada yang ingin merebutkan tempat tersebut.

Tangan dilambaikan ke arah Shasha Zhafira yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe itu.

"Dah order ke?" soalnya sebaik sahaja berjaya duduk dan bersandar di kerusi kafe itu.

"Dah, aku order chocolate untuk kau. Kau tak minum kopi kan" jawab Mayra Adelia. Sekali lagi dapat dilihat bahunya semakin meninggi.

"Biscoff Butterscotch, Creme Brulee, Chocolate!" panggil pekerja itu apabila air yang dipesan telah siap dihidang di atas kaunter itu.

"Ala, aku baru sampai" rungut Shasha Zhafira.

"Bangun, bangun. Kita minum dekat rumah. Banyak gosip nak buka ni" kata Dhalia Maisarah sambil menarik tangan rakannya.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang