"Mayra, jom masuk" pelawa Kayla seraya membukakan pintu kereta itu untuk adiknya.
Mayra Adelia hanya mendiamkan dirinya sambil matanya setia memandang ke bawah. Tidak mahu untuk bertentangan mata dengan sesiapa.
"Sayang, jom masuk. Nanti abang masak bubur untuk sayang, ya?" pujuk Rayyan Anaqi kepada isterinya.
Tangan lembut milik isterinya diusap perlahan namun ditarik laju oleh Mayra Adelia.
"Mama dengan papa ada ni temankan sayang. Jom" kata Rayyan Anaqi dengan nada yang sedih.
Kecewa apabila melihat isterinya telah tidak mempercayakan dirinya.
Menahan sebak di dada, Rayyan Anaqi terus melemparkan senyuman di bibirnya walaupun Mayra Adelia tidak sekilas pun memandang wajahnya.
"Rayyan, tambat hati Mayra balik, ya? Jangan risau, dia tengah stress tu. Ibu mana yang tak sedih bila dapat tahu anak yang dia kandung dah tak ada, betul tak? Jadinya, kamu dapatkan hati dia balik. Dalam diam dia nak kamu pujuk dia" kata Puan Ina kepada Rayyan Anaqi dan hanya disetujui oleh Puan Aidah yang berdiri di belakangnya.
Rayyan Anaqi hanya mengangguk tanda faham sambil menayangkan senyuman nipis.
"Mama dengan papa bawa Mayra masuk dulu" kata Encik Firdaus yang sedang memapah Mayra Adelia.
Katil empuk di dalam bilik menjadi tujuan mereka. Badan Mayra Adelia yang lemah itu dibaringkan dengan perlahan oleh mama dan papanya.
"Mayra rehat dulu ya. Mama dengan papa nak pergi dapur sekejap" kata Puan Ina sambil menyelimutkan anaknya.
Encik Firdaus hanya mampu menayangkan senyuman nipis di bibirnya.
Hatinya sedikit sebanyak hancur melihat keadaan puterinya yang sedang terbaring lemah dan hanya mempunyai reaksi yang kosong tidak seperti dahulu.
"Mama dah suruh Mayra rehat. Sekarang ni, tugas kamu pula untuk pujuk dia" kata Puan Ina dengan lembut.
"Ibu pun nak balik dulu. Kamu, Rayyan Anaqi jangan ulang perangai sama! Ibu hantar rumah anak yatim, baru tahu!" ugut Puan Aidah kepada anaknya.
Mayra Adelia yang perlahan-lahan menuruni anak tangga sedikit terkejut melihat mama dan papanya yang sedang menyiapkan diri untuk berangkat dari rumahnya.
"Mama dengan papa nak pergi mana?" tanya Mayra Adelia.
Puan Ina yang tidak mampu untuk terus menipu anaknya, mula memberitahu perkara yang sebenar.
"Mayra, mama dengan papa kena balik" kata Puan Ina sambil perlahan-lahan mengusap wajah anaknya.
"Mayra ikut" kata Mayra Adelia dengan laju.
"Tak! Mayra tak boleh ikut. Mayra tinggal dekat sini dengan suami Mayra" suara Puan Ina yang sedikit tegas membuatkan Mayra Adelia terkejut dan perlahan-lahan air matanya jatuh membasahi pipi.
"Tak nak! Mayra takutlah, mama! Mama tolonglah faham Mayra!" kata Mayra Adelia sambil beberapa kali mengetuk kepalanya sendiri.
Encik Firdaus yang melihat keadaan anaknya yang teruk terus melajukan langkahnya untuk bertemu Mayra Adelia.
"Allahuakbar. Mayra sayang. Papa tahu anak papa kuat. Papa tahu hati Mayra ni kental bukannya rapuh"
"Jangan kalah dengan perasaan Mayra. Mama dengan papa minta tolong Rayyan jagakan Mayra sebab Rayyan suami Mayra. Dia tahu apa yang perlu dia buat untuk pujuk Mayra" kata Encik Firdaus sambil memeluk erat Mayra Adelia di dalam dakapannya.
Mayra Adelia hanya mengangguk perlahan mendengar pujukan papanya.
"Mayra, ibu minta maaf kalau anak ibu dah buat Mayra sakit. Tapi jangan bencikan dia sebab dia suami Mayra. Benci ibu sebab ibu gagal didik dia dengan betul"
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...
