BAB 7

4.1K 159 9
                                    

Sepanduk di hadapan pintu masuk sekolah itu dibentang luas.

'Sambutan Hari Malaysia 2022'

Langkah demi langkah diambil dengan berhati-hati sambil membawa barang-barangan untuk pameran itu.

Posisi pinggangnya dibetulkan sebelum mengeluh perlahan.

"Banyak lagi ke?" soalnya kepada rakan-rakannya.

"Nampak macam tu la" jawab salah seorang lelaki itu.

Sedang sahaja dia berpusing untuk kembali ke trak yang membawa segala peralatan itu, dirinya terpana melihat seorang gadis yang amat dikenalinya.

Kotak-kotak yang agak berat diangkat oleh gadis itu dengan kerutan pada wajahnya.

"Oi" sergah Aryan Zihni.

"Pandang apa?" matanya mengikut pandangan Leftenan itu.

Seorang guru yang berada di atas pentas sambil sibuk menyusun kotak-kotak itu diperhatikan olehnya.

"Eh, perempuan hari tu, kan?" soalnya dengan agak terkejut.

Balik balik muka gadis itu yang dijumpainya.

"Mayra, boleh tak kalau awak tolong ambilkan stapler lebih dalam stor tadi? Saya lupa la" pinta seorang guru praktikal yang sama sepertinya.

Mayra Adelia mengangguk dan terus berlalu untuk pergi ke stor itu.

Hatinya senang jika dapat menolong orang, tapi mestilah dengan cara yang elok. Jika meminta pertolongan tetapi tidak beradab, memang dipalaukan sahaja olehnya.

Pintu stor itu kembali dibuka olehnya. Tidak terkira berapa kali dia telah memasuki stor itu untuk mengangkat barang-barang pameran ke perhimpunan.

Dirinya telah lali dengan keadaan stor yang agak bersepah itu. Langkahnya terus dimajukan ke arah meja lama yang meletakkan segala bahan tulis di atasnya.

Stapler yang diperlukannya cepat-cepat dicapai dan terus keluar dari stor itu. Tidak dapat dinafikan bahawa dirinya berasa sedikit takut dengan suasana stor yang berdekatan dengan padang sekolah itu.

Dengan suasana yang suram dan menghalang perhatian orang ramai dari melihatkan kewujudan bilik itu membuatkan bulu romanya naik.

Tanpa dia sedari, setiap langkahnya diikuti, dan tindakannya diperhatikan oleh seseorang.

Tangannya tiba-tiba disambar dengan kuat oleh satu tangan yang kasar permukaannya.

Tersentak dirinya melihat gerangan itu.

"Izdan, awak buat apa ni?!" katanya sambil meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Tak buat apa?" jawab lelaki itu.

"Lepaslah!" jeritnya lalu memijak dengan kuat kaki lelaki itu.

Namun, lelaki itu hanya mengerang kesakitan dan terus menggenggam kuat pergelangan tangannya.

"Kau buat apa ni?" satu suara yang garau mencelah mematikan segala perbuatan lelaki itu.

Kasut berwarna hitam yang berkilat dapat dilihat oleh Mayra Adelia. Perlahan-lahan dia mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan itu.

"Kau buat apa ni? Dia minta lepaskan dia kan?" tangannya yang berada di dalam poket kelihatan seperti jejaka-jejaka yang hanya dapat dilihat di dalam novel fiksyen.

"Tetamu tak boleh keliling kawasan sekolah macam ni encik. Sila pergi ke perhimpunan semula" kata lelaki yang bernama Izdan itu.

Giginya diketap melihat sikap lelaki itu yang selamba memegang tangan gadis yang jelas meminta untuk dilepaskan. Cepat-cepat otaknya berfikir dalam kekalutan itu.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Where stories live. Discover now