BAB 24

3.8K 122 6
                                    

Meja di hadapan Laaiqah ditendang kuat oleh Hairil apabila melihat adiknya sedang tenang bermain telefon tanpa menghiraukan rancangan mereka.

"Kau nak apa ni?" tanya Laaiqah dengan bersahaja. Telefonnya di angkat ke udara dan beberapa kali ditekan butang pada skrin itu.

Clik, clik, clik.

Terus telefon itu dirampas dengan kasar oleh Hairil dan dicampaknya ke dinding besi gudang itu.

"Kau nak apa!" tengking Laaiqah di hadapan muka abangnya. Makin dapat didengari dirinya mendengus kuat dengan tindakan Hairil itu.

"Next week kepala bapak kau! Dah empat bulan dah! Bila kau nak keluarkan Hairul dari dalam kandang tu, ha!" tengking Hairil kepada Laaiqah.

Hampir sahaja leher jinjang adiknya itu dicekik olehnya. Jelas menampakkan kemarahannya apabila segala urat timbul di lehernya.

Kemarahan abangnya itu membuatkan Laaiqah tertawa sinis.

"Kau fikir senang ke nak keluarkan banduan dari penjara tanpa pengetahuan polis dekat situ?! Guna otak la!" herdik Laaiqah.

"Sebab aku guna otak la aku tanya! Dah tu, sekarang kau nak buat apa?"

Gudang yang besar itu kini dipenuhi dengan jeritan kedua-dua adik beradik itu.

Rambut Laaiqah diraut kuat olehnya dengan persoalan abangnya.

"Kau ingat aku sengaja tangguh plan ni ke? Aku dapat berita baru" katanya dengan penuh bangga.

Kini senyumannya persis orang psikopat.

"Apanya?" soal Hairil ingin tahu.

"Perempuan tu pregnant. So, we can kill two birds with one stone. Barulah pasangan terbahagia dekat dunia tu melalak, meraung, macam anjing hilang anak" kata Laaiqah sambil tersenyum sinis memikirkan tentang rancangannya.

Segala kata-kata Mayra Adelia tempoh hari masih segar dalam ingatannya.

"Sha, Lia, kalau aku bagitahu something ni kau orang percaya tak?" soalnya kepada rakan-rakannya.

Telefon yang diletakkan pada telinganya tidak langsung dialihkannya.

"Kau tak cerita apa lepastu expect kita orang untuk percayakan kau?" jawab Shasha Zhafira dibalik talian itu.

"Kalau kau nak cakap tentang benda yang tak penting, baik kau diam aje Mayra Adelia. Tak pasal-pasal nanti aku sumbat badan kau yang kecik tu dalam peti ais" jawab Dhalia Maisarah dengan serius.

Dengar la apa aku nak bagitau ni!" jerit Mayra Adelia apabila tidak dapat kepercayaan daripada rakan-rakannya.

"Apa lagi Mayra Adelia? Penting sangat ke sampai kau tak boleh nak tunggu aku habiskan tanda kertas-kertas ni?" tanya Shasha Zhafira dengan malas.

Tangannya masih lagi bekerja keras menanda kertas peperiksaan anak muridnya. Mahu pecah kepala dengan jawapan yang ditulis pada kertas itu, kini ditambah dengan masalah rakannya itu.

"I will be a mother soon!"

Dapat didengari bunyi sebatang pen yang jatuh ke lantai di dalam talian itu. Dan dapat juga didengari bunyi air yang diludah semula di dalam sinki.

Berkerut dahi Mayra Adelia dengan suara-suara aneh itu.

"What did you just say, Mayra? Tak dengar. Line sangkut agaknya" kata Dhalia Maisarah ingin memastikan apa yang dimaklumkannya tadi benar-benar masuk ke otaknya.

"I will be a mother" ulang Mayra Adelia.

"Arghhhhh!" satu persatu bunyi teriakan kini menggemakan talian itu.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Where stories live. Discover now