BAB 13

5.7K 193 10
                                        

Pintu kereta Audi itu ditutup oleh Aqim dengan kuat hingga membuatkan kekasihnya terkejut dengan bunyi hempasan itu.

"You dah kenapa nak hempas-hempas pintu ni?" tanya perempuan itu kepadanya sambil membetulkan rambutnya yang telah ditarik dengan kuat oleh salah seorang gadis di kafe tadi.

Suasana di dalam kereta yang dinaiki itu sunyi sepi. Tiada yang bersuara sepanjang perjalanan itu.

"You kenapa ni? Senyap aje dari tadi?"

"Nothing" ringkas jawapan yang diberikan oleh Aqim.

Tindakannya sebentar tadi diulang tayang di dalam kepalanya. Mulut Mayra Adelia yang berdarah juga diingatnya semula.

"Kesiankan tunang you yang tadi tu ke?" soal kekasihnya.

"Nothing" sekali lagi jawapan yang sama dilontarkan.

"Nothing, nothing. Tell me the truth!" desaknya dengan nada yang sedikit marah.

Stereng kereta itu dipukul oleh Aqim dengan kuat dengan desakan itu.

"Laaiqah, you tak faham atau buat-buat tak faham?! Tak. Ada. Apa. Apa!" tegas dan serius Aqim menjawab pertanyaan kekasihnya yang sedari tadi hanya asyik menanyakan soalan yang sama kepada dirinya.

Laaiqah Eliza berdecit dan mengeluh perlahan.

Sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam biliknya, barang solekan yang berada di atas meja mula dicampak kuat.

Gincu yang berwarna merah di dalam tangannya perlahan-lahan dicungkil keluar dari bekasnya.

"Mana-mana aku pergi, mesti kena ada kau ke!" jeritnya. Gincu itu dipicit dan dihancurkan dengan lumat menggunakan jarinya hingga penuh tangannya dengan warna merah pekat.

"Cukuplah aku berdendam dengan kau dari jauh. Tapi kenapa kau mesti nak muncul depan aku lagi?!" giginya diketap kuat dan dicampak jauh gincu yang hancur itu hingga lesap dari pandangannya.

Takut dengan tindakannya selepas ini yang akan membahayakan dirinya dan gadis itu.

"Aku nak perhatian dari orang lain juga, Mayra. Tolonglah berhenti kacau aku!" rambutnya diraut kasar hingga menggugurkan beberapa hilai rambutnya.

Mengenangkan zaman kolejnya membuatkan Laaiqah semakin baran. Hanya gadis yang bernama Mayra Adelia itu sahaja yang selalu disuap pujian akibat kebijakannya, kebaikannya, dan kecantikannya.

Bersyukur sahaja mereka berdua tidak ditempatkan di institusi yang sama untuk menyambung pengajian mereka.

Laaiqah yang dahagakan perhatian itu mula berdendam dengan Mayra Adelia yang tidak melakukan apa-apa.

"I promise to make you suffer, Mayra Adelia" ucapnya dengan penuh dendam di hati.

Pagi yang bertemankan bunyi kicauan burung dan kokokan ayam itu dikacau oleh tengkingan seseorang dari luar rumahnya.

Perlahan-lahan Mayra Adelia mencelikkan matanya. Melihatkan rakan-rakannya yang masih lena membuatkan dia terpaksa berjengket keluar dari bilik itu.

Tudung sarung yang dipakainya dibetulkan dan matanya cuba fokus kepada gerangan itu.

Keluarga Aqim yang datang ke rumahnya secara tiba-tiba mengejutkan Puan Ina dan Encik Fauzi. Manakala Mayra Adelia hanya berdiri tegak sudah mengetahui apa yang akan berlaku.

"Mayra Adelia!"

"Kenapa jerit-jerit ni? Masuk la dulu" pelawa Puan Ina kepada sepupunya.

Tangannya ditepis dengan kasar oleh wanita separuh abad itu.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang