BAB 3

8.2K 271 23
                                        

Roti di dalam tangan Shasha Zhafira yang baru hendak disuapkan ke dalam mulutnya terhenti apabila mendengar pekikan seseorang yang memanggilnya.

"Shasha Zhafira!" panggil Dhalia Maisarah dengan jeritannya.

Kelam kabut Shasha Zhafira menuju ke bilik rakannya dan meninggalkan rotinya yang telah disapukan jem strawberi itu di atas meja.

"Apa?" soalnya sebaik sahaja sampai di dedaun pintu bilik itu.

"Kau cakap apa dekat dia?" jari telunjuknya ditunjukkan ke arah Mayra Adelia yang sedang memeluk lengannya.

Shasha Zhafira menayangkan riak wajah yang tidak bersalah.

"Tak ada" jawabnya.

Matanya perlahan-lahan beralih ke arah yang lain tidak mahu untuk bertentang mata dengan Dhalia Maisarah.

"Dia ajak aku pergi kem tentera dekat depan sana, katanya ada event" kata Dhalia Maisarah.

"Jomlah Lia, ikutlah sekali" ajak Mayra Adelia. Lengan yang sedikit berisi itu dipicit dengan perlahan olehnya.

Dengan cepat Dhalia Maisarah menepis tangan gadis di sebelahnya dengan rimas.

"Aku malaslah. Minggu depan dah nak start praktikal. Bagilah aku rehat kejap"

"Masa cuti haritu bukan kerja kau tidur je ke? Tak tidur Netflix, tak pun Disney, tak pun bersumbat telinga tu dengan lagu" segala rahsianya dibongkarkan oleh Shasha Zhafira.

Mana tidaknya, sepanjang cuti semester Dhalia Maisarah yang paling kerap menghantar pautan-pautan movie ke dalam perbualan mereka.

Mendengar perlian itu, Dhalia Maisarah bangkit dari baringnya dan terus bersiap untuk mengikuti kedua-dua rakannya itu.

Sampai sahaja di kem tentera tersebut mereka melangkahkan kaki dengan penuh rasa kagum.

'Wah' perkataan pertama yang keluar dari mulut gadis-gadis itu apabila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke dalam kem tersebut.

"Mayra macam mana kalau kau punya abang Rayyan Anaqi tu ada dekat kem ni?" usik Shasha Zhafira.

"Siapa?" soal Dhalia Maisarah.

"Semalam, ada abang loreng ni buat kawan kau senyum macam kerang busuk depan orang ramai" bocor segala rahsianya.

"Nanti aku kenal-kenal la dengan dia" jawab Mayra Adelia menayangkan senyuman keyakinannya.

Dia yakin yang dia tidak akan terserempak dengan orang yang sama itu sekali lagi. Mustahil! Ini dunia realiti, bukan dunia novel sepertimana jalan ceritanya telah ditetapkan oleh penulis.

"Yakinnya kau. Kau beli dekat mana confident ni? Lazada? Shopee? Amazon? Kau jangan yakin sangat, kejap lagi kalau terserempak baru menggelupur nyawa kau" sakat Dhalia Maisarah.

Dagunya sempat diletakkan di atas kepala Mayra Adelia yang pendek daripadanya.

"Kau tengok la aku tinggi nanti aku tak mengaku kau kawan aku!"

"Tak apa Mayra, sebab ketinggian kau memang takat ni je"

Laju langkah yang diambil oleh Dhalia Maisarah dan Shasha Zhafira meninggalkan Mayra Adelia yang sedang menahan sabar dengan usikan mereka.

Sebuah khemah yang dipasang di padang itu dilawati oleh mereka. Sempat mereka bertiga bertengkar demi mengaturkan kedudukan di dalam khemah itu.

"Aku nak duduk sini"

"Aku pegang kerusi ni dulu! Kau duduklah sana"

"Sini panaslah! Nampak ni matahari masuk"

"Cik bertiga dekat hujung sana boleh ambil tempat duduk ya" umum pengacara itu.

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang