Pandangan menikam rakan-rakannya itu hanya mampu dibalas dengan lirikan hujung mata sahaja.
"Kau buat apa?"
"Tak...buat apa-apa?" jawab Mayra Adelia dengan agak goyah.
"Tu, leher tu. Dah puas kelar? Nak buat apa? Sembelih?" perli Dhalia Maisarah kepadanya.
Pintu wad itu dibuka dengan laju oleh seseorang.
"Mayra!" jerit seseorang dengan cemas hampir mengejutkan seluruh pesakit di dalam wad itu.
Tubuh adiknya terus dipeluk dengan erat sebelum memukul kuat pehanya.
Mayra Adelia mengerang kesakitan dan mengelus pehanya yang ditampar kakaknya itu.
"Kau dah gila ke?! Boleh mati tahu tak!" tengking Kayla kepadanya.
"Shhh, nak bagi satu hospital dengar ke?" kata Mayra Adelia menekup mulut kakaknya.
Tangannya ditepis dari mulut itu.
Sempat matanya memandang ke arah pesakit yang berada bersebelahan katil adiknya. Harap orang itu tidak terganggu dengan jeritannya tadi.
"Mayra stress sebab putus tunang dengan Aqim ke?" teka Kayla dengan berkerut.
Takkanlah adiknya itu berbuat demikian kerana putus tunang dengan orang yang tak dicintainya?
"Ish! Tak kuasa Mayra nak bunuh diri sebab jantan tu" selimut di kakinya sempat dibetulkan untuk memberi ruang kepada kakaknya untuk duduk di atas katil itu.
"Sebab mulut-mulut orang di keliling dia. You know, words are sharper than swords"
"Mayra tak kesah dia orang nak hancurkan hati Mayra sebab bila-bila masa je kesan tu akan hilang. Tapi bila dia orang hina dan buat mama dengan papa malu, Mayra tak suka. Lebih baik Mayra yang tanggung semua rasa malu mama dengan papa sebab itu semua dosa Mayra sendiri" katanya.
Matanya mula bertakungkan air mata dan setitik demi setitik jatuh ke pipinya.
Kayla sekali lagi memeluk adiknya menyalurkan sedikit semangatnya kepada adiknya itu.
Sempat Mayra Adelia melilau melihat seluruh bilik itu.
"Mama dengan papa tak nak jumpa Mayra langsung ke?" soalnya.
Pelukan itu perlahan-lahan dileraikan oleh kakaknya.
"Mayra, mama dengan papa kau ada hal. Tadi dia orang baru inform dekat aku" kata Shasha Zhafira.
Tidak mahu jika rakannya itu memikirkan secara negatif tentang kedua-dua orang tuanya.
"Mama dengan papa tak nak melawat Mayra ke kak? Dia orang dah malu dengan Mayra ke?" tanya Mayra Adelia sambil menahan sebak.
Sepatutnya dirinya sudah mengagak perkara itu akan berlaku sekiranya dia melakukan keputusan bodoh itu.
"Tak, Mayra. Mama dengan papa tiba-tiba ada hal. Dia orang baru aje keluar"
"Kalau macam tu, tak apalah. Korang baliklah dulu. Waktu melawat pun dah nak habis" katanya dengan agak teruja di dalam hatinya.
Dia ingin merehatkan fikiran dan badannya yang masih lemah itu. Duduk berseorangan diri membuatkan hatinya berasa lebih tenang dan lapang.
Kedua-dua rakannya hanya mengikut Kayla dari belakang. Mata Mayra Adelia tidak lekang memandang rakan-rakannya hingga hilang dari pandangannya.
Baru sahaja dia ingin memejamkan mata, bunyi tirai langsir daripada katil sebelahnya dibuka.
"Assalamualaikum" sapa seorang lelaki.
"Waalaikumussalam...?" jawab Mayra Adelia dengan ragu-ragu.
Tidak pasti dengan gerangan itu yang tiba-tiba menegurnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...
