Dewan yang bakal dipenuhi dengan para graduan itu akhirnya menjadi pentas utama mereka pada hari bersejarah tersebut.
Jubah dan topi yang yang dikenakan kini disarungkan dengan kemas dan rapi untuk sesi fotografi sebentar lagi.
Iris mata Mayra Adelia melilau ke seluruh tempat. Sekali-sekala badannya akan berpusing 360 darjah untuk mencari gerangan yang bergelar bakal suaminya.
"Kau kenapa, Mayra?" tanya Dhalia Maisarah dengan nada yang agak tidak puas hati.
Tangannya disilangkan ke dada seraya melihat rakannya yang tidak henti berjengket dan memanjangkan lehernya. Naik pusing kepalanya dengan perangai gadis itu.
"Kenapa apa?" jawab Mayra Adelia dengan senada.
"Kau ni dah macam anak ayam hilang mak tahu tak? Dari tadi mata tu melilau macam amik barang" perli Dhalia Maisarah. Matanya juga dijelingkan ke arah Mayra Adelia.
Setiap kata yang keluar dari mulutnya ibarat peluru yang tidak berhenti-henti menyerang musuhnya. Namun musuh itu liat nyawanya walaupun telah ditembak di bahagian jantung.
Jika difikirkan semula, tiada satu pun kata-kata Dhalia Maisarah yang akan diambil serius oleh Mayra Adelia, malah, gadis itu semakin menghiraukan sahaja apa yang keluar dari mulut rakannya.
"I'm waiting for someone" ringkas jawapan yang diberi oleh Mayra Adelia.
"Hey Mayra gardenia, kalau kau tunggu si Rayyan tu, sampai majlis graduasi ni habis pun dia tak akan datang. Kan dia dah bagitahu kau yang dia kena buat rondaan"
"Kau tak pernah baca buku-buku about love story ke, Lia? Male lead datang buat surprise untuk female lead" bidas Mayra Adelia dengan yakinnya.
"Lapuk! Cliche! Kau ingat kau hidup dalam dunia webtoon ke?" sinis Dhalia Maisarah.
"Lah, meroyan" sempat diejek rakannya yang sedang membara api kemarahannya itu.
Telinga mereka yang sedari tadi hanya mendengar bunyi riuh-rendah di perkarangan dewan itu kini menjadi sedikit tertutup dan ditemani dengan rasa yang sedikit pedih.
"Gaduh, gaduh!" kata Shasha Zhafira sambil memulas telinga rakan-rakannya yang berlapikkan tudung shawl itu.
"S...sakit la, Sha!" kata Dhalia Maisarah sambil mengerang kesakitan.
"Dia yang mula dulu! Dia jealous sebab dia single!" adu Mayra Adelia.
Mulutnya tetap melemparkan tuduhan ke atas rakannya walaupun telinganya masih lagi dipulas oleh Shasha Zhafira.
"Kau perempuan! Kau jangan menganjing aku ya! Aku single ada sebab!" marah Dhalia Maisarah.
Hampir sahaja kakinya naik untuk menendang Mayra Adelia. Namun, sempat ditepis dengan kaki Shasha Zhafira yang menjadi penghadang antara mereka berdua.
"Apa sebab kau? Tak ada orang nakkan kau ke?" kata-kata Mayra ibarat sedang mencurahkan minyak ke dalam api yang makin panas.
"Elok sikit Mayra gardenia! Aku jaga ikhtilat! Haram couple ni!"
"Kalau couple haram kenapa kau tak buat proses taaruf aje?" bidasnya lagi.
"Mayra Adelia! Dhalia Maisarah! Stop it! Dah macam budak-budak tak dapat kismis! Yang seorang kuat menyakat, yang seorang lagi membalas-balas" herdik Shasha Zhafirah kepada rakan-rakannya yang tidak ubah seperti anak kecil itu.
Sosok Puan Ina dan Encik Fauzi yang jelas pada pandangannya membuatkan Mayra Adelia dengan cepat melepaskan dirinya daripada rakan-rakannya.
Dipeluk erat kedua-dua orang tuanya itu. Tanpa doa mereka, dia yakin bahawa dia tidak akan berdiri di atas pentas itu pada hari ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/324654466-288-k348937.jpg)
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...