Kereta Lexus milik Rayyan Anaqi sengaja dipandunya dengan perlahan sehingga dihadiahkan tumbukan bertubi-tubi daripada isterinya.
"Awak bawa laju sikit boleh tak? Saya dah lambat ni!" kata Mayra Adelia sedikit bengang dengan lelaki itu.
Tangannya yang tidak henti menumbuk lengan sasa milik suaminya kini berada di dalam genggaman Rayyan Anaqi.
Dipegang dengan rapi pergelangan tangan isterinya itu sambil sebelah tangannya masih setia mengawal stereng keretanya.
"Abang dah kejut sayang banyak kali pagi tadi, tapi degil. 5 minit, 5 minit, tahu-tahu dah pukul 7" bebel Rayyan Anaqi.
Dengan pantas Mayra Adelia menarik pergelangan tangannya dari terus dipegang erat oleh suaminya.
Bibirnya menjuih dan tangannya juga turut disilangkan. Merajuk dengan suaminya yang gagal untuk mengejutkannya pada awal pagi itu.
"Merajuk?" sampuk Rayyan Anaqi.
"Tak" jawab Mayra Adelia dengan ringkas. Sempat matanya memberi jelingan kepada suaminya.
Pedal minyak itu kembali dipijak dan mengubah kelajuan kereta itu. Laju ia meluncur di atas jalan raya yang lekang dengan kenderaan pada hari itu.
"Sampai" katanya sebaik sahaja kenderaan itu diberhentikan di hadapan pintu utama kampus itu.
Baru sahaja Mayra Adelia ingin melangkah keluar dari perut kereta suaminya, tangannya terlebih dahulu ditarik.
"Takkan nak turun terus?"
Berkerut dahinya dengan persoalan itu. Seperti ada sesuatu yang diinginkan suaminya.
"Awak nak apa?" kata Mayra Adelia dengan polos.
Tanpa terus berhujah, Rayyan Anaqi terus menarik dagu isterinya dengan perlahan dan menghadiahkan satu kucupan pada dahinya.
"Ini yang abang nak" katanya.
Bibir Mayra Adelia kini perlahan-lahan terangkat menayangkan senyumannya.
Hidungnya turut dicuit oleh Rayyan Anaqi dengan manja. Sesiapa sahaja yang menjadi saksi adengan bersemut itu sudah pasti akan terus menyelimuti diri buat selama-lamanya.
"Good luck, on your first day of work. Bagitahu semua pelajar sayang yang sayang tu dah kahwin. Kalau ada yang menggatal report dekat abang cepat-cepat"
"Alah dia orang budak-budak lagi. Tahu-tahulah nak set boundaries dengan lecturer"
"Budak-budak? Ada yang umur 20 tahun pun sayang panggil dia budak?" tali pinggang keselamatan yang melilit badannya pada kerusi itu dibuka olehnya.
"Kalau dah sampai macam ni pemikiran sayang, biar abang ikut" kata Rayyan Anaqi sambil mematikan enjin keretanya.
Dengan cepat Mayra Adelia menarik lengan suaminya. Bibir lelaki itu sempat dikucup olehnya dan terus keluar dari perut kereta itu meninggalkan suaminya yang dalam keadaan terkaku itu.
"Bye! Balik nanti kita open table" dilambai beberapa kali tangannya kepada Rayyan Anaqi namun, tiada sebarang balasan daripada lelaki itu.
Suaminya yang masih lagi terkaku di dalam kereta itu membuatkan dia tertawa kecil.
Tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang sering memerhatikan setiap tindakannya. Bahunya yang disentuh dari belakang membuatkan dirinya tersentak dan melompat kecil dengan sentuhan itu.
"Mayra, kan?" teka gadis di hadapannya.
Dengan pantas dia berpusing menghadap empunya suara itu dengan kerutan pada dahinya.

YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
عاطفية"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...