Badan Mayra Adelia yang semakin panas membuatkan dia terpaksa berbaring walaupun dirinya berkeras untuk melakukan segala pekerjaan.
Sempat mata Rayyan Anaqi melirik ke arah isterinya yang sedang berbaring lemah itu.
"Kau tak pergi kerja ke?" soalnya.
Mayra Adelia yang mendengar kata-kata suaminya sedikit-sebanyak terguris hati dengan panggilan yang digunakannya.
"Tak, Mayra demam" jawab Mayra Adelia sambil menahan sakit yang dirasainya.
Matanya semakin dipejam rapat apabila merasai perutnya kejang yang teramat.
"Kau demam ke buat-buat demam?" soalnya lagi dengan nada yang mendatar. Selamba sahaja dirinya menuduh wanita tidak bersalah itu.
Mayra Adelia terus memandang tepat wajah suaminya dengan pandangan yang sayup.
"Dahlah Rayyan Anaqi! Saya dah tak larat nak berperang mulut dengan awak!"
"Emo" kata Rayyan Anaqi dengan ringkas lalu keluar dari bilik tersebut.
Sejurus sahaja dia melangkahkan kakinya keluar bilik itu, kepalanya setia mengintai keadaan isterinya yang sedang menangis.
Hatinya berat untuk berbuat demikian tetapi kejadian yang pernah menghantui jiwanya dahulu, membuatkan dia tidak mahu ia berlaku lagi.
Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar rumah, satu sosok wanita menghalang laluannya.
"Awak buat apa dekat sini?" tanya Rayyan Anaqi.
"Takkan nak jumpa kau pula. Nak jumpa Mayra lah" jawab Shasha Zhafira dengan agak bengis. Hanya jelingan yang dapat dia beri kepada lelaki itu.
"Dia dekat dal--" belum sempat Rayyan Anaqi menghabiskan ayatnya, cepat-cepat Shasha Zhafira memotong.
"Dah, dah. Kau jangan buka mulut. Kalau kau buka mulut, lagi aku sakit hati. Aku boleh cari dia sendiri"
"Dah seminggu, Rayyan. Dah seminggu kejadian tu berlaku. Takkan awak tak pernah tanya Mayra tentang apa yang sebenarnya terjadi?" sambung Shasha Zhafira.
"Dia buat-buat cerita. Saya tahu" jawab Rayyan Anaqi dengan selamba. Tangannya juga sedang terkial-kial mengikat tali kasut yang baru sahaja disarungkannya.
"Eh, syaitannya kau ni"
"Awak tahu kan yang isteri awak tu tengah mengandung? Kalau dia stress dan kalau ada apa-apa yang terjadi dekat anak kau orang nanti, macam mana?"
"Shasha, awak sendiri tak tahu apa yang jadi. Awak sendiri tak nampak apa yang berlaku. Kenapa awak yakin sangat yang kawan baik awak tu tak buat perkara haram tu?!"
Hampir sahaja tangan gadis di hadapannya itu naik mencekup mulutnya.
"Pergi! Pergi sebelum telinga kau tu bernanah nak dengar carutan aku! I got nothing if I continuously talking to you!" kata Shasha Zhafira lalu terus melewati lelaki itu.
Pintu rumah itu sempat dihempasnya hingga membuatkan Rayyan Anaqi tersentak.
"Mayra" panggilnya seraya memanjat satu persatu tangga di dalam rumah itu.
Pintu bilik yang terbuka luas itu menarik perhatiannya. Langkahnya dibuka dengan selamba memasuki bilik rakannya itu apabila mendengar bunyi esakan yang semakin kuat.
Melihatkan Mayra Adelia yang sedang terhinjut-hinjut bahunya membuatkan Shasha Zhafira berlari ke arahnya.
Badan rakannya yang panas itu ditariknya ke dalam dakapan dan menepuk perlahan belakang badannya.
YOU ARE READING
LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |
Romance"Saya suka awak" -L.Rayyan Anaqi "Awak cakap apa tadi?" -Mayra Adelia "Kenapa? Nak record?" -L.Rayyan Anaqi "Saya tak memilih. Hati saya yang tentukan. Kalau betul itu orangnya, ia akan beri saya petunjuk. Kalau bukan, ia akan menarik saya untuk ber...