BAB 10

6.7K 198 13
                                        

Matanya tidak lekang memandang kereta Nissan Almera itu sehingga hilang bayangnya dari pandangannya.

Senyumannya yang kian lebar langsung tidak disedarinya.

Bunyi deringan telefon mematikan segala lamunannya. Kertas-kertas di tangan dengan cepat dikepitkan di bawah lengannya untuk mencapai telefon yang berada di dalam poketnya.

Melihat nama yang terpapar pada skrin telefonnya membuatkan dia menekan ikon hijau itu dengan pantas.

"Hello?"

"Rayyan, datang sini sekarang. Ada misi baru" serta-merta lelaki yang berada di dalam talian itu memberitahunya.

Belum sempat Rayyan Anaqi ingin bertanyakan beberapa soalan, talian itu diputuskan.

Dengan keluhan dia memasuki ke dalam perut keretanya dan pantas memandu kereta Lexus miliknya itu meluncur di atas jalan raya.

Dipandu dengan laju kereta itu menukarkan perwatakannya sebagai perwira negara.

Sebaik sahaja sampai di dalam bilik mesyuarat itu, pandangannya jatuh kepada semua anak buahnya yang berada di dalam bilik itu.

Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu. Matanya beralih ke arah skrin di hadapannya yang menunjukkan beberapa wajah yang agak dikenalinya.

"Dia lagi?" bisik Rayyan Anaqi dengan perlahan.

"Ya Leftenan. Dia ni lagi" Komander Zaidi mencelah dari belakangnya.

Dengan pantas mereka semua bangun dari duduk dan berdiri tegak sambil tangan naik pada paras dahi memberi tabik hormat kepada Komander itu.

"Duduk" arahnya.

"Wajah yang sangat tak asing pada pandangan kamu semua, kan?"

"Kali ni kita tak akan bagi muka dekat dia orang. Kesabaran manusia pun ada limit, betul tak? Lagi-lagi kalau cabar komando macam kita ni.

Satu persatu wajah pada skrin itu ditunjukkan oleh Komander Zaidi.

"This guy" seorang lelaki yang ganas raut wajahnya menjadi tumpuan mereka semua.

"Dia ni leader samseng-samseng ni. Sindiket dadah dia orang ni dah buat kita lali. Semakin hari, semakin menjadi-jadi. Tangkap sorang, ada lagi ahli yang baru"

"Kali ni kita dapat info bahawa bukan dadah aje yang dia orang bawa masuk, tapi senjata api pun ada sekali. Dah banyak dah dia orang jual senjata-senjata tu ke negara jiran"

"And now, we've had enough. Biar kita pula yang tunjuk belang dekat dia orang"

Dengan itu, derapan kaki dapat didengari keluar dari bilik mesyuarat di pengkalan itu.

Dengan pantas dan mahir anggota PASKAL itu mempersiapkan diri mereka. Seragam hitam itu disarungkan pada badan dan memberi aura yang sangat menggerunkan.

Walaupun wajah dilitupi, namun, mata-mata mereka jelas menampakkan ketajaman pandangan itu.

Seorang demi seorang melompat ke dalam bot rhib itu untuk pergi berdekatan dengan kapal yang membawa barangan haram itu.

"Nak kena masuk senyap-senyap ke?" soal seorang anggota PASKAL membuatkan Rayyan Anaqi membalas pertanyaan bodohnya dengan jelingan.

"Eh, tak la. Kau naik nanti kau bagitahu nama kau, umur, lahir kat mana, ambil course apa, diploma ke degree ke master ke. Bagitahu semua. Jangan risau! Paling tak pun, kau mati syahid" sinis Aryan Zihni.

Kata-katanya penuh dengan sarkastik berharap agar 'budak baharu' itu memahami maksud yang ditujukan kepadanya.

"Ouh, tapi kenapa masa latihan dulu tak ada pun macam ni?"

LEFTENAN RAYYAN ANAQI | C |Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang