Prolog

957 32 0
                                    

Perkarangan rumah penuh dengan tetamu didekati dengan laju. Jantung berdebar-debar apabila memikirkan kebarangkalian tentang apa yang difikirkannya adalah benar. Walaupun tidak dijemput, dia tidak peduli. Yang penting, dia mahukan kebenaran.

"Sah."

Wajahnya pucat. Nampaknya sangkaannya tepat. Kaki berdiri kaku di jenang pintu. Mata membuntang luas memandang mempelai di ruang tamu. Perhatian dari tetamu langsung tidak dipedulikan kerana apa yang berlaku sebentar tadi berjaya membuatkan hatinya luluh, retak seribu.

"I-iman." Mempelai wanita tergagap. Seperti Iman, matanya membulat. Agaknya langsung tidak menyangkan bahawa jejaka yang merupakan tunangnya – bekas – berada di situ. "Ke-kenapa awak ada dekat sini?"

"Tak... tak ada apa-apa." Suara bergetar cuba disorokkan dengan berdehem kecil. Matanya yang sudah pun berkaca beralih ke tempat lain, tidak mahu menunjukkan riaknya. "Saya datang cuma nak ucap tahniah. Semoga awak dengan suami kekal bahagia." Senyuman besar diukir.

Namun, bagi sesiapa yang pemerhati, nada penuh amarah dan dendam tercoret di sebalik senyuman besar itu.

"Assalamualaikum." Rumah besar itu ditinggalkan dengan laju tanpa menoleh sedikit pun. Yang dah lepas, aku lepaskan. Tapi aku takkan lepaskan macam tu je. Kau tunggu.

Auji Naura termenung kosong sambil menjuih bibir. Keadaan hingar-bingar dan kecoh dalam rumah itu langsung tidak diendahkan. Tapi entah mengapa, kehadiran mengejut Iman ketika majlis pernikahan Moon dan suaminya berlangsung membuatkan hatinya tergelak kuat.

Dan entah mengapa perasaan geli hati terbit apabila melihat muka Moon pucat tak berdarah apabila melihat orang yang sepatutnya menjadi suaminya berdiri tegak di muka pintu. Itulah... orang dah cakap. Tak nak dengar. Padan muka. Now, everybody knows that your ego is too high that you end up falling hard. Senyuman sinis tertarik kecil. Padan muka, Kak Moon. 


_______________________________________________

Character design sheet: Muhammad Iman Bin Taha

Character design sheet: Muhammad Iman Bin Taha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now