Telefon yang sudah berulang kali berdering tidak diendahkan. Buat kali kelima dalam masa sepuluh minit telefonnya berdering nyaring. Telinganya masih belum bersedia untuk mendengar suara bekas tunang suaminya.
Kring!!!
"Ah!!! Semaklah!" teriak Auji dengan bengang. Rambut ditarik kuat. "Kenapalah tak habis-habis nak kacau aku? Apa lagi yang dia nak dari aku?" Telefon yang terletak di meja sisi katil dijeling tajam.
Perasaan bersalah, menyampah, sakit hati semua bercampur-baur. Disangka semua nombor telefon Moon sudah disekat, namun entah macam mana, nombor Moon yang lain berjaya menghubunginya. Sebaik sahaja deringan yang kelima tamat, laju nombor itu disekat. Dia tidak mahu Moon mengganggu hidupnya.
Hari minggu berlalu. Sepanjang di rumah, dia hanya menonton anime kegemaran. Kelibat Iman pula langsung tidak kelihatan sepanjang dua hari dia berada di rumah. Mungkin sibuk dengan kerja sambilan atau sibuk merehatkan diri.
"Aku rindu dia." Auji termenung kosong.
.
.
.
"Jii! Mana datangnya benda tu!" Mulut ditekup kuat. Muka membahang tanpa sebab. Sendiri terkejut dengan ayat yang diungkapnya tadi. Mata mengerling laju ke arah pintu. Takut Iman tiba-tiba muncul tanpa bunyi macam dia selalu buat. "Nasib baik dia tak ada."
"Assalamualaikum..."
"Panjang umur!" dia bergegas ke ruang tamu. Teruja untuk bertemu jejaka yang dirinduinya. "Waalaikumussalam, hai, Abang Iman!"
Kening Iman terangkat sebelah. "Hai...?" Apasal tiba-tiba nak ber'hai'? Kasut disusun rapi dalam kabinet kasut.
"Abang Iman dah makan?"
"Dah. Kau?"
"Dah."
"Maggi?" Iman teka. Auji dipandang atas bawah. Rambutnya yang sedikit basah membuatkan keningnya berkerut. Baru lepas mandi ke?
Auji ketawa sambil mengangguk. "Yup. Saya tak berani masak kalau Abang Iman tak ada."
"Kau baru lepas mandi? Rambut basah lencun."
"Taklah. Buat exercise tadi. Saya pinjam dumbell abang tau. Sorry tak minta kebenaran dulu." Belakang Iman yang berjalan menuju ke bilik tidurnya diekori. "Esok free?"
"Esok cuti. Kenapa?"
"Nak ajak pergi Bukit Jalil. Nak main roller blade. Saya ajak Mike tapi dia ada hal esok. Abang tak main pun tak apa. Temankan saya je." Gigi ditayang. Sebenarnya agak kekok untuk dia mengajak Iman menemaninya kerana Mike sahaja yang tahu dia suka bermain sukan ekstrem.
"Kenapa tak boleh pergi sendiri? Aku sibuk esok. Ada commission."
Senyuman Auji jatuh. Hati terasa pilu. "Oh... tak apalah kalau macam tu. Ngeheheh..." Tengkuk diurut perlahan. "Saya pergi sorang jelah."
"Okey. Jangan balik lambat."
"Okey..." biliknya dimasuki semula.
"Ah, by the way. Kakak kau kata dia call kau tak dapat. Apasal?" kepala Iman terjojol di sebalik jenang pintu biliknya. Tangan sibuk membuka butang kemeja.
"Kakak?" kepala Auji turut terjojol dari pintunya. "Oh, Kak Moon. Saya block dia. Jangan bagitahu dia. Tadi dia call saya guna nombor lain. Banyak kali dia call sampai saya terpaksa block lagi."
"Kenapa?" Iman bekerut dahi.
"Sebab rasa bersalah." Balas Auji ringkas. Pintu biliknya ditutup, meninggalkan bilik tidur suaminya. "Dan aku tak nak dia play victim depan aku. Buat sakit hati."
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...