"Mati aku." Omel Rifqi. Kad bilik hotel yang dipegang ditatap lama dan cuak. Lidah digigit. Sebenarnya masalah itu sudah lama dijangka memandangkan tugas menempah bilik hotel adalah tugasanya. Mula-mula memanglah yang ditempah Cuma satu bilik kerana itu sahaja bilik yang masih ada. Lebih-lebih lagi bila waktu cuti sekolah. Harapannya bila tiba nanti, adalah bilik yang masih kekosongan. Namun hampa. Semua bilik hotel telahpun ditempah habis.
"Apasal satu kad?" Iman soal sebaik sahaja matanya tertacap pada kepingan plastik yang dipegang alang. Sepatutnya ada dua kad. Dua kad untuk dua bilik. Mereka berempat, satu bilik. Manakala along pula seorang memandangkan along sahaja perempuan.
"Sebenarnya, aku memang book satu bilik. Dua katil king. Sebab aku book last minute." Rifqi jelir lidah. Riaknya cuak.
Mata Iman mengoleng ganas. Bengang dengan perangai abang keduanya. "Kau memang menempah maut, lang."
"Shh," Rifqi berdesus kuat. Iman ditarik rapat kepadanya. "Kau jangan cakap kuat-kuat. Nanti along marah."
"Umur kau berapa ha? Siapa suruh buat kerja last minute?" riak Iman semakin jengkel. Tangan alang ditepis kuat. "Lantak kau lah. Aku tak nak tolong."
"Lek. Aku tak suruh kau tolong pun. Biar aku settlekan sendiri." Giliran Rifqi pula oleng mata. Menyampah dengan kenyataan si Iman. Along yang sedang berdiri tegak sambil berbual kosong dengan alang dirapati. Sempat dadanya ditepuk kuat semasa dia bergerake arah along. Nafas ditarik dalam. "Jom, dah boleh masuk."
Semua anak-anak Taha mula bergerak serentak mengekori alang. Sehinggalah mereka tiba di depan pintu bilik hotel.
"Kunci along mana?" tangan ditadah ke depan, meminta kad plastik yag sepatutnya menjadi kunci bilik hotelnya.
"Ngehehe..." kepala digaru dengan bersalah. "Orang sebenarnya book satu bilik..."
Along membatu.
"Sebab orang book lambat..." Memang mati aku.
Along mula meradang.
"Tapi ada dua katil king. Nanti achik dengan Niel tidur lantai." Sengihan bersalah ditarik luas. "Sorry, along."
Daniel dan Iman mencuka. Jengkel apabila nama mereka tiba-tiba dipetik alang untuk tidur di lantai.
"You had one job, Rifqi." Nada along menjunam. Matanya tajam merenung adik keduanya. "Dah, buka pintu cepat. Along penat."
"Baik, long." Pintu lantas dibuka dan ditolak ke dalam.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Daniel dan Iman laju merempuh alang dan terus menuju ke katil bersebelahan dengan tingkap. Selamba tubuh dihamparkan ke atas katil dengan ganas.
"Aku nak tidur kat katil!" Daniel teriak dengan katil muka menekup muka. Kepala diangkat menghadap alang. "Kau tidur dekat lantai, lang."
Iman disebelah mengangguk laju. Tangan menopang kepala sambil badan mengiring ke sisi menghadap pintu masuk. Along, angan dan alang dipandang dengan seringai luas. "First come, first serve."
Bibir atas belah kanan terjungkit kecil. Menyampah dengan perangai tidak semenggah adiknya. Angah pula dipandang. "Kau tidur mana, ngah?"
"Aku tidur sini." Jawab Izzat sambil melabuhkan punggungnya di katil bersebelahan dengan dinding bilik air.
"Tak ada." Along tiba-tiba bersuara. "Katil ni untuk along sorang. Korang cari tempat lain." Tubuh terus meniarap ke atas katil. Tidak peduli jika adik-adiknya melihat perangai tidak senonohnya.
Rifqi dan Izzat berbalas pandangan. Masing-masing dengan kening terangkat tinggi.
Mata Izzat beralih pula ke sofa katil yang terletak di penjuru bilik. "Aku tidur situ."
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...