40

595 35 12
                                    

"Assalamualaikum, where you at?" salam diberi sebaik sahaja Auji menjawab panggilannya. Kaki mula melangkah di sepanjang persisiran pantai.

"Waalaikumussalam. Dekat rumah alang. Kak lang ajak tidur sini." Auji tarik senyum. Seronok bila dapat berbual dengan suami yang sangat dirinduinya. "Abang Iman dekat mana tu?"

"Abang Iman?" suara Iman keruh. Sengaja mahu menggugat isterinya. Pasir pantai ditendang-tendang.

"Ngehehehe... sorry, susah nak tukar. Abang dekat mana tu?" panggilan suaminya dibetulkan.

"Dekat Pantai Cenang."

"Oh, dah dekat dah tu."

"Dekat? Dekat dengan apa?" kening Iman berkerut.

"Dekat dengan Pantai Cucah. Pernah pergi?" Auji tarik muncung ke bawah sambil tersenyum sumbing. Geli hati dengan jenakanya yang entahapapa.

"Naura..." perlahan Iman beri amaran. Jujur, jenaka isterinya memang dapat difahaminya. Cuma dia tidak tahu apa yang perlu dia rasakan. Tak tahu nak rasa marah atau nak ketawa.

"Sorry." Auji ketawa kuat. "Tak lawak."

"Tahu pun," balas Iman sambil ketawa kecil terlepas. Terusik juga dengan lawak ringan isterinya. "Tengah buat apa?"

"Main dengan Zahrah. Comel betul. Rasa nak gigit-gigit je pipi dia. Tembam!"

Tawa Iman sekali lagi terburai kecil. Nada Auji yang seperti sedang menahan geram jelas kedengaran di sebelah talian. "Naura..."

"Hm?"

"Lagu apa yang Naura bagi abang?"

Pipi Auji merona. Argh! Kenapa pergi tanya?! Malulah aku nak menjawab. "A-abang dah dengar lagu tu?"

"Belum. Abang tak nak yang lain dengar sebab alang dengan Daniel ada sekali dalam kereta." Jari kaki menguis pasir. "Lagu tu pasal apa?"

"Pasal perasaan Auji dengan untuk Abang Iman." Tajuk lagu yang diberikan kepada Iman disebut.

"Naura..." keluhan terhela. Dia ni...

"Abang dengar dulu lagu tu."

"Lepas tu? Nak abang buat apa?"

"Fahamkan."

"Kenapa tak boleh cakap terus terang?"

"Sebab kadang-kadang lagu lebih jelas untuk menyampaikan perasaan." Auji tayang gigi, walaupun Iman tiada bersamanya. "Abang..."

"Hm?"

"Rindu..."

Iman tersenyum. Jantungnya tiba-tiba berkocak deras. Bahagia teramat sangat apabila perkataan itu disebut Auji. Kenapa excited sangat ni, Man? Sedangkan sebelum ni, Moon cakap rindu pun kau tak bahagia macam ni.

"Abang?"

Suara lembut Auji menyentakkan dirinya yang semakin melayang ke langit ketujuh. "Hm?"

"Abang dengar tak apa yang saya cakap tadi?"

"Yes, I hear you." Senyuman berubah seringai. Langsung tidak menyorokkan fakta yang dia benar-benar bahagia sekarang. Nasib baik gelap. Kalau tak, dah macam orang tak siuman senyum sorang-sorang. "I miss you too, Naura."

Kyaaaaa!!! Hati Auji memekik kuat. Dia rindu aku~! Tawa sengaja dilepaskan, cuba menyembunyikan perasaan yang teruja. "Hahaha, padahal baru pagi tadi kita last jumpa."

"Itulah tu..." Suara Iman kendur. Bulan penuh ditatap dengan hati yang berbunga. "Naura..."

"Suka betul sebut nama saya," ejek Naura main-main. Aku tak kisah kalau dia sebut nama aku banyak kali pun. Bunyi dia macam lagu dekat telinga aku.

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now