Jam tangan dilihat. Stesen keretapi yang penuh dengan orang ramai tidak diendahkan. Dia cuma mahu pulang dan berehat. I'm exhausted. Nak makan, lepas tu tidur. Mata yang separuh lelap dibiarkan tetap pada trek keretapi yang kosong. Fikirannya mula membayangkan katil dengan gebar selesa di rumah. Ah... bestnya kalau dapat tidur terus.
"Abang Iman?"
Iman cebik. Siapa pula ni? Aku malaslah nak berbual. Tak ada mood. Dia mengerling ke sebelah dengan kening terangkat sebelah. Macam kenal.
Gadis itu tersenyum lebar sehingga menampakkan sebaris gigi putih yang teratur rapi. "Abang Iman kan?"
"Wrong person."
"Betullah ni Abang Iman."
Aih, tak faham bahasa ke budak ni?
"Saya Auji. Junior abang masa dekat sekolah dulu." Gadis bernama Auji itu masih tersengih luas.
"Tak kenal."
Tak kenal eh? Kejap. Kali ni mesti kau kenal. "Saya kawan Kak Moon."
Mata Iman membeliak. Gadis itu dijegil tajam.
Gotcha! Hahaha. Terkezut kau.
"Nope, I don't know you." Iman masih berdegil. Nama yang disebut gadis itu berjaya mendapatkan perhatiannya. Tapi kalau si penyebut nama itu dia masih tak kenal.
Auji mengeluh kasar. Abang Iman langsung tak berubah. Dari sekolah. Langsung tak ada effort untuk ingat muka dan nama orang. "Saya rasa insiden ni mesti boleh buat abang ingat."
"Which was?"
"Abang tengah lari dekat kaki lima. Kaki tersadung besi penutup longkang. Lepas abang terbang melayang ke lantai dengan muka tersembam kuat. Siap ada bunyi berdentum. Saya masa tu tengah lepak kat longkang sebelah kelas." Cerita Auji dengan terperinci, sekali dengan muka-muka.
Muka Iman membahang. Budak tu ke?! Allahu!
"Lagi satu, abang mentor saya untuk Addmath."
Iman betul rasa mahu menangis. Masakan tidak, insiden dia jatuh tersadung besi penutup longkang itu sepatutnya tiada siapa yang tahu. Kecuali budak perempuan itu. Dan siapa sangka, yang tengah bercakap dengannya rupanya budak perempuan tu.
"Ingat?"
Tangan menutup muka dan melurut ke bawah. Malunya tadi cuba dibuang jauh-jauh. Gadis itu dikerling sekali lagi. That smile. I hate that smile! "Ingat."
Auji ketawa. "Nasib baik abang ingat. Kalau tak, semua saya cerita."
Apa lagi yang dia tahu pasal aku? Tren yang baru tiba dimasuki. Jarang dapat berbual dengan bahasa ibunda sendiri memandangkan dia sekarang berada di tanah penjajah untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Perasaan senang hati terbit apabila ada orang yang berbual dengannya dalam bahasa Malaysia.
"Abang apa khabar? You look thin."
I look thin? Pertama kali orang tanya khabar aku lepas benda tu jadi. "Kau tahu apa yang jadi?" soalan gadis itu tidak diendahkan.
"Pasal Kak Moon kahwin, lepas tu Abang datang tiba-tiba? Tahu. Saya ada dekat situ."
"Apa lagi yang kau tahu?" Pegangannya pada tempat pemegang yang tergantung diketatkan. Degupan jantungnya lari rentak semasa menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut gadis itu.
"Saya tahu yang Kak Moon dah bertunang dengan abang sebelum dia kahwin dengan suami dia sekarang. Dan saya tahu Kak Moon tak putuskan hubungan dia dengan abang sebelum dia teruskan pernikahan tu."
Nafas tertahan buat seketika. Bengang dan marah yang sudah lama dipendamkan muncul kembali. Wajah gadis yang sepatutnya menjadi isterinya terimbas semula. Benci dan jelik dengan gadis itu semakin menjadi-jadi. Gigi menggetap kuat tanpa sebab. Mata merenung cermin di depan tanpa sedar.
"Abang Iman?"
"What?"
Erk, kenapa tiba-tiba dia marah? Auji bergerak selangkah ke kanan, jauh daripada seniornya. Takut mendengar nada Abang Iman yang seakan-akan mahu menelannya hidup-hidup. "Ta-tak ada apa-apa." Auji menggeleng laju dan terus memandang cermin di depan.
Atmosfera antara mereka berdua kusam.
Aura gelap yang merembes daripada Abang Iman masih dapat dirasakan Auji di sebelah. Menakutkanlah, Abang Iman ni.
Tren berhenti di stesen di mana Auji turun. "Jumpa lagi, Abang Iman. Kita jumpa lagi, insya-Allah. Assalamualaikum."
Salam gadis kecil itu dijawab bawah nafas. Bola mata bergerak mengikut tubuh gadis itu dari ketika dia berada di sebelahnya, sehinggalah bergerak keluar dari tren. Aku tak nak jumpa dengan sesiapa yang ada kena mengena dengan perempuan tu.
Tiba sahaja di rumah, beg dicampak ke katil dan tubuh terus dihempas ke katil dengan kasar. Tak tahu kenapa rasa penat sangat hari ni sedangkan rutin yang dijalankan sama seperti hari-hari lain. Pelik.
Mata merenung siling putih itu tanpa sedar. Fikiran terawang-awang, cuba memikirkan apakah perkara yang membuatkan fizikalnya terasa terlalu lemah.
Sebab dia sebut nama Moon. Sebab tu kau penat.
Siapa?
Budak kecil tu lah. Aku tak ingat nama dia. Yang dalam tren tadi.
Nama dia Ji something. Aku tak ingat. And tak sangka dia nampak aku makin kurus. Housemate aku pun tak perasan. Turun 10 kg kut.
Alter ego berbual dalam kepala. Tubuh mengiring menghadap dinding. Mafla yang masih terlilit elok di leher masih tidak ditanggalkan. Musim sejuk di negara orang putih memang tak boleh dibuat main. Walaupun Daniel kata kulit dia dah macam kulit keluli, namun sejuk itu masih menusuk sampai ke tulang belakang. Sejuk!
Jujur. Peristiwa hitam itu masih segar dalam otaknya. Dan peristiwa itulah yang membuatkan berat badannya turun 10 kg dalam masa dua minggu. Sampai ke sudah berat badannya tak naik-naik walaupun sudah beberapa bulan berlalu.
Kelopak mata terasa berat. Akhirnya, dibiarkan sahaja kelopak matanya bertutup rapat. Setengah jam... lepas ni aku solat...
_________________________________________________
Iman caught Auji stalking someone (him to be exact).
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...