28

511 39 29
                                    

Auji semakin kaget. Makan malam yang sepatutnya hanya dia dan dua lagi pekerja sepejabatnya disertai oleh lagi seorang. Joji. Semenjak mereka tiba di restoran itu, seringai menakutkan daripada Joji tidak pernah pudar. Malahan seringai itu makin luas apabila mereka berdua ditinggalkan bersendirian di meja makan itu.

"Kau dah mengandung, Jii?" Joji senyum. Reaksi Auji yang sedang diam tidak bersuara dapat dibaca dengan mudah. Tengah takutlah tu. Bagus. Teruskan takut. Aku dah lama tak main dengan kau. Rindu.

Auji tidak bersuara. Tanpa sempat berfikir, tubuh terus dibawa ke tandas, menghiraukan soalan Joji tadi. Sekali lagi, lokasi dan nama restoran dihantar kepada Mike. Apa-apa yang berlaku, Mike pasti akan membantunya. Hampir lima minit berteleku di tandas, dia kembali semula ke meja makan. Kali ini, Mokhtar dan pembantu Mokhtar, Daim sudahpun berada di meja itu.

Makan malam diteruskan dengan Auji masih mengunci mulut dengan ketat. Semua soalan yang keluar daripada mulut Joji langsung tidak dijawab kecuali yang berkaitan dengan kerja. Tangan pula ralit berbual dengan Mike melalui mesej dengan harapan perasaan takutnya berkurangan.

Sebaik sahaja selesai makan malam, semua yang berada di meja makan itu beransur pulang ke hotel. Auji hanya mengikut Mokhtar dan Daim menuju ke kereta milik Mokhtar. Baru sahaja hendak menarik tombol pintu kereta, geraknya mati apabila namanya dipanggil Joji.

"Jii, kau tumpang aku. Dah lama kita tak bual panjang. Nanti aku hantar kau balik hotel. Lagipun hotel kita sama." Joji tayang gigi tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Pintu penumpang keretanya sudahpun dibuka, mempelawa untuk Auji masuk ke dalam kereta.

"Tak apa. Orang penat. Orang nak balik hotel dengan Encik Mokhtar je. Lain kali orang datang rumah dengan laki orang. Masa tu kita bual." Auji balas datar. Mata langsung tidak menatap wajah pemangsa seksual itu. Pintu kereta dibuka.

"Okey. Kalau macam tu, sebelum kau balik bilik kau, jumpa aku dekat parking bila sampai hotel nanti. Ada kudap-kudap aku nak bagi. Dari mama." Joji sempat memesan sebelum masuk ke dalam keretanya.

Auji jeling mata. Bernanah semula telinga mendengar suara itu. Memang tak ada makna aku nak jumpa dia. Sampai je nanti, aku terus chaw masuk bilik. Tak kuasa aku nak jumpa dengan Porn addict macam kau.

Kaki membuka langkah besar sebaik sahaja kereta Mokhtar berhenti. Sepanjang perjalanan, matanya tidak berhenti memandang cermin pandang belakang, memeriksa kelibat kereta Audi Q5 milik Joji sama ada dia berada jauh atau dekat dengan kereta yang sedang dinaikinya. Malang tidak berbau, sebaik sahaja dia melangkah ke pintu masuk hotel, Audi Q5 berhenti tepat dihadapannya.

Tingkap gelap diturunkan. Wajah Joji yang menjijikan kelihatan dari dalam. "Sekejap, Jii. Kau tak nak aku pergi bilik kau kan?"

Auji kaku. Ugutan yang membuatkan lututnya berlaga berjaya membuatkan Auji terpaku di tempatnya. Mokhtar dan Daim yang sudahpun masuk ke lobi hotel dipandang dengan kesal. Ikut dorang, Jii! Gerak sekarang!

Fikirannya cuba menggerakkan tubuh namun gagal apabila perasaan takut terhadap ugutan Joji membuatkan dia masih membeku di situ.

"Jii..." perlahan Joji memanggil Auji. Keretanya pula diparkir di sebelah kotak parkir di mana Auji sedang berdiri. "Sini, Jii. Aku rindu nak main dengan kau."

Auji tidak beriak. Setelah sekian lama, usahanya untuk mejauhkan diri daripada Joji menemui jalan mati. Ingatkan dia akan bebas Joji apabila dia berkahwin. Namun, sangkaannya meleset teruk apabila Joji seperti langsung tidak tahu makna hormat dan takut pada Iman.

Tangan Auji ditarik dan ditolak masuk ke tempat duduk belakang apabila melihat gadis itu langsung tidak bergerak dari tempat tadi. Seringai tertampal di wajah apabila gadis itu langsung tidak menolak dirinya. "Jii..."

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now