"Kita dekat mana ni, abang?" Auji menguap sambil tubuh menggeliat kecil. Mata terkebil-kebil melihat ke luar tingkap. "Gelapnya."
"Dekat parking rumah alang. Kan aku ada cakap tadi?"
"Ada, eh?" kepala Auji senget. Tangan terus menggosok mata yang masih terasa berat. Mengantuknya!
"Mengantuk lagi?"
Auji angguk perlahan. "Mengantuk sangat."
"Sampai atas nanti, kau tumpang tidur sekejap. Aku ada hal nak bincang dengan alang."
"Lama ke?"
"Tak tahu. Mungkin sampai malam."
"Okey." Sekali lagi tubuh menggeliat kecil. Pintu kereta dibuka. Langkah Iman yang sudahpun berjalan menuju lobi lif diikuti. Sampai sahaja di rumah alang, pintu diketuk lembut. Sementara menunggu alang membuka pintu, mata memandang Iman tanpa sebab.
Iman tersenyum sumbing apabila melihat Auji memandangnya dengan riak kosong. "Penat?"
Auji mengangguk perlahan. Tanpa sedar, tangan spontan menumbuk pinggang suaminya dengan kuat.
"Oi, apasal tiba-tiba?" Penumbuk Auji digenggam kuat.
"Saja. Terasa nak tumbuk."
"Buat lagi, Jii. Aku cabar." Iman tayang senyum sambil gigi menggetap kuat.
"Tamau." Tangannya ditarik semula.
"Haa, gaduh. Gaduh." Alang buka pintu sambil tersengih. "Gaduh manja ke gaduh perang?"
"Manja." Balas Auji laju. Wajah terus dimaniskan. "Alang sihat?"
"Sihat, alhamdulillah. Jemput masuk. Kak lang tengah buat rendang hijau." Pintu dikuak luas, menjemput achik dan adik iparnya masuk ke dalam rumah. "Rendang hijau dengan pulut kuning."
"Waah, sedapnya!" Mata Auji bercahaya. Kaki laju melangkah ke dapur di mana kak lang berada. "Kak lang, assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam." Zinnirah senyum. Tangan dilap kering sebelum menyambut huluran tangan Auji. "Jii duduk depan dulu. Borak dengan alang. Kak lang nak selesaikan masak-masak ni dulu."
"Hehe..." Auji tersengih-sengih. "Kak lang... boleh tumpang tidur? Saya mengantuk sangat."
"Boleh, boleh." Zinnirah laju bergerak ke bilik tidur anaknya. Bantal yang tersusun rapi dalam kabinet ditarik keluar dan diletakkan di sebelah bayinya yang sedang lena. "Auji tidur dengan Zahrah ye. Bilik lain bersepah sikit."
"Boleh je, kak lang. Saya tak kisah."
"Buka je tudung tu. Nanti kak lang cakap dengan alang. Tidur nanti kunci pintu ye." Zinnirah tersenyum lembut. Pintu terus ditarik tutup, membiarkan Auji berehat seketika.
"Saya datang membawa hajat besar," kata Iman dengan nada datar dan selamba sebaik sahaja dia dan alang mengambil tempat di ruang tamu.
"Dah bawa hajat, kau nak buang pula dekat sini. Tu," muncung ditarik ke arah pintu tandas. "Buang kat sana."
"Aku tak kata nak buang." Iman pamer riak jengkel. Alang dengan lawak hambar dia. Tak pernah berubah. Riak jengkel berubah serius. "Aku ada benda sikit nak minta tolong kau, lang."
"Penting ke tak penting?"
"Dua-dua."
"Tak penting dulu." Rifqi menyelesakan sandarannya pada sofa.
"Err, aku nak hutang dengan kau dulu, boleh? Nak buat downpayment rumah." Wajah serius tadi berganti sengihan. Tengkuk diurut-urut perlahan.
"Ohoooo... itu benda penting. Apa pula tak penting?" Rifqi mengusik. Bibir tersenyum meleret. Achik, achik. Tak berubah rupanya kau.
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...