"Auji."
"Ye saya?" Auji jawab spontan sambil tubuh berpusing menghadap si pemanggil. Senyuman yang tertampal di wajah tadi pudar sedikit apabila kenal dengan siapa si pemanggil. "Kak Moon..."
Moon senyum. Tangan gadis kecil itu terus dipaut dan ditarik ke satu sudut tidak berorang. "Tak sangka Iman bawa Jii sekali."
"Erm, Abang Iman kata boleh bawa pasangan. Sebab tu dia bawa saya." Aduh, lagi aku tak nak bersemuka dengan dialah lagi tu dia datang rapat. "Suami Kak Moon mana?"
"Dia tak ikut. Dia ada kerja." Balas Moon pantas. Sebaik sahaja kawasan itu tidak berorang, wajah manis Moon berubah kelat. "Ada banyak benda akak nak cakap dengan Jii. Hari tu akak tak sempat nak cakap apa-apa sebab Jii terus balik. Makanan yang Jii oder pun Jii tak ambil. Terpaksa akak bungkus bawa balik."
Lah... itu je pun. Riak Auji mula berubah jengkel. "Akak nak saya bayar balik makanan tu? Berapa? Nanti saya bank in dekat akak."
"Tak payah. Suami akak dah makan dah pun makanan tu. Dah, lupakan pasal makanan tu," kerusi yang berdekatan dengan meja bulat yang tidak berpenghuni diduduki. "Duduk sini, Jii."
Auji menurut. Matanya tertancap pada kain alas meja itu. Tidak mahu bertentang mata dengan senior sekolahnya dahulu. "Akak... nak cakap pasal apa?"
"Pasal hari tu."
"Kenapa dengan hari tu?" Iman mencelah. Riak di wajahnya selamba, langsung menunjukkan yang dia tidak gemar dengan apa yang sedang dilakukan Moon kepada Auji. "Kau culik isteri aku kenapa? Patutlah aku cari tak jumpa."
"Mana ada saya culik!" Moon bengang. "Jangan tuduh saya suka hati ye, Iman."
"Aku nampak kau tarik tangan dia." Tangan dihulurkan kepada Auji yang sedang duduk di sebelah Auji. "Let's go. Jom balik. Abang dah penat. Nak rehat."
Huluran tangan Iman disambut lembut. Tersipu-sipu Auji apabila mendengar Iman membahasakan dirinya sebagai abang di hadapan teman-temannya.
Tangan Auji yang baru sahaja menyambut hulurannya dikucup lembut. "Let's go home my Queen."
Abang Iman! Kenapa suka malukan saya depan orang ramai?! Tak senonoh betul perangai.
Reaksi Moon yang cemberut macam orang tengah sembelit tidak diendahkan Iman. Manakala Auji pula hanya memandang Moon dengan riak bersalah.
Moon berdecit. Menyampah melihat pasangan di hadapannya menggeletis semacam. Macamlah tak boleh bermanja di rumah. Kena juga depan orang ramai.
"Munirah, aku balik dulu. Salam." Dewan bankuet ditanggalkan. Moon turut dibiarkan bersendirian di meja itu tanpa menoleh belakang. Tangan Auji digenggam kemas dan ditarik bersama menuju ke parkir keretanya. Jujur, dia hampir tergelak kuat apabila mendengar Moon berdecit tadi. Riak di wajah Moon jelas menunjukkan yang dia benar-benar dengki dan menyampah dengan kelakuannya terhadap Auji.
Pintu kereta penumpang dibuka untuk Auji. Kemudian, dia pula mengambil tempat di tempat duduk pemandu. Enjin dihidupkan. Pendingin hawa dibuka. Buat seketika, suasana dalam kereta sunyi.
"Jii..."
"Abang Iman..."
Iman dan Auji terdiam. Terkejut apabila masing-masing bertutur serentak.
"Ladies first."
"Abang mulakan dulu."
Sekali lagi, mereka berdiam. Namun, senyum kecil tertarik apabila perkara tadi berulang.
Iman tarik nafas dalam. "Aku lelaki, aku mulakan dulu."
Auji angguk.
"Kenapa Moon cari kau?"
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...