46

440 40 22
                                    

"Saya tak sangka yang mama akan cakap macam tu," rintih Auji perlahan.

Iman tidak beriak. Dibiarkan sahaja Auji melepaskan semua yang terbuku di hati.

"Kenapa sampai macam tu sekali? Tak pernah sekali pun terdetik dalam hati saya yang mama nampak saya sebagai lawan dia. Saya sedih, abang."

"Naura..."

"Apa salah saya abang?"

"You did nothing wrong." Tangan Auji diramas-ramas. Cuba untuk menyalurkan kekuatan kepada isterinya. "Perkara ni makan masa untuk pulih. Sabar ye."

"Selagi abang ada dengan saya, insyaAllah saya boleh laluinya." Tangan Iman ditarik ke mukanya. Pipi menggeser pada kulit belakang tangan.

"We will go through this together. Abang akan sentiasa ada dengan Naura."

"Terima kasih, abang."

"My pleasure, hun. Balik ni, rehat ye. Kalau nak makan apa-apa, Naura cakap, abang masakkan."

"Tak apa, abang. Saya nak terus tidur. Kepala tiba-tiba rasa sakit."

Insiden yang berlaku di rumah mama tempoh hari dibiarkan. Bagi Auji dan Iman, biarlah urusan antara mama dan papa diselesaikan sendiri. Mereka tak mahu campur tangan. Biarlah masa yang memulihkan keadaan.

Kehidupan diteruskan seperti biasa. Cuma bezanya, kehadiran yang ketiga di dalam perut membuatkan suasana rumah lebih meriah dan ceria.

Perut Auji makin memboyot.

Walaupun bayi dalam kandungan dalam keadaan sihat, namun apa yang merisaukan Iman adalah, saiz bayi mereka yang lebih besar daripada normal. Bila saiz bayi besar, sudah tentu, bebanan pada perut Auji makin berat.

Kadang-kadang, tertanya-tanya juga Iman bagaimana Auji, yang semulajadinya bertubuh kecil, mampu membawa beban besar di perutnya setiap hari.

"I swear to God. Mom is something else," gumam Iman tanpa sedar. Tangan ralit mengisi buku lognya.

"Why did you say that?" Dr Raju yang terdengar bebelan Iman soal. Dr Raju juga merupakan salah seorang doktor praktikal di unit sama dengan Iman.

"I mean, how can they walk around with an almost 9 kgs baby in their tummy? Berat tu. Kalau kau bawak sekampit beras 10 kg pun kau tak larat. Ini kan pula baby dalam perut kau bawa ke hulu ke hilir. It's amazing." Senyuman tidak percaya berukir di wajah.

"My wife, she has a petite figure. Tapi sejak dia mengandung, perut dia nampak besar. Kadang-kadang aku kesian dekat dia. Tapi aku tak boleh nak buat apa-apa. Paling kurang pun, aku pegang perut dia. Dia kata lega bila aku buat macam tu." Tawa kecil turut terlepas.

Tawa Iman berjangkit pada Dr Raju. Kelakar juga apabila mendengar cerita si Iman yang selalunya jarang bercakap. Lain pula cerita kali ni. Banyak pula yang keluar dari mulutnya. "Tak silap aku, kau orang Melayu percaya, syurga di bawah tapak kaki ibu kan? Mungkin itu salah sebab kut kenapa syurga bawah tapak kaki ibu."

"Yeah, you're right." Iman mengangguk-angguk. "I hope I can be a good father someday."

Senyuman Dr Raju makin lebar. Gembira mendengar apa yang baru keluar daripada mulut Iman. "One day, Man. I'm sure."

Sesi melepak bersama sedang berlangsung di ruang tamu. Dengan Auji dan Iman duduk sebelah menyebelah di atas sofa L. Siaran yang menayangkan movie Indiana Jones ditonton dengan ralit, sehinggalah mood mengusik Auji muncul tiba-tiba.

"Abang..."

"Hm?" balas Iman dengan mata masih tertancap pada TV.

"Ni," telunjuk menunjuk ke arah perut boyotnya. Auji menyengih kerang busuk. "Your fault. You did this."

Iman senyum senget. Tahu benar yang Auji sengaja mahu mengusiknya. "I'll do it again."

Hik! Auji merona merah pekat. Aku ingat dia mendengus ke apa. Aku pula terkena balik. "Suka je dia."

"I'm a healthy man and a husband. Of course, abang suka." Kepala Auji digosok-gosok. "Nanti nak bagi nama anak apa?"

"Eren Jaeger."

"Banyaklah kau." Iman mencebir.

"Saya bagi homework tu dekat abang. Saya tak kisah. Asalkan maksud dia baik-baik."

"Kalau macam tu, Putra Adrian Syafiq Maulana? Sedap tuh."

"Nama novel mana pula abang curi ni?" Auji pamer muka penat. "Nama biasa sudahlah. Nama yang bila kita panggil nama pendek dia pun masih lagi nama sebenar dia. Saya tak nak nama dia main character vibe sangat. Tak special. Lagi satu, kalau panjang sangat, nak tulis dalam borang, buku, IC semua susah."

Tawa Iman terburai kuat. Geli hati dengan kenyataan isterinya namun, dia tetap bersetuju dengan perkara itu. Sebaiknya, nama bakal anaknya eloklah yang pendek dan bermakna. "Aathif sedap juga kan?"

"Hah, itu cantik." Auji angkat ibu jari. "I hope we can be good parents."

"InsyaAllah."

_______________________________

Setelah sekian lama... hik hik!

Komen! Kalau tak komen, lama lagi saya update!

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now