45

600 45 11
                                    

Perut yang sedikit memboyot diusap-usap. Pantulannya dalam cermin panjang ditatap dengan sengihan. Sungguh dia tak sangka bahawa satu hari nanti dia akan menjadi seorang ibu. Dan sekarang, dia dalam perjalanan untuk menjadi seorang ibu.

"Dari tadi duk mengusap perut. Dah siap ke belum?" Bebel Iman sambil menjengah ke dalam bilik tidur utama, mencari kelibat isterinya. Sepatutnya hari ini, mereka menziarah mama. Ketika cadangan untuk menziarahi mama dutarakan, disangka Auji akan menolak cadangannya mentah-mentah. Namun lain pula jadi apabila Auji menerima cadangannya dengan mudah.

"Dah, dah." Auji sengih. Beg tangan yang tersangkut di belakang pintu diambil dan disangkut ke bahu. Bilik utama ditinggalkan. Tangan suaminya yang sudah pun berada di pintu rumah dicapai dan digenggam. "Jom."

"Dah ready ke nak jumpa mama?" soal Iman sebaik sahaja perjalanan ke rumah mama bermula.

"Dah. Kalau tak ready, saya takkan setuju dengan cadangan abang." Auji tayang gigi. "Tapi kalau abang nak tahu benda jujur, saya sebenarnya masih berat hati nak jumpa dengan yang lain. Tapi saya fikir, sampai bila nak jadi macam ni? Sampai bila kena hidup dalam ketakutan? Bukanlah saya nak kata saya takut dekat keluarga tiri saya, saya Cuma tak suka. Tapi mujurlah..." suaminya ditatap lama dan senang hati.

"Saya dah ada abang. Abang buat saya lagi kuat. Selagi abang ada dengan saya, InsyaAllah, saya akan cuba yang terbaik untuk perbaiki hubungan saya dengan mama dan yang lain."

Senyuman Auji berjangkit pada Iman apabila Iman turut mengukir senyum. "Baguslah kalau macam tu."

"Tapi." Riak wajah Auji berubah serius tiba-tiba. "Kalau kita sampai nanti, lepas tu mama mengamuk ke apa, abang buaat dek je sebab perangai mama memang macam tu. But I doubt it though. Mama kalah dengan orang yang berajaya macam abang. Dia sanjung habis-habisan."

"Hahaha. I don't think so." Selamba tangan yang tadi berehat diatas tombol gear beralih ke perut Auji, mengusap lembutt perut isterinya yang memboyot. "But I do think that mama will be so happy when she finds out that she's going to be a grandma."

"Mungkinlah kut." Auji mencebir bibir sambil mengangkat bahunya berkali-kali. "Kita tengok bila kita sampai sana nanti."

Kenyataan Iman benar-benar menjadi kenyataan. Semenjak mereka tiba di rumah mama, senyuman mama tidak pernah luntur. Lagi-lagi apabila melihat menantu kesayangan muncul di muka pintu rumah.

Bagi Auji pula, dia lebih selesa menyembunyikan diri di belakang suaminya. Masih terasa berat hati untuk bersemuka dengan mama.

"Naura."

"Ye?" Auji angkat muka memandang suaminya.

"Tak nak salam mama?"

"Tak nak."

"Mengada-ngada." tutur Iman selamba seraya menolak tubuh Auji ke hadapannya. "Mama, anak dara, bukan, anak mama nak salam." Kenyataan tentang anak dara dibetulkan dengan sengihan luas.

Abang ni sengaja je nak malukan aku! Pinggang Iman dicubit kuat. Dengan senyuman yang teramat kelat tangan mama dicapai lembut. Kemudian kucupan pada tangan mama dihadiahkan. "Mama... sihat?"

"Sihat, Alhamdulillah... Auji sihat?" Dua perkataan terakhir disoal dengan teragak-agak. Malu untuk berdepan dengan anaknya setelah apa yang berlaku kepada anak perempuannya.

"Sihat... um... mama tak nak jemput Jii dengan Abang Iman masuk?" Auji tayang gigi dengan riak kosong. Aku malas nak duduk sini lama-lama. Tanya khabar. Sembang sikit. Lepas tu balik.

"Ah, mama lupa. Jemput masuk."

Buat seketika, atmosfera di ruang tamu sedikit kusam. Mama sibuk di dapur membuat air, Auji dan Iman pula berada di ruang tamu sambil berbalas pandang. Iman angkat kening. Auji juih bibir.

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now