Auji yang sedang termenung leka di sofa ditatap lama. Sejak insiden di rumah mentuanya, perangai Auji semakin berubah. Dari seorang yang ceria, berubah muram. Dari seorang yang suka senyum, jadi seorang yang kerap membungkam. Tiada langsung seri di wajahnya. Susah nak mengaku, tapi aku rindu nak tengok kau senyum, Jii.
"Abang Iman..."
"Hm?" Ekor bibir Iman tertarik kecil.
"Kak Moon ajak jumpa."
"Siapa? Kau?"
"Ha'ah." Iman ditatap lama. "Saya tak nak jumpa dia. Emosi saya belum stabil lagi ni." Auji cuba menarik senyum. Namun gagal.
"Bila-bila kau dah sedia, baru jumpa. Jangan turutkan sangat permintaan orang sampai kesihatan diri sendiri terabai." Iman beri nasihat ikhlas. Dia yang berada di meja makan terus bergerak ke sofa dan mengambil tempat rapat di sebelah Auji. "Jii... you know you can trust me, kan? Sampai bila kau nak pendam? Hari tu, lepas balik dari rumah mama, kau terus jadi macam ni. Tell me so that I can help you..."
"Maaf Abang Iman. Saya minta abang sabar sekejap sampai saya dapat regain my composure again. Mental saya tengah penat sangat. Sampai badan pun rasa lemau." Mata redup memandang ambal yang terbentang di ruang tamu. "Sorry ye.."
"It's okay. Take your time. Just don't be so hard on yourself." Iman senyum. Tapak tangan terus hinggap ke kepala isterinya dan menggosok ganas rambut cacak isterinya. "Aku nak tidur dah ni. Gute nacht."
"Abang Iman..."
"Hai?"
Auji senyum janggal. "Nak tidur sekali boleh?"
"You're most welcome, Jii. Cuma jangan tolak aku bila tidur. Kakak kata kau tidur ganas." Iman senyum kecil. Teringat cerita kakak tempoh hari yang mengatakan monchiknya tidur ganas sehinggakan kakak tak senang tidur. Kelakar.
Auji tayang gigi. "Tak. Kalau saya tidur ganas, Abang Iman ikat saya."
"Hm...?" Sebelah kening terangkat tinggi. Mata sengaja mengerling isterinya dengan intonasi mengusik dan seksi bercampur. Senyuman senget penuh menggoda dihadiahkan. "Ikat... eh? Nak aku ikat dekat mana? Katil?"
Auji sengih. Maksud disebalik riak wajah suaminya langsung tidak dapat dibaca. Malahan sengihannya makin melebar. "Taklah...ikat saya macam mayat."
Cehh... Senyuman Iman terus hilang. Ingatkan nak mengusik. Tapi dia ni denser than a stone. Blur. "Suka hati kaulah, Jii. Aku masuk tidur dulu. Bai."
"Tunggu Abang Iman!"
-3-
Lingkaran gelap bawah mata Iman ketara. Gara-gara Auji tidur di biliknya semalam, tidur malamnya terganggu. Cerita kakak tentang cara monchik tidur memang betul. Tak semena-mena mukanya ditumbuk tanpa sebab. Itu pun nasib baik tumbukan Auji tidak begitu kuat. Dan akhirnya, bilik tidur Auji dituju. Semuanya untuk mengelakkan wajahnya dari ditumbuk sekali lagi.
"Pagi, doktor."
"Pagi..." balas Iman perlahan. Tangan terus menekup mulut yang mahu menguap luas. Mengantuk! Bilalah round ni nak habis?
"Tak cukup tidur ke, doktor?"
"Tak... isteri saya tidur ganas. Saya tidur tak lena." Iman jawab tanpa sedar. Mesin gedegang yang tersusun rapat pada dinding sebelah pintu masuk wad onkologi dirapati. Syiling yang bersepah dalam kocek dibawa keluar beberapa keping dan dimasukkan ke dalam lubang syiling. Langsung tidak sedar akan reaksi jururawat yang sudah melopong luas di sebelahnya.
"Doktor Iman dah kahwin?"
"Hm?" mata separuh lelap memandang jururawat sebaya dengannya di sebelah. "Dah...?"
Rahang jururawat itu masih terbuka kecil. Matanya merenung jejaka tinggi lampai di hadapannya dengan riak terkejut. "Tapi tak ada cincin pun?"
"Saya tak suka pakai cincin."
"Oh..." kepala jururawat itu terangguk kecil. Maklumlah, hampir kebanyakan jururawat sebaya mereka menaruh perasaan terhadap doktor tinggi itu. Bukan setakat jururawat, doktor-doktor lain pun. Dahlah tinggi, kacak pula tu. Cuma tak cerah je. Kulit sawo matang lelaki melayu.
"Kenapa?" Telunjuk menarik penutup tin Nescafe Original dengan mudah. Air itu dihirup sekali harung sehingga habis.
"Ehehe... saja tanya. Curious." Jururawat itu tersengih. "Saya gerak dulu, doktor."
Iman tidak beriak. Mata memandang belakang gadis itu tanpa perasaan. Sukar untuk fokus dengan apa yang perlu dia lakukan hari ni. I need to take five. Ngantuk yakmat!
"Iman."
"Dr Iman to you." Ayat itu spontan terpacul daripada bibir apabila mendengar suara lunak Moon. Matanya tetap pada kertas butiran pesakit yang sedang diisi. Langsung tidak memaling wajah menghadap gadis itu.
"Dr Iman," Moon membetulkan panggilannya. "Saya nak tanya. Kenapa Auji-"
"Tak angkat panggilan kau?" Kening kanan Iman terangkat tinggi. Mata mengerling tajam ke arah doktor itu. "Dia busy. And what do you want from her? Tell me. I'll pass it to her."
"Ni hal perempuan." Riak di wajah Moon keruh.
"Kau sedarkan apa yang kau cerita dekat dia akan sampai juga dekat telinga aku?"
Moon bungkam.
"Kalau tak ada apa-apa, silakan. Berambus. Aku ada banyak benda kena buat."
"Dr Moon to you." Moon mendengus sambil mata mencerlung tajam ke arah Iman.
"Whatever." Tak habis-habis nak cari bini aku. Apa yang kau nak dari dia sebenarnya?
"Kirim salam dekat dia."
"Will do."
__________________________________________________________
Seperti biasa, tinggalkan komen atau apa2 pendapat. Saya suka baca komen tu. Ataupun nak fangirling pasal Iman ke... saya join sekali. hekhek.
Btw, kalau berkesempatan, jemput baca Gerhana Bunga Telang. Baru dua chapter. Ada bodyguard troup. ahahahah. personally, saya suka cerita tu (syok sendiri). Baca tau!
komen penulis: saya suka perangai Iman. Dia macam keras kepala dan kasar. Tapi bertempat. haahah
Masa ni, dorang dekat UK. Auji tengah stalk Iman. Tapi tak sedar yang dia sebenarnya dah kantoi sendiri dengan Iman. hahaahahahahhaha
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...