24

421 37 18
                                    

"Iman."

Iman jeling mata. Semak. Kaki terus membuat pusingan U dan bergerak jauh dari gadis menjengkelkan itu dengan pantas.

Langkah Moon semakin laju. Belakang Iman yang bergerak pantas menyelusuri koridor panjang hospital dikejar. "Tunggu sekejap, Iman."

Pintu lif yang baru terbuka dimasuki. Jari menekan butang tutup dengan ganas. Cepatlah tutup!

"Iman!" selamba kaki menendang lif ke tepi. Mukanya makin membengis. "Why are you running?"

"No, I'm not. Aku berjalan." Nadanya datar sepadan dengan mukanya yang tiada riak. "Kau nak apa?"

"We need to talk."

"I'm busy."

"Jeep kata awak baru habis shift and you're going home, kan?"

"Kalau ye, kenapa?"

"Saya nak cakap dengan awak."

"Aku tak nak." Butang tutup pintu lif ditekan. "Sekian."

Sekali lagi pintu lif ditahan dengan sebelah tangan. "Please, Iman. Ada banyak benda yang saya nak jelaskan pada awak. Selagi saya tak jelaskan, tak tenteram hidup saya."

"Can you just get inside? Tak malu orang tengok drama kau?" Iman pamer riak jelik. Boleh pulak kau nak buat drama tengah alam.

Lantas Moon masuk ke dalam bersama dengan pelawat lain ke dalam hospital. Butang G ditekan dengan cepat dan kasar. Mata sempat mengerling tajam Iman yang berada di belakangnya.

Kerlingan tajam yang diberikan Moon kepadanya membuat Iman hampir menjeling mata ke langit dengan ganas. Menyampah dengan riak gadis itu. Semak betul. Aku nak balik terus pun susah.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, jari mencubit hujung lengan baju Iman dan menarik jejaka itu keluar dari lif itu bersamanya.

"Don't touch me." Tangan Moon selamba ditepis dengan pen yang dipegangnya. "Tak malu ke pegang laki orang?"

Moon mencebik ganas. Benci benar dengan perlian Iman terhadapnya. Tangannya yangf ditepis Iman tadi digosok-gosok. Kuatnya dia tepis. Dari cara dia nampak macam perlahan je. "We need to talk."

"I know. Berapa juta kali kau nak cakap?" Iman pamer riak jelik. Langkahnya menuju ke kafe Gloria Jean yang terlentak di hujung lobi utama. Kerusi kayu diduduki kasar.

"Do you want anything? It's on me."

"No thanks. Aku nak cepat. Isteri aku tunggu dekat rumah."

Sekali lagi riak Moon menjeruk. "Give me a few mins. Saya nak oder." Selesai sahaja memesan, dia mengambil tempat bertentangan Iman.

Jam tangan dilihat sekilas. Nafas ditarik dalam dan dilepaskan laju. "You have 10 minutes."

"Kenapa tergesa-gesa sangat?"

"Isteri aku tunggu." Alasan sama diulangi.

"Saya yakin Jii boleh faham kalau awak kata awak jumpa dengan saya."

"It's you. Not me. Aku tak nak jumpa dengan kau." Iman membetulkan kenyataan Moon. "Suka sangat putar belit cerita." Ayat itu disebut dengan seakan berbisik.

Moon menarik nafas dalam. Kata-kata Iman tadi tidak diendahkan. "Apa yang saya nak cakap ni adalah pasal kita."

"Kita dah tak wujud, Munirah. Apasal kau nak cakap benda yang dah jadi sejarah? Mengarut." Nama sebenar Moon disebut. Tiada lagi panggilan manja yang digunakan antara mereka. Yang lepas, lepas. Tak perlu lagi nak ulang benda yang lama.

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now