Setelah sekian lama, diganggu dan dikacau selama berbulan berturut-turut, akhirnya Auji bersemuka dengan senior sekolahnya. Walaupun dengan hati yang berat, namun digigihkan jua kakinya untuk melangkah ke tempat yang telah ditetapkan. Nafas ditarik dalam. Auji melompat-lompat kecil di hadapan pintu masuk restoran, cuba menenangkan diri yang terasa semakin menggelabah. You can do this, Jii. Kau anggap je kau jumpa dengan seteru kau dulu.
Auji melangkah masuk. Meja di mana Moon sedang berada dituju. Senyuman tawar dan palsu ditarik sebaik mungkin. "Assalamualaikum, Kak Moon."
"Waalaikummussalam." Moon senyum sambil memandang juniornya yang baru tiba. Di sebalik senyuman itu, terdapat satu nada yang sukar diterjemahkanmdalam bahasa.
"Saya lambat ke?"
"Taklah. Akak baru je sampai setengah jam lepas."
There she goes~ There she goes again~ Hati menyanyi spontan. Suka buat orang rasa bersalah. Jam tangan dikerling sekilas. Jarum pendek pada pukul tiga dan jarum panjang pada pukul 12. Waktu yang telah ditetapkan sebelum mereka berjumpa. Auji hampir mahu mengeluh. Aku datang tepat pada masanya. Aku tak salah.
"Oderlah, Jii. Kita duduk lama-lama. Auji tak ada hal apa-apa kan?"
"Saya no hal kak," tempat duduk bertentangan dengan Kak Moon diduduki. "Tapi pukul lima setengah saya kena gerak sebab nak solat. Lepas tu terus ambil Abang Iman balik dari tempat kerja."
Riak Moon mengeruh apabila mendengar nama Iman terpacul dari bibir mungil gadis itu. Laju senyuman kelat diukir semula pada wajah, tidak mahu menampakkan yang dia sebenarnya menyampah dengan Auji. "Okey. Akak faham. Nah, menu. Oder cepat."
"So," Moon membetulkan letak duduknya sambil tersenyum lebar usai memesan makanan. "Jii sihat?"
"Sihat, alhamdulillah. Akak?" Auji masih dengan senyuman tawar.
"Sihat, alhamdulilah. Dah lama betul kita tak jumpa ye, Jii. Akak selalu call tapi Jii tak jawab pun. Kenapa?"
"Phone problem. Abang Iman call pun tak berangkat." Auji gigit lidah. Penipuan itu selamba terkeluar dari bibirnya. Haa... aku dah tak ada idea nak tipu apa.
"Aik? Kenapa hari tu dapat pula jawab panggilan akak?"
"Sebab saya baru tukar phone. Abang Iman belanja."
Senyuman Moon terus lesap.
Oops... tak sengaja.
"Oh..." Moon cuba senyum. "Phone apa?"
"Phone biasa je kak. Nothing expensive." Auji tayang gigi. Samsung Galaxy A model lama yang dibeli oleh Iman diletakkan ke atas meja, sengaja mahu menunjukkan bendalah itu kepada Moon.
Moon melopong. Telefon pintar itu dilihat dengan terangguk-angguk. Biasa je. "Lain kali mintalah Iman belikan Iphone. Samsung ni dah lama. Tak compatible dah dengan android sekarang."
"Ye ke?" telefonnya dibelek-belek. "Setakat sebulan yang saya guna tak ada apa-apa masalah. Lagipun orang dah bagi... takkan kita nak memilih pulakan?" Auji juih bibir. Telefonnya disimpan semula. "So... kenapa akak nak jumpa saya?"
"Saja je... tak boleh ke? Jii tak rindu ke nak lepak-lepak dengan akak?"
Tak. "Rindu... sikit. Gehehehehhe... sebab saya sekarang busy kak. Tak sempat nak rindu dekat orang. Ni nak jumpa akak pun kena free. Sebab selalunya Sabtu, Ahad memang saya membongkang sampai ke petang."
"Membongkang? Iman tak marah ke? Setahu akak, pernah cakap yang dia tak suka dengan orang yang suka bazir masa. Kalau akak, paling kurang pun, akak mengait. Tak pun tengok TV. Tak pernahlah akak nak tidur panjang sampai ke petang." Moon tayang muka kononnya seperti dialah wanita yang paling bagus dalam dunia.
Ah... tak habis-habis rasa diri dia dari bagus dari orang lain. "Macam ni kak, Abang Iman tak suka orang yang bazirkan masa dia. Kalau orang tu bazirkan masa sendiri, dia tak kisah sebab tak ada kena mengena dengan dia." Haa... kan dah kena? Sekarang ni bini dia, aku. Bukan kau.
Moon hampir mencuka namun sempat ditahan dari bercorak di wajah. "By the way Jii, macam mana Jii boleh kenal dengan Iman? Masa Jii cakap waktu kenduri hari tu akak tak berapa nak jelas."
"Abang Imankan satu sekolah? Mestilah saya kenal."
"Itu akak tahu. Akak cuma nak tahu macam mana Iman dengan Jii boleh berkenalan sampai ke jenjang pelamin." Intonasi cemburu terselit dalam kata-katanya. Mata merenung tajam Auji dihadapantanpa sedar.
"Akak... jujur saya cakap, saya tak ada mood nak cakap pasal benda ni dengan akak. Tapi sebab akak dah tanya, saya akan ringkaskan cerita dia. Macam ni... saya terjumpa Abang Iman masa kita belajar dekat UK dulu. Masa tu, akak baru lepas nikah. Lepas tu, saya tegur dia. Saja-saja jelah sebab dia nampak teruk sangat masa tu. Lepas tu, selang berapa minggu kemudian, dia ajak saya kahwin." Aih... terpaksa tipu lagi... Abang Iman! Sorry sebab gunakan nama Abang Iman.
"Itu je?"
"Macam tu je. Kenapa?"
"Lepas tu Jii setuju? Jii tahukan akak punya plan macam mana? Jii sengaja ke?" Wajah Moon merona merah. Merah kerana panas dengan gadis di hadapannya. Pelan yang dahulunya sudah susun teratur terus bersepah habis kerana Auji. Sedangkan pelan itu sudah diberitahu kepada Auji. "Auji memang tak suka akak eh?"
"Bukan tak suka..." Wajah Auji sayu. Aku penatlah nak gaduh dengan orang. Kenapa tak habis-habis nak salahkan aku? "Saya kesian dekat Abang Iman. Sebab tu saya setuju kahwin dengan dia."
"Tapi Jii dah ganggu rancangan akak!" suara Moon naik seoktaf. "Lepas akak nikah, akak cuba nak berbaik dengan dia. Rupanya ada sebab kenapa dia tak mahu berbaik dengan akak sebab Jii ada dengan dia. Mesti Jii ceritakan semua yang berlaku kan? Yelah, sebab Jii je yang tahu rancangan akak. Kot-kot, masa nikah tu, Jii yang jemput dia." Dengusan terhambur. Makin menyampah pula pada gadis di hadapannya.
"Saya tak ajak dia!" Belakang Auji tegak. Riaknya tegang. "Yang bagitahu pasal pernikahan akak tu, Abang Jeep. Akak tanya dia sendiri. Saya dapat contact dengan Abang Iman balik masa lepas akak balik UK. Kenapa akak nak tuduh-tuduh saya?" Matanya berkaca. Aku tak larat nak gaduh dengan orang... "Saya minta maaf. Saya rasa saya kena balik dulu. Assalamualaikum."
Restoran itu ditinggalkan tanpa menoleh belakang. Hatinya yang terasa panas dan sayu cuba dipujuk dengan membawa diri jauh daripada Moon. Air mata yang mengalir perlahan diseka kasar. Nak benci, bencilah. Aku dah tak peduli.
_________________________________________________
Aku benci Moon. Aku benci orang macam Moon. Kesian baby Auji cayang.
Auji-chyan rambut pendek.
YOU ARE READING
Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)
Romance"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji...