47

499 38 4
                                    

Deringan bingit berbunyi. Telefon terus diangkat tanpa melihat si pemanggil. Salam dijawab pantas apabila yang berada di sebelah talian memberi salam. "'Sup?"

"Niel... aku nak cakap pasal dia." Tutur alang dengan suara sayu.

"Nak jumpa?"

"Kau free ke sekarang?"

"Yep. Mamak rumah kau?" Iman beri cadangan.

"Bolehlah. Kita jumpa sana."

"Aight." Butang tamat terus ditekan. Kain pelikat berganti seluar jeans. Topi yang tergantung di tempat gantung sebelah pintu masuk dicapai. "Naura, abang keluar kejap. Jumpa alang."

"Okay~ Belikan saya tose nanti." Sayup suara Auji kedengaran dari dalam bilik tidur.

Tanpa berlengah, tempat yang telah ditetapkan dituju. Tempat duduk diambil dan terus menunggu alang di situ. Selang beberapa 15 minit kemudian, alang tiba. "

"Aku ajak angah sekali." Kata alang. Punggung terus dihenyakkan ke kerusi di hadapan Iman. "Kejap lagi dia sampai."

"So, apa yang tak kena? Aku ingat lepas kita balik dari Langkawi hari tu semua dah okey?" Tubuh Iman tegak. Dia semakin fokus pada perbualan itu.

"Aku pun ingat okey. Tapi kelmarin along call aku. Dia kata Niel tak balik rumah."

"Pula dah. Ni dah balik ke belum?"

"Dah. Dia balik pagi tadi. Sebelum subuh. Kantoi dengan bang long bila dia terdengar bunyi pintu buka lepas azan subuh. Aku tak tahu lah, Manchik... aku rasa masalah si Niel ni besar. Bila kita suruh dia luahkan, dia tak mahu. Aku tak rasa dia luahkan semua yang terbuku dalam hati dia hari tu. Dia pendam tu."

"Kau ada cuba call dia?"

"Dia block aku. Aku rasa dia block kau juga."

"Along? Dia buat apa bila dia tahu Daniel buat hal?"

"Along tegur. Tapi macam biasalah... fall on deaf ears." Rifqi garu tengkuk. "Peninglah aku, chik. Aku sayang adik aku. Tapi kalau dah macam ni perangainya, macam mana kita nak tolong?"

"Assalamualaikum." Perlahan angah memberi salam. Senyum kecil ditarik. "Angah bawa Niel."

"Hah?" Iman dan Rifqi tercengang. Laju mata mencari kelibat si Daniel.

Daniel yang berada di belakang angah hanya berdiam. Riaknya kusam dan keruh.

"Duduk, Niel." Angah mengarah lembut.

Daniel hanya menurut.

"Kau ambil dia dari rumah along ke, ngah?" soal Rifqi.

"Ha'ah. Kalau nak bincang, budak ni kena ada sekali."

"Bila kau ambil dia?"

"Pagi lepas along call. Dia call aku dulu, lepas tu baru call kau, lang." Angah menjelaskan dengan ringkas. Dudukannya di kerusi dibetulkan. Wajah pula serius. Mata memandang Daniel. "Now, let's get straight to the point. Niel, what is wrong with you?"

Rifqi dan Iman kemam mulut. Kali pertama dalam bertahun, mereka mendengar suara garang angah. Kali ini, nampak benar yang angah yang akan menguruskan masalah ini.

"."

"Daniel, you hear me?" Angah mencuba sekali lagi.

"I'm not deaf."

"Then why don't you-" Iman mencelah.

"Shh. Chik, biarkan angah yang uruskan." Izzat memberi amaran. Mata berkalih pada Daniel yang berada di sebelah Rifqi. "I am asking you. What is wrong? Apa yang jadi kat rumah tu sampai Niel keluar tak balik?"

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now