22

440 32 21
                                    

Iman angkat sebelah kening.

Auji tersengih.

"Are you for real, Jii?"

"Yes. For real." Sengihan makin melebar. Geli hati melihat Iman terpempan di ruang tamu.

"Ini je ke dress yang kau ada? Jubah?"

"Yup."

"Jii..." Iman mengeluh. Tangan meraup rambut yang sudah bersikat rapi ke belakang. Iman termenung seketika sebelum mengerling jam tangan. "You know what, aku nak buat wardrobe check up. We have another one hour before the event start. Let me see what's in your wardrobe."

"Tak boleh!" Auji mendepang tangan, menghalang Iman bergerak masuk ke biliknya. "Bilik saya bersepah."

"Tepi," bahu kecil Auji ditolak ke tepi dengan lembut. Pintu bilik dikuak luas. Bilik berukuran 100 kaki persegi ditatap dengan riak kesal. Isterinya di sebelah dikerling tajam. "Umur kau berapa? Apasal bersepah sangat bilik?"

Auji ketawa sengih. Bahu diangkat berkali-kali. "Tak ada mood nak bersihkan bilik."

Keluhan sekali lagi terlepas. Kaki melangkah dengan berhati-hati agar pakaian yang bersepah tidak dipijak. Satu persatu pakaian diangkat dan diperiksa. "Kau keluarkan semua baju kau ke?"

"Ha'ah. Ini je yang ada."

"Any dress?"

"Ada. Tapi..."

"Tapi?" Kening kanan terangkat tinggi.

"Saya tak nak pakai."

"Sebab?"

"Feminin sangat." Auji peluk jenang pintu. Sungguh, cara Iman menegurnya sebiji mak. Dengan muka kecewanya. Lagi serupa.

"Kau mengarut apa, Jii? Dah kau perempuan, memang patutlah pakaian kau feminin. Lainlah kalau baju tu ketat." Blazer hitam ditanggalkan dan disangkut pada penyangkut baju dengan rapi. Satu persatu pakaian diperiksa sekali lagi. Apabila semua pakaian yang bersepah di lantai tidak memuaskan, almari putih yang terusun di sebelah pintu pula dilihat. Satu persalinan yang menangkap perhatiannya ditarik keluar. "Ini baju nikahkan?"

"Ha'ah."

"Wear this."

"Tak nak." Auji tayang gigi. "Saya pakai jubah ni je."

"Jubah kau tau kalau cantik tak apa. Ini tak... dah serupa jubah yang along pakai masa pergi latihan zanji. Dengan bunga merahnya. Kau ingat kau Akatsuki? Pakai dress ni." Persalinan tadi diberikan pada Auji.

Auji tarik muncung. Selamba badak je Abang Iman ejek aku. Persalinan yang dihulur Iman diambil.

"And please... mekap sikit. Muka kau nampak pucat."

"Saya pakai bedak baby. Okay what."

"Ke kau tak pandai mekap?" Iman menduga sambil memandang sinis isterinya. "Kalau tak tahu, aku boleh tolong. Your face can be my canvas."

"Uweekk, tamau!" Auji jelir lidah. "Keluarlah, Abang Iman. Saya nak pakai baju ni. Ke abang nak tengok?" Senyuman penuh makna diberikan pada Iman. "Eiii, miang!"

Tempias mengusik Auji turut terkena padanya apabila Iman turut mengukir senyum mengusik. Tubuhnya yang sedang duduk selesa di birai katil, terus direbahkan sambil tangan menopang kepala. "Tukarlah. Aku nak tengok."

"Saya main-main jelah!" Wajah Auji merona merah padam. Ingatkan mahu kenakan Iman, tapi dia pula terkena. "Cepatlah keluar. Lambat kita karang."

"Tahu pun." Iman terus keluar dari bilik dengan selamba. Sempat tangannya menggosok kepala bertudung Auji. "Aku tunggu dekat luar. Nanti bawa keluar sekali kau punya barang mekap."

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now