35

542 33 16
                                    

Sudah tiba masanya untuk dia bersemuka dengan, ehem, seterunya dari sekolah menengah. Munirah aka Kak Moon. Merangkap bekas tunang suaminya dan merangkap – bak kata Moon sendiri – sahabat baiknya. Tubuh bergerak-gerak, melonggarkan anggota tubuh yang terasa lenguh dan ketat. Pipi ditampar kuat. Here we go.

Kaki melangkah dengan rentak datar ke tempat yang telah ditetapkan. Bayangan Moon yang sedang berdiri berdekatan dengan tebing tasik dirapati. Nafas ditarik dalam sebelum memberi salam. "Assalamualaikum, Kak Moon."

"Waalaikumussalam." Moon memusingkan tubuh menghadap Auji di sebelah. Wajah tertampal senyum manis. "Jii sihat?"

"Alhamdulillah. Baik-baik sahaja." Auji tarik ekor bibir ke atas. Namun matanya dibiarkan tiada riak. Sungguh tawar senyumannya.

"Iman tahu tak Jii jumpa dengan akak?"

"Tak. Saya tak ada bagitahu dia."

"Ohh... takpelah kalau macam tu. Sebab akak ada bagitahu Iman juga." Tubuh menghadap semula ke tasik. "Auji tahu kenapa akak nak jumpa?"

"Sebab nak salahkan saya lagi?" tutur Auji selamba. Sudah malas hendak berbaik dengan semua orang. Dia penat. Penat menipu diri sendiri. Penat menipu untuk jaga hati orang lain.

Moon tersentak. Mata membulat. Kepala pusing lipat menghadap Auji. "K-kenapa Jii cakap macam tu?"

"Sebab benda betul. Setiap kali akak ajak jumpa, mesti akak nak salahkan saya sebab kahwin dengan Abang Iman." Kerikil kecil ditendang masuk ke dalam tasik. Riaknya pula selamba, langsung tiada perasaan bersalah ketika menuturkan ayat itu.

"Jii..." wajah Moon sayu, merenung junior sekolahnya. "Akak min-"

"Akak, jujur dengan saya. Akak masih sayangkan Abang Iman?" pintas Auji, langsung tidak membenarkan Moon menghabiskan ayatnya. Mata tetap pada pulau kecil di tengah tasik. Tangan bermain dengan telefon pintar di dalam kocek jaket yang Iman berikan kepadanya.

"Auji..."

"Jujur dengan saya, kak..."

Moon menghela nafas. "Sejujurnya, akak masih sayangkan Iman. Iman cinta pertama akak. Kalau Jii nak tahu perkara sebenar, akak masih belum boleh move on." Pulau kecil itu ditatap leka. "Tapi dah tiba masanya untuk akak move on. Akak kena sedar diri yang Iman bukan lagi milik akak."

Auji tidak beriak. Bangau yang bertenggek di atas dahan pokok di tengah pulau kecil itu dihitung dalam kepala. Cuba mengurangkan sebal di hati apabila mendengar pengakuan Moon terhadap suaminya.

"Jii... Iman sekarang milik Jii. Akak dengan dia dah tak ada apa-apa. Akak nak minta maaf dekat Jii sebab selalu ganggu Jii. Dari awal perkara ni berlaku, bukan salah Jii. Semua salah akak. Kalau akak tak buat apa yang akak buat sekarang, benda ni semua takkan terjadi. Kalau akak ikut nasihat Jii, semua perkara ni dapat dielakkan... Tapi sebab ego akak, semua benda ni terjadi. And I keep blaming you." Nafas ditarik dalam. Nafas dihela perlahan. "Maafkan akak, Auji."

Auji berdiam. Lidah bermain dengan pipi di dalam mulut. Sakit hati ye. Tapi bila mengenangkan perkara yang berlaku antara dia dan Moon, sukar untuk dia memaafkan seniornya. Memang dia mahu maafkan tapi sukar. Hatinya berat. Tambahan pula bila melihat hubungan Iman dan Moon kembali jernih. Panas hatinya makin bertambah.

"Kak Moon..."

"Ye?"

"Apa hubungan Kak Moon dengan Abang Iman sekarang?"

"Rakan sekerja. Tak lebih, tak kurang." Moon senyum.

"Hubungan Kak Moon dengan suami pula macam mana?" bangau putih masih menjadi bahan tatapannya.

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now