12

405 24 5
                                    

“Man!” Jeep tercungap-cungap. “Bini kau… Jii…” 

Iman berdiri tegak. Terasa darah berderau turun ke kaki apabila melihat Jeep tercungap-cungap sambil menyebut nama isterinya. Perhatian daripada jururawat-jururawat lain tidak diendahkan. “Kenapa?”

“Dia dekat ER sekarang.”

Iman tergamam. Jantungnya terus berdegup ganas. Kaki berlari laju ke unit kecemasan. Derapan tapak kaki yang mengekorinya dari belakang tidak kedengaran. Bebelan Jeep tentang keadaan Auji juga sukar untuk dia tumpukan perhatian. Ya Allah! tolonglah selamatkan nyawa isteriku! 

Mata diurut dengan telunjuk dan ibu jari. Terkebil-kebil melihat isterinya yang sedang lena tenang di katil. Jam tangan dipandang apabila mendengar azan isyak berkumandang dari masjid. “Cepatnya dah isyak… Baru kejap tadi aku habis kerja.” 

Surau dituju. Solat jemaah dihadiri. Usai solat, doa dipanjatkan agar isterinya pulih seperti sediakala. Tubuh Auji yang dilumuri darah membuatkan jantungnya hampir berhenti berdegup. Darah terasa seperti tidak berjalan apabila melihat isterinya langsung tidak bergerak di atas katil sakit. Namun, Allah maha berkuasa. Auji tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman. Yang terkesan cuma tangan kiri dan kaki kanannya. Dia cukup bersyukur apabila kecederaan yang dialami Auji bukanlah kecederaan kekal. 

Wad di mana Auji ditempatkan dituju semula. Selesai sahaja waktu bekerjanya, dia terus pulang ke rumah, bersihkan diri, ambil semua pakaian yang diperlukan Auji dan datang semula ke hospital. Dia mahu menjaga Auji sendiri kerana Auji sudah menjadi tanggungjawabnya sebaik sahaja dia dan Auji sah sebagai suami isteri. Wajah Auji ditenung lama. Kelopak mata terasa berat.

“Abang Iman?”

Mata Iman terbuka semula. Lantas tubuhnya yang duduk melurut dibetulkan semula. “Jii? Tunggu. Jangan tidur balik.”

Auji tersenyum lemah. Buat seketika, fikiran dan matanya merewang ke sekeliling. Cuba memikirkan apa yang telah terjadi padanya beberapa jam lepas. doktor yang bertugas tiba dan terus membuat pemeriksaan terhadapnya. Iman yang berdiri di hujung katil ditatap lama.

“Kau lapar?” soal Iman sebaik sahaja doktor yang bertugas beredar. lauk sup bayam dan nasi yang sudah dibungkus dalam bekas plastik dibuka. Makanan tadi terus dihidangkan. 

“Lapar.” Auji tersengih. “Saya buat Abang Iman risau ke?”

“Sangat.” Nada Iman kedengaran keruh. Sudu mengaut nasi yang dibanjiri dengan sup bayam. “Aku syukur sangat kau tak apa-apa.”

“Ehehe, saya pun.” Auji mengekek kecil. Sudu yang dihulur Iman ke mulutnya membuatkan Auji sedikit terkejut. “Abang Iman nak suap saya ke?”

“Dah tu? Bukan itu yang aku buat sekarang ni?” 

“Tangan kanan saya okey lagi.”

“Tak nak sudah.” Iman oleng mata. “Orang nak suapkan, kau banyak cakap. Dah makan sendiri.”

“Aloo, suapkanlah. Kan saya tengah sakit?” Bibir bawah diketap sambil mata berkelip laju. Sengaja mahu meraih simpati suami merangkap teman serumahnya. 

Sudu berisi nasi dan sup disuapkan dalam mulut Auji. Suasana lega dan senang mula menyelubungi kawasan katil mereka. Tirai yang membahagikan katil Auji dan katil pesakit lain memberikan privasi kepada mereka. 

“Abang Iman masak ke?”

Angguk. 

“Bila?”

“Aku balik kejap tadi. Ambil barang kau. Sempat masak. Aku bawa untuk kau.” Makanan disuap ke mulut Auji. Kadang-kadang diri sendiri turut disuap dengan makanan itu. 

Love Me! (D.I.R.I.D I.ii)Where stories live. Discover now